10 tips memilih cat boarding yang sesuai
Lanjutan entri Apabila kita ke luar daerah atau bercuti, saya telah pun menggariskan beberapa opsyen untuk kita pilih bagaimana menjaga atau beri perhatian terhadap kucing kesayangan yang bakal kita tinggalkan. Seperti yang telah saya janjikan dalam entri tersebut, berikut ialah 10 tips bagaimana kita memilih atau mengenali cat boarding yang sesuai dan terbaik untuk si Comel. Tujuan saya menyenaraikan tips ini bukanlah untuk mengaibkan mana-manat cat boarding atau melibatkan sesiapa jua. Ia sekadar panduan dan perbandingan yang boleh diamati untuk pemilik kucing. Saya memahami perkhidmatan cat boarding di Malaysia amat terhad, namun tidak dapat semua, sekurang-kurangnya beberapa tips yang tersenarai ini tentu berupaya meningkatkan mutu perkhidmatan mereka.
TEMUJANJI
Bila kita call nak buat temujanji, kita tak dilayan dengan baik, nampak kita ni tak penting. Tak dapat beri maklumat mudah seperti no telefon kecemasan, tak minta pun no. telefon kita dan tak bertanya siapa vet kita.