Friday, October 8, 2010

Kucing di Kuching


Bila berkunjung ke bandaraya Kuching, Sarawak beberapa hari yg lalu, sebagai pencinta dan peminat kucing, saya mengambil kesempatan menangkap gambar-gambar haiwan ini di sepanjang lawatan.


Setiap orang yang menjejaki bandar Kuching pasti tidak akan miss melihat tugu replika kucing serumpun ni. Ia terletak di bulatan di tengah bandar.

Replika kucing putih ini juga terletak di tengah bulatan jalan raya.

Memang sesuai dengan nama tempat, banyak replika dan patung kucing yang saya jumpa di sana. Namun percaya atau tidak, bandar yang terkenal dengan kebersihannya ni, kalau nak jumpa kucing betul memang susah!

Bila kami diberi kesempatan untuk singgah ke Muzium Kucing yang terletak di bangunan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), tergambar di fikiran saya, pelbagai jenis haiwan ini yang akan saya jumpa. Boleh ke saya dakap kucing2 tersebut? Ramai ke yang menjual pelbagai baka kucing nanti? Belum habis saya membuka mulut nak bertanya, bos sudah sound, "Puan Gee, nama pun muzium, tak de live cats situ ye?" Saya hanya mampu tersengih..



Gambar mulut kucing di entrance muzium. Masuk ada lah percuma. Namun sedikit bayaran dikenakan jika anda mengambil gambar menggunakan telefon mudahalih, kamera atau video.













Pelekat ditampal di telefon mudahalih selepas membuat pembayaran di kaunter.








Sign board yang terletak di sebelah pintu entrance. Di bawah papan tanda ni terdapat beberapa berita terkini seperti mengenai pertandingan kucing dan pameran yang bakal diadakan di situ.

Gambar di atas menarik perhatian saya sebab di sebelahnya ada tertera penerangan mengenai "Cat Walk"

Replika kucing ibu dan anak atau pasangan? terpulang untuk anda tafsirkan

Tempat duduk kayu parut kelapa tangan diukir bentuk kucing.




Beribu arca dan replika kucing dari pelbagai jenis buatan - seramik, kayu, kristal, kaca, getah dan sebagainya.

Replika kucing dan tikus berbagai saiz




















Antara poster kucing yang dihiasi madah..




Tomei tak tucen ni? hehehe...

No comments:

Post a Comment

Tq for stopping by. I am happy to hear what you have got to say. It would mean a great deal to me!
Thanks,
DC