Pokok Kucing = Cat Tree (Yeah! our cat tree is done!)

Photobucket

First Aid Kit Kucing

Tikus Mainan DIY untuk si Comel

Photobucket

Fish Ball Treat

Gaya Tidur Si Comel

Photobucket

Sekilas Pandang Mengenai Smokey

Share

Smokey atau nama asalnya Batman, datang ke rumah DC pada 17 Mei 2009.  Nasib baik ada gambar original pada hari pertama dia bertandang ke rumah.  Dari gambar tu la DC mendapatkan tarikh yang tepat iaitu tarikh dia hinggap dalam kehidupan DC sekeluarga.

Gambar pada 4 April 2011



Gambar pertama Smokey (menyorok di bawah sofa)
pada hari dia menjejakkan kaki di rumah DC, hampir 2 tahun yg lalu

Sekali pandang, Smokey ni versi Wenzday, cuma warna bulunya yang berbeza.  Kenyataannya mereka memang seteru sejati.  Mereka ni saja la yang DC kurung dalam sangkar, selain Cik Tom dan 5 ekor anak2nya - Dalmation Kitties.  Mereka dikurung kerana faktor yang berbeza. Kalau Wenzday kerana garangnya, Smokey pulak kerana tiada seekor pun kucing2 DC yang suka dengan nya! Oleh sebab tu la kalau DC lepaskan dia, ramai yang akan ikut dia dr belakang.. dan kembang2 bulu.. terutama si Musyang dan Abby.

Gambar kedua diambil pada 2 Jun 2009, iaitu setelah 2 minggu dipelihara

Lepas tu, Smokey akan sentiasa berkepit dgn kamikaze seolah2 dia tau yang dia tak akan diserang oleh kucing2 yang lain bila berada dekat dgn kami.  Kelakar gak masa tu, kalau kami berdiri dia akan dekat di kaki, kalau kami duduk, dia dgn selamba duduk di pangkuan, kalau kami baring dia akan duduk di celah kaki atau di leher kami :)

Kuku Smokey cepat panjang.. 

Satu-satunya kucing DC yang memiliki warna 'blue'

DC ambil keputusan mengurungnya sebab kesian dgn kucing2 lain yg tak dpt pelukan dan kasih sayang kami.  Namun ada masa DC akan lepaskan si Smokey ni, dengan syarat - ada pengawasan dari ahli keluarga.

Lagi satu, DC suka dengan Smokey yang pandai menjaga litter tray dia. Sentiasa bersih!.. cantik je dia kambus poo hehe..

Ada rupa Wenzday kan?

Satu kelainan Smokey ialah dia ni tinggi akalnya. Sebab? Dia suka membisu!.. Susah betul nak dengar suaranya. DC pernah iklankan Smokey untuk pengangkatan dan menerima sambutan yang menggalakkan dari qualified adopter. Tetapi DC menarik balik iklan tersebut selepas suami tiba2 rasa  ralat melepaskannya.  Smokey kemudiannya dimandulkan pada 30 Disember 2010.

Balik dari klinik kembiri..

Seperti kisah Wenzday, DC juga tidak tahu berupa usia sebenar Smokey. Sememangnya Smokey  mudah dijaga, dan dia juga mempunyai temperament yg agak bagus seperti kucing berbaka.


11 comments:

NaddY said...

cantik color dia...susah nak dapat color nih..pernah bela sekor je warna macam ni...comey sgtttt smokey nih...

Cat-from-Sydney said...

Semalam ada kucing yang rupanya sama dengan Smokey ikut Mama dari kereta sampai depan pintu rumah. Dia lapar kot, sabar je tunggu sementara Mama ambilkan kibbles....dan makan dengan lahapnya! Kesian dia...siapalah punya sebab manja sangat. purrrr....meow!

Anonymous said...

mcm korat la..like2 :)

- shekin -

Gee said...

NaddY - skrg bela brp ekow?

Cat-in-Sydney - baiknya Mama Cat.. agaknya kucing tu boleh bau kibbles yg Cat ada.. tak pa, Sharing is Caring kan? hehe

NaddY said...

sekarang bela 3 ekor jer...duk apartment tak boleh banyak nanti jiran bising.

Dulu waktu duduk kampung pernah lah bela sekor warna macam ni..syg sangat!!! hadiah birthday. Tapi sempat merasa kasih dia 2 tahun je lepas tu dia sakit teruk dan terus pergi... (T_T)

Ms J said...

oh.. si hensem Smokey!!! Muah cikit..

meowwmania said...

nampak tegap si Smokey nih, kaler bulu dia pon unik patut la mama dia tak jadi bg kat org hehe..

Sharz said...

comeynye smokey... =))

akak temperament tu maksudnye ape yer??? contoh2 yang kucing tunjuk macam mane??

Gee said...

MM - bkn Mama dia la, Daddy yg tak bagi green light hehe.. Puncanya ada neigbour yg kebetolan ada kucing jenis russian blue mcm smokey ni selalu bwk jln kucing dia tiap petang dgn leash kat leher.. mcm bangga je tuan dia bwk kucing dia yg sekow tu jalan2 hehe.

Gee said...

Sharz - temperament tu bermaksud karekter atau personaliti kucing tu. Kucing berbaka selalu ada temperament bagus - relax, tak gelogoh kalau makan, tertib, jenis tak suka bergaduh dgn kucing lain dan jinak - senang citer jenis educated haha!

Temperament yg tak brp elok spt kalau dpt mkn ikan, dia menderam.. atau keluarkan kuku kalau ada sesapa yg usik ikan dia, tak manja, kalau nmpk org yg dia tak kenal lari dan suka bergaduh.

Lady Anne said...

nama SMOKEY seswai sgt dgn bulunya...cumil sgt=))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...