Saya tertarik untuk bercerita mengenai topik ini bila melihat kucing rakan sepejabat bernama Simba, mempunyai warna mata berlainan – biru dan kuning (odd-eyed). Anda boleh mendapatkan banyak maklumat di beberapa laman web mengenai kucing albino, namun secara kasarnya inilah pengkisahan yang boleh saya rumuskan.
Definisi
Albino secara umumnya bermaksud putih asli. Kamus mendefinisikan (mcm nak ambik SPM Exam lak) albino ni ialah orang atau haiwan yang kurang pigmentasi normal. Mereka mempunyak kulit dan rambut berwarna putih atau putih susu, manakala mata mereka berwarna pink atau anak mata berwarna biru dan merah gelap.
Ciri-ciri kucing Albino yang sebenar (True Albino Cat)
Tidak semua kucing berbulu putih diklasifikasikan sebagai Albino. Walaupun secara umumnya kita faham bahawa Albino itu digambarkan sebagai putih asli, tetapi pada kucing situasinya agak kompleks. Banyak kucing albino mempunyai mata pelbagai warna bergantung pada gene dan mutasi yg berlaku namun kucing albino yang sebenar mempunyai ciri-ciri berikut :
• 100% berbulu putih;
• kulit badan berwarna pink pucat (pale pink) dan sensitif;
• memiliki mata warna pink atau kemerahan;
• mata yang sensitif pada cahaya atau cahaya matahari;
• berisiko mendapat kanser jika terdedah lama pada cahaya matahari;
• kebarangkalian mengalami masalah pendengaran.
• kebarangkalian mengalami perubahan tabiat (behavarioul changes);
• kebarangkalian mengalami masalah pengelihatan.
Bagaimana kucing boleh menjadi albino, bergantung kepada gene haiwan tersebut. Warna putih pada kucing albino adalah kerana gene berwarna putih lebih dominan dari gene warna yg lain. Mutasi yang berlaku dan perbezaan gene boleh menyebabkan hilangnya warna-warna bukan putih.
Benarkah kucing berbulu putih dan bermata biru itu pekak?
Fakta sains ada menyebut kucing2 yang berbulu putih memiliki kebarangkalian mengalami masalah pendengaran (pekak) berbanding kucing bulu warna lain dan semestinya ia bergantung pada gene haiwan tersebut. Sekiranya ia dapat dikesan, adalah dinasihatkan kucing tersebut tidak dibiak kerana baka mereka juga akan memiliki sifat yang sama. Sesetengah pameran dan pertandingan kucing di Eropah tidak membenarkan kucing berbulu putih yang mengalami masalah pendengaran dipertandingkan bagi tujuan menghad atau menghentikan kecacatan ini.
Pekak pada kucing boleh menyebabkan:
• kucing tersebut tidak dapat mengesan bahaya yang datang padanya,
• tidak dengar anak-anaknya menangis
• anak-anak kucing yang memiliki sifat yang sama pula tidak mendengar ibu kucing memanggilnya dan boleh menyebabkan mereka sesat, lapar dan tidak cukup zat;
• tidak mempunyai kawalan bunyi bila bersuara (no volume control when meowing)
Oleh yang demikian, mereka ini memerlukan penjagaan khas.
Terdapat beberapa link terkenal yang menyebut tentang kaitan rapat antara kucing berbulu putih, kucing bermata biru dan dan kucing pekak Tapetum lucidum dihasilkan oleh sel stem yang dikenali sebagai melanocytes atau sel pigmen. Mata biru pada kucing berbulu putih bermaksud kucing tersebut kekurangan tapetum tersebut. Pekak pula disebabkan oleh hilangnya lapisal sel dalam telinga yg pada asalnya datang dari sel stem yang sama.
Beberapa kajian sains telah membuktikan, kucing berbulu putih yang mempunyai mata biru mengalami masalah pendengaran dan kucing yang memiliki mata berlainan warna (odd-eyed) mempunyai kebarangkalian tinggi pekak pada telinga disebelah mata yang berwarna biru manakala telinga disebelah lagi (pada mata yang bukan berwarna biru) mempunyai pendengaran yang normal.
Kerana kajian2 tersebut, ramai yang kata semua kucing bermata biru mengalami masalah pendengaran. Ini tidak benar sama sekali kerana ia bergantung pada gene yang begitu kompleks yang diwarisi oleh kucing tersebut. Dan kajian2 saintifik tersebut dilakukan di kawasan, negara dan jenis-jenis gene yang berbeza dalam populasi kucing. Malah masalah pendengaran juga boleh disebabkan oleh faktor lain seperti penyakit dan kecederaan yang dialami kucing tersebut.
Albino, pada pendapat saya ialah kecacatan pada ciri-ciri sebenar baka asli kucing. Mereka ini unik dan kerana keunikannya itu lah, kalau dapat, saya berhasrat memilikkinya satu hari nanti! hehe kalau dapat laa..

Berikut ialah kucing2 yang bermata biru tetapi tidak memiliki bulu berwarna putih.
No comments:
Post a Comment
Tq for stopping by. I am happy to hear what you have got to say. It would mean a great deal to me!
Thanks,
DC