Kenapa saya memilih menggunakan Wood Litter?
DC kerapkali ditanya soalan di atas dan ada yang mahukan jaminan dari DC sebagai penjual wood litter breeders pack yang najis kucingnya tidak akan berbau selepas menggunakannya. Di sini ingin DC tegaskan, bahawa semua syarikat yang mengeluarkan pasir kucing mendakwa pasir kucing merekalah yang terbaik. Dan ketahuilah bahawa tiada satu pun pasir kucing yang boleh menutup bau najis kucing 100%! Semua pasir kucing dicipta untuk kemudahan si Comel melepaskan hajat dan hampir ke semuanya berfungsi mengurangkan bau najis kucing. Berikut ialah informasi dan makluman yang didapati dari beberapa sumber. Entri ini sekadar hebahan dan tidak bertujuan memburukkan sebarang jenama di pasaran.
![]() |
Pasir kucing jenis kayu/papan atau wood litter |