Pokok Kucing = Cat Tree (Yeah! our cat tree is done!)

Photobucket

First Aid Kit Kucing

Tikus Mainan DIY untuk si Comel

Photobucket

Fish Ball Treat

Gaya Tidur Si Comel

Photobucket

Pengalaman Menangani Wabak Virus Parvo

Share

As salam rakan2. Lama sungguh DC tak memblog. Begitu sukar untuk cari waktu yg betul2 terluang, yg santai dan dalam keadaan fikiran yg tenang. DC mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada sahabat semua.

Ok la, kita straight to the point yg merujuk kpd tajuk nukilan kali ini. DC sering dengar mengenai wabak maut virus Parvo dan Sporo. Tp siapa sangka ye, tatkala leka membina perniagaan, dgn kekhilafan serta sikap suka menunggu-nunggu, akhirnya singgah juga virus tersebut menyapa khabar kucing2 DC pada bulan Mei yg lalu.

FAKTA RINGKAS

Tentu ramai yg dah tau mengenai virus ni sbb ianya dah menjadi 'wabak' dan kita boleh dptkan maklumat lengkap dari makcik google. Namun di sini DC beri sedikit fakta ringkas mengenai virus Parvo:

  • Nama saintifik Penyakit Virus Parvo ini - Feline Panleukopenia Virus (FPV) atau Feline Infectous Enteritis/FIE (radang usus menular). 
  • menyerang kucing yg belum mendapat vaksin penuh 
  • Tidak berjangkit pada manusia
  • berjangkit melalui air liur, air kencing, muntah, pernafasan, udara (airborne) juga melalui kotoran kucing yg berjangkit.
  • ia menyerang sistem pertahanan tubuh, sel darah putih, terutama lapisan sistem penghadaman. 
  • Virus mampu bertahan di persekitaran (dalam dan luar rumah) hingga 1 tahun (wpun tiada lagi tanda2 kucing diserang virus ini, kebersihan dan pencegahan perlu sentiasa diberi perhatian krn virus boleh muncul kembali)
  • Tiada ubat atau penawar melainkan dgn pencegahan awal iaitu vaksin.
MEREKA YANG PERGI

April, Lewis, Luke, Coco, Kimi, Yaya dan Unknown (stray) merupakan kucing2 DC yg telah menemui ajal akibat virus Parvo dalam masa 24 jam - 2 hari. Tujuh ekor kucing2 ni sangat sihat, gemok dan ceria tetapi (tidak vaksin) mati dalam keadaan yg menyedihkan seakan mereka tidak bersedia utk menemui ajal. Ada yg bising, menjerit-jerit sebelum pergi, ada yg menggigit sangkar hingga mati, ada yg diam dan bernafas kuat dan ada juga yg mencakar2 sangkar kuarantin hingga menghembus nafas terakhir. (menangis ni..:( sbb masih terkenang lagi).

Pengesahan positif virus melalui Test Kit ke atas kucing DC ketika itu

RAWATAN SENDIRI
(This information is intended as a reference only and is in no way intended as a substitute for the correct veterinary attention.)

Umum sedia mengetahui bahawa jangkitan virus ini tiada penawar dan selalunya para veterinar mencadangkan kucing2 yg dijangkiti disuntik mati (put to sleep) dan ada di antara vet tidak membenarkan kucing2 ini berada di klinik untuk memastikan virus ini tidak merebak pada kucing2 yg datang mendapatkan rawatan di tempatnya.

Oleh sebab itu, bermulalah episod rawatan sendiri disamping rawatan atas nasihat dan pemantauan beberapa veterinar juga dari rakan2 yang senasib. Doa ke hadrat Illahi beserta perumpamaan "berpantang mati sebelum ajal" menjadi pedoman DC ketika dilanda wabak berkenaan. Seribu penyesalan mmg tiada gunanya. Dan hasilnya 2 ekor dapat diselamatkan dgn izin Allah.  Berikut ialah ubat2 yg DC gunakan. Harap maklum separuh dari rawatan yg DC gunakan ini adalah atas nasihat veterinar2 .

1. Antibiotik - Stomorgyl 2 atau Stomorgyl 10


Virus ni secara amnya menyerang saluran penghadaman, usus dan mulut, sekaligus membuatkan kucing dehidrasi (kekurangan air). Keadaan ini membuatkan saluran penghadaman tidak dapat menyerap zat/nutrisi makanan. Kucing mudah mendapat ulcer/sakit mulut dan tidak dapat mengunyah makanan dan menelan minuman dgn sendiri. Antibiotik ini dpt mencegah sakit mulut dari menjadi lebih parah. Dalam 2 kes parvo dengan 2 klinik veterinar (pengalaman sendiri), masing2 memberi tablet pink ni. 

Stomorgyl 2 - bersaiz kecil dan mudah diberikan, untuk kes parah vet menyarankan pemberian 2 biji sehari untuk 5 hari.
Stomorgyl 10 - bersaiz besar dan perlu dibahagi 2 (1/2 biji sehari) untuk kes tidak parah, selama 4 hari.

2. Vitamin C
Serbuk Vitamin C untuk kucing dan anjing

Vitamin C atau asid askorbik merupakan antioksida yang membantu melindungi badan dari  kesan mudarat radikal bebas, melindungi dari jangkitan di samping meningkatkan imuniti untuk pengekalan struktur salur darah, gusi, tulang dan gigi. Ia turut membantu penyerapan zat besi.<.div>

Veterinar lazimnya menyuntik Vitamin C ke atas kucing2 yg disahkan dijangkiti virus Parvo. Sekiranya rawatan dilakukan di rumah, serbuk Vitamin C contohnya seperti gambar di atas perlu ada. DC gunakan 1/4 sudu teh 2x sehari untuk kes kritikal . Walaupun ada link yg menyarankan pemberian setiap 2jam, DC tak ikut sebab kalau salah beri atau melebihi dos, kucing akan mengalami cirit birit.


3. Suntikan Subcutaneous (Sub cut atau sub Q)


Untuk mengatasi masalah dehidrasi, kucing yang dijangkiti perlu diberi elektrolit atau booster/glukos (air yg memberi tenaga) setiap 2 jam ke dalam mulut kucing. Bermakna dalam sehari mereka perlu diberi booster sebanyak 12 kali!.

DC sangat berterima kasih kepada veterinar yg menurunkan ilmu menyuntik dan seterus  mengajar cara2 melakukan Sub Q (suntikan bwh kulit). Tanpa ilmu ini, rasanya DC akan cepat berputus asa dan mengalah akibat keletihan kerana setiap kali pemberian booster, DC habiskan masa dlm 30 minit kerana pemberian seekor demi seekor. Ikut jadual setiap satu setengah jam, DC mesti bangun dan hasilnya lebam di bawah mata dan migrain akibat kurang tidur dan stres.

Dengan Sub Q bersama kandungan beg air - Dextrose 5% in 0.9% Sodium Chloride, perlu disuntik di lapisan bawah kulit setiap 5-6 jam dengan anggaran 150 ml dengan jarum bersaiz 38mm untuk kes kritikal. Untuk kes bukan kritikal, 50-100ml setiap pagi dan petang dengan jarum 25mm untuk selama tempoh yang dinasihatkan oleh veterinar. Harap maklum ke semua ini DC perolehi melalui pembelian di klinik veterinar yang sudi membantu dan sama2 bekerjasama mencegah wabak ini.

Bersyukur pd Allah dgn ilmu itu DC dpt mengamalkannya untuk beberapa penyakit seperti demam, selepas tragedi itu berlaku. (hanya untuk kucing2 DC sahaja ye)

Bagi mereka yang tidak berpeluang melakukan Sub Q, pemberian campuran glukos setiap 2 jam boleh dilakukan dengan larutan seperti K9 Performance Tab, Nutri Glucose dan lain2, malah dalam keadaan terdesak boleh juga beri campuran minuman 100plus dengan nisbah 1:1.

4. Susu kambing

Antara jenama serbuk susu kambing yang sesuai untuk kucing
Sejak mengetahui kelebihan susu kambing amat sesuai diberikan kepada kucing dan juga anak kucing, DC gunakannya untuk hampir setiap rawatan ke atas kucing2 DC.  Sukar untuk DC perjelaskan apabila diajukan mengapa guna susu kambing yang diproses dari susu kambing segar kerana ada rakan DC yg menggunakan susu kambing segar yg kita ketahui mengandungi laktos (kandungan yang boleh menyebabkan kucing cirit birit) ke atas kucing yg tidak sihat berjaya menyembuhnya. Dan ada pula yg menggunakan serbuk susu kambing tanpa laktos mengakibatkan kucingnya cirit birit.

DC gunakan jenama di atas untuk kes parvo. Campurkan menggunakan air suam. Diberi secara paksa (force feed) 10ml 3 kali sehari.  Boleh juga dicampur ke dalam wet food + serbuk vitamin C.

5. Vetri DMG

 Strongly recommended by veterinarians for pets with chronic illnesses including seizures, infections, diabetes, endocrine issues, heart problems, feline leukemia, allergies, asthma, and arthritis.

Terdapat 2 jenis Vetri DMG iaitu cecair dan tablet.  Ia merupakan makanan tambahan (supplement) yg juga membantu meningkat daya ketahanan tubuh (kekebalan melawan penyakit) kucing dan anjing. DC lebih suka gunakan jenis cecair kerana ia lebih mudah dititiskan ke dalam mulut kucing.  DC gunakan 0.5ml sekali sehari.

6. Transfer Factor Advanced Formula (untuk manusia)


DC mengambil keputusan menggunakan produk ini selepas membuat research di Google dan terserempak dengan link Shirley's Wellness Cafe yang menceritakan kisah2 veterinar di negara Barat yang menggunakan Transfer Factor (TF) manusia ke atas kucing dan anjing yg tidak sihat dan dijangkiti virus dengan peratus pemulihan yang agak memberangsangkan. DC fikir, jika tiada lagi penawar ke atas virus ini, mengapa tidak mengambil peluang ini yang mungkin boleh menyembuhkan kucing2 DC, tentunya dengan izin Allah jua.


Tidaklah DC tau sama ada penggunaan TF dpt menyelamatkan 2 ekor kucing DC yg dijangkiti Parvo. DC sempat memberi pd 5 ekor kucing yg dijangkiti (2 dah pegi). 

DC guna 1 kapsul 2 kali sehari untuk kes kritikal.  Kadang2 DC beri 3 kali sehari bergantung pada keadaan.

Boleh digunakan dengan mencampurkan dengan air suam atau campuran susu kambing bersama Vitamin C

Atau dicampur ke dalam makanan basah yg bertekstur halus. Campurkan juga dgn susu kambing dan air mineral untuk memudahkan di masukkan ke dalam picagari bagi tujuan force feed.

 7.  Makanan basah bertekstur halus

Kucing2 yang dijangkiti virus parvo mengalami masalah menelan makanan dan hilang selera makan dalam waktu yang sangat pantas.  Oleh yang demikian, DC force feed dengan makanan tin yang bertekstur halus seperti Avoderm can cat food, Royal Canin Recovery dan Hills a/d untuk memudahkan dimasukkan ke dalam picagari juga mudah hadam.

Selain perisa ayam, terdapat juga perisa salmon dan ocean fish.
8. Picagari pakai buang


Sediakan picagari pakai buang seberapa banyak mungkin.  Memandangkan virus ini sangat mudah menjangkit walaupun kucing yg sihat berada jauh dari kucing yang dijangkiti, pastikan hanya 1 picagari digunakan untuk setiap pemberian pd seekor kucing. (Purata DC guna dalam 15 batang sehari bersaiz 5ml untuk 5 ekor kucing selama 2 minggu).  Menggunakan picagari yang sama ke atas kucing2 yg dijangkiti virus Parvo boleh meninggikan risiko kucing yg hampir pulih menjadi parah semula. Buang dalam plastik khas selepas penggunaan supaya kucing jalanan di luar tidak dijangkiti.

9. Sarung Tangan lateks pakai buang

Gambar hiasan
Penggunaan sarung tangan pakai buang berupaya mencegah penularan jangkitan virus.  Buang dalam plastik khas yang kemudiannya di ikat kemas untuk elakkan dari kucing luar di jalanan sana dijangkiti.


10. Cecair Peluntur Clorox

Ketahui lah hanya cecair peluntur clorox yg berupaya membunuh virus ini. DC gunakan dgn nisbah 1:30 dan mop kawasan yang tercemar seperti lantai bilik, kotak pasir kucing, lap sangkar dan dalam pencucian baju2 yang DC gunakan setiap kali memberi rawatan kucing2 yg terkena parvo. Untuk menjamin tiada penularan virus, DC tukar baju setiap kali buat rawatan dan menjauhkan diri dari kucing2 yg sihat kecuali ketika memberi mereka makan. Untuk lebih pasti, cuci sangkar dan peralatan yang digunakan kucing seperti sangkar, bekas makanan, kotak pasir dan mainan dgn campuran clorox dan kemudiannya jemur di tengah panas matahari apabila berpeluang berbuat demikian.  Mengikut pengalaman, DC lakukan 'cleaning' setiap 3 hari ketika itu.. skrg DC masih maintain tp buat dlm 1 minggu sekali atau paling lewat 1 bulan sekali. Cat tree/scratcher?.. Maaf DC buang terus dgn membakarnya.

11. Cecair pembasmi kuman Lysol


DC juga gunakan cecair pembasmi kuman Lysol dalam menangani wabak virus Parvo. Walaupun terdapat kenyataan dan pendapat yg berbelah bagi mengenai penggunaan Lysol dalam membunuh virus Parvo, DC tidak mahu mengambil risiko, dengan menggunakannya di kawasan2 yg dianggap tidak tercemar, berselang hari dengan penggunaan clorox. Tambahan baunya agak menarik - bau hospital. Tapi ada ahli keluarga DC yg tidak menyukai baunya, jadi DC meletak lebih banyak air untuk mencairkannya dan kurang bau.

Jangan gunakan bersama Clorox, kerana kandungan toxic menjadi sgt tinggi, merbahaya pada kucing2 yg sihat dan baunya seakan bau terbakar.

12. Penyembur Udara 


Virus parvo ini boleh merebak melalui udara. DC gunakan penyembur udara seperti gambar di atas jenama Glade dan memilih bauan 'clean and fresh'. Tertulis perkataan "Kills 99.9% of germs* and viruses**" di atas label penyembur ni. Selalunya kalau ada tanda asterick (*) di mana-mana label produk, bermakna ianya bukan lah memberi jaminan 100% berkesan melainkan yg berkenaan atau berkaitan.

Tapi ia dah cukup menyenangkan hati DC membelinya, yg penting ada lah usaha. Tambahan, DC belum pernah jumpa penyembur udara/air sanitizer yg quote pd label berkaitan dgn virus.

13. Sumber Air

Selepas segala usaha dah dilakukan, dan memandangkn DC berurusan dgn virus jahat, berdoa dan berzikir, bacaan Quran dan Yasin dapat menenangkan hati. Berserah pd Allah dan tidak berprasangka pdNya kerana setiap yg berlaku pasti ada hikmahNya selain dgn izinNya dpt menyuci dosa2 ringan kita di dunia ini. DC guna air yasin dalam setiap bancuhan dan untuk minuman kucing2 yg dijangkiti.  

Kita boleh juga guna sumber air yg baik seperti air mineral, air RO, malah juga air zam-zam.

PENGHASILAN

Dari 9 ekor yg dijangkiti, DC berupaya menyelamatkan 2 ekor. Syukur alhamdulillah. Percayalah ianya satu pengalaman yg sgt mahal bukan saja dr segi wang ringgit malahan emosi dan fizikal.  Gambar kucing2 yg telah pergi tidak dapat DC rakam sebab terlalu pedih untuk dikenang, terlalu mengusik jiwa, malah mampu menangis berkali2... iskk iskk dah start nangis ni..:(

Snow dan Bubu ada lah kucing yg berjaya setakat ini melepasi pengalaman ngeri tu. Berikut ialah gambar Snow sebelum dan selepas..

Keadaan Snow selepas 9 hari dijangkiti. - 10 Jun 2013.
Gusi dan mulut masih berdarah.
Badan bengkak2 akibat IV Drip
Pada hari ke 13 (14 Jun) - Snow dah mula menunjuk tanda2 untuk makan sendiri.
Tak perlu force feed. Allah je yg tau  hati dan perasaan DC masa ni.
Dia juga dah boleh poo mcm dulu dan tekstur agak solid :)
Snow pada 25 Ogos 2013. Dah vaksin penuh. Alhamdulillah.

Rujukan:

http://www.dr-addie.com/
http://curezone.com/forums/am.asp?i=75786

40 comments:

Anon said...

Information yang amat berguna. Tqvm.

Syahida Yep said...

Salam takziah utk kucing2 yg telah pergi. Tahniah atas perkongsian info yg sgt berguna. Saya doakan Snow & Bubu terus sihat.Amin

Syahida
warkahdarimama.blogspot.com

aMi IsHaK said...

Dear DC...assalamualaikum..juz nak tanya mane DC dapat Ventri DMG yg liquid tu??My cat have FIV..usually Vet mmg bagik dia Vetri DMG tu..but after abis tatau mane nak beli..

Marchael said...

hai..
i shared ur blog's link in facebook. our kitten also believed victims of this virus. jadi, saya share link supaya dapat membantu pencinta kucing drpd kehilangan kucing kesayangan. thanks..

Marchael said...

hi,

I shared your blog's link in facebook. our kitten died,believed victims of this virus. .thanks.

Nora said...

Tq info..stray cat seekor kena penyakit ni...hari rabu baru ada vet..nanti cat ni dtg kaw rumah ng dia minum 100 plus dulu.la

Noor Jamalia Ariffin said...

Assalam DC. Mohon share. Info terbaik utk pencinta kucing. Semoga Allah swt mmbalas budi baik DC sudi share info ini. Tqvm.

NAI said...

Salam.. Maknanya kalo dijangkiti penyakit tu boleh diraway ke? Masih ada peluang tak? Please reply asap.. I need to know the answer... My cat umis suspected to have the disease.. T_T

Unknown said...

Vet area dungun xde ubat yg pelik2 cmni..

Unknown said...

Tiara died yesterday..really hope dpt jumpa Tiara lg kt syurga nnt

Unknown said...

My kitten is dying right now. Vet only gave immune booster and another meds tp tk bagi pun ubt as DC mentioned above. Syurgalah tempat dia insyaAllah

Unknown said...

Alhamdulillah seronok tgk Snow pulih dr virus ni tp anak kucing sy Bino & Dino pun br je pergi kerana virus ni..sedih sgt xdpt selamatkan dorg..rindu sgt kt dorg..:(

Jamu Pesona Anggun said...

Ratna Razak...if xde area dungun..awk boleh beli by online dkt mn2 pet shop yg ada bekal kn DMG utk kuatkn antibodi kucing anda....

Unknown said...

Dua ekor kucing saya kena virus..nak tanya mcmana nk force feed? 😭

Tanamera Postnatal Malaysia said...

Takziah for your late cats..

BTW, i've experinced handling parvo n 2 of my cats survived. Alhamdulillah...

Yes, it's not that easy to handle. Must give an intensive care n always eying on them..

However... such of good info / share.
Keep it up DC!!!

Thx for your sharing info...

Unknown said...

Assalam, terima kasih tak terhingga atas perkongsian pengalaman. Kucing saya ummie ( sudah 3 tahun vaksin ) tapi baru beberapa hari dijangkiti parvo. Saya ingat cirit-birit biasa pada mulanya. Selepas 2 hari berulang alik ke Klinik Ee, saya gunakan antibiotik yg diberi, vetri dmg, b-tone, susu milkodog dan ubat untuk cirit parvo. Ummie masih aktif cuma kena force feeding. 2 hari ni kerja saya mop rumah dan spray cage dengan campuran clorox. Saya akan lawan virus ini habis-habisan dan bantu Ummie untuk survive. Doakan saya berjaya.

Unknown said...

Kucing saya baru baik dari sporo yg sgt teruk...alhamdulillah sangat2 bersyukur...hari tu sedih sangat dh buntu tkde jalan...my kitty hari tu kena kudis sporo yg berkawah2 besar di kedua belah kaki, di paha dan di belakang badan...bagi makan ubat vet selama 4 bulan lgsg takde perubahan utk sembuh malahan kudis semua semakin luas, berdarah dan busuk...sehingga 3 minggu lepas saya cuba rawatan alternatif kepada kitty menggunakan KAEDAH TERAPI ION NEGATIF...saya terkejt juga sebab selepas 3 minggu, semua kudis di kaki kitty saya dh kering dan tumbuh kulit baru...saya sedia berkongsi pengalaman ini kpd sesiapa saja yg menghadapi jalan buntu dlm merawat kucing kesayangan yg menghidap sporo...kerana penyakit sporo ni memang amat menyiksakan dan senang berjangkit...kepada sesiapa yg ingin mencuba kaedah ni boleh whatsapp saya 0182227022...mungkin kaedah ini juga berkesan utk parvo..tkasih DC

Unknown said...

Kucing saya baru baik dari sporo yg sgt teruk...alhamdulillah sangat2 bersyukur...hari tu sedih sangat dh buntu tkde jalan...my kitty hari tu kena kudis sporo yg berkawah2 besar di kedua belah kaki, di paha dan di belakang badan...bagi makan ubat vet selama 4 bulan lgsg takde perubahan utk sembuh malahan kudis semua semakin luas, berdarah dan busuk...sehingga 3 minggu lepas saya cuba rawatan alternatif kepada kitty menggunakan KAEDAH TERAPI ION NEGATIF...saya terkejt juga sebab selepas 3 minggu, semua kudis di kaki kitty saya dh kering dan tumbuh kulit baru...saya sedia berkongsi pengalaman ini kpd sesiapa saja yg menghadapi jalan buntu dlm merawat kucing kesayangan yg menghidap sporo...kerana penyakit sporo ni memang amat menyiksakan dan senang berjangkit...kepada sesiapa yg ingin mencuba kaedah ni boleh whatsapp saya 0182227022...mugkin jga sesuai utk parvo

Unknown said...

Thanks imfo bguna..kucing saya br je sah parvo....dijangkiti virus ni.masa boarding di petshop.sedih sgt.smoga saya dapat merawatkucing saya.

M H S said...

Haii kucing sy ni kecil lagi dah kene penyakit ni agak2 boleh baik tak ? Tdi abg kepada kucing sy ni bru je lps pergi meniggalkan adik nye dan adik nye telah dijangkiti penyakit yg sama. Doakan kucing sy sihat ����

Unknown said...

Kucing Sy kena parvo.. dah addimmted Klinik Veterinar.. masuk air n start muntah. Moga Manis kuat. Jumpa esok Manis..

Unknown said...

Doakan kucing saya. Manis sgt lemah hari. Dah masukkan ke Klinik Veterinar. Siang tadi

Unknown said...

Sy rasa anak kucing sy pn sudah dijangkit virus ni..mnggu lepas ibunya baru je mati,asalnya ekor dia luka sikit lepas sapu ubat pn luka tu makin melarat,bawa semula ke vet doc cuba operate buang kudis yg mengeras di bahagian luar..sminggu sy sapu ubat lepas tu dia murung lansung tak nak makan sampai dh kurus sangat,sy cuba nak bawa ke vet tp masa tu hari ahad semua vet tutup,dengan harapan ibu kucing tu dapat bertahan sehingga hari isnin tp xsempat pagi tu dh keras..sekarang ni anak dia ada 4 ekor umur 2bulan 1 mnggu tp yang seekor ni tiba reaction berubah dlm 3hari,sama jgk sudah tidak agresif seperti sebelum ni,makan pn xnak..yang lain ok je aktif..

Lia Aliana said...

Mix dgn air, then masukkan dalam syringe.

Unknown said...

Sehari nak bagi TF brp capsule?

Unknown said...

kalo kucing da mandul or vaksin boleh berjangkit x?

Unknown said...

sis. Dekat mana nak beli lysol?

Unknown said...

sy tkthu kucing sy kene virus ape..tp abis bulu dia..mcm lembap2..sy dh bg ubat yg doktor bg...cme sy tkut kucing sy tkdpt dslmtkn...ade cdgn tk ap sy olu buat

Unknown said...

sy tkthu kucing sy kene virus ape..tp abis bulu dia..mcm lembap2..sy dh bg ubat yg doktor bg...cme sy tkut kucing sy tkdpt dslmtkn...ade cdgn tk ap sy olu buat

Unknown said...

Macam mana nak hilangkan air liur berlendir sebab parvo.Berapa lama kucing kena penyakit ini akan sembuh?Tolong saya,kucing saya nampak lemah dan xmkan& minum.

Unknown said...

Macam mana nak hilangkan air liur berlendir sebab parvo.Berapa lama kucing kena penyakit ini akan sembuh?Tolong saya,kucing saya nampak lemah dan xmkan& minum.

Unknown said...

mana nk dapat lysol ye?

Unknown said...

So This killer also my pet. 3 kitten at the age of die within 3 day.
The older die before that. I took the cat to pet clinic and the vet told it was attacked by parvo virus. She just suggest to treat with immune booster and glukos.
Before the treatment. Almost two week cannot take dry food water. I treat withimmine booster and glucos. About 7 or nine day the cat recover slowly. And now it healthy. But one thing. To avoid the other cat infected bythe virus i clean the cage with un diluted clorox. But now the cage already become rusty. I am keeping other cat the age of 9 month and noe the fur of the cat almost full with ( maybe sogn of rust.
So what should i do.
I am thinking about painting tbe cage !

Lala66 said...

Cegah sporo, parvo dan lain-lain penyakit kucing dengan ubat kucing sporgad

https://www.facebook.com/CATHOUSEKELANTAN/

@ terus whatsapp www.wasap.my/60143067022

Unknown said...

:'(

Unknown said...

Kucing saya cheetah yg berusia 3 bulan dan belum divaksin telah dijanhkiti virus ni.3 kali ulang alik klinik ambil ubat dan drip.Kucing yg dijangkiti parvovirus takkan ada selera makan atau minum.Puas juga paksa dia minum dan feed wet food.Tiada ubat yang speaifik dan kucing yg dijangkiti hanya perlu hidrasi yg cukup.
Kadang2 berselang seli saya drip cheetah.
Walaupun agak takut dan kekok pada mulanya tapi utk sembuhkan dia saya beranikan diri utk masukkan drip sendiri.Memang sangat kesian sebab cheetah seolah2 sudah hilang semangat utk terus hidup.
Dan hari ni setelah hampur 18 hari bertarung dgn virus ni,alhamdulillah cheetah saya beransur sembuh dan mula makan dan minum sendiri sedikit2 tapi kerap.

permainan said...

Walaupun again terlambat jumpa laman,tapi boleh jadi panduan untuk saya Dan anal dalam penjagaan kucing.Tak pernah jumpa penyakit ni walau banyak bela kucing sejak remaja.
3 Hari lepas,Putih mati di hadapan pegawai vaterina dan saya anak beranak.Bingung saya.Masuk kereta terus nangis diketahui .Vaterina mintasminta maaf Dan suruh google penyakit ni parvo.Oh macam Covid-19 penjagaannya.

permainan said...

Sekarang Kiki Pula sedang bertarung nyawa.Anak-anak semua down.Dalam dok segar berlari jadi pengubat keletihan balik kerja Dan teman bagi anak-anak di rumah tiba-tiba lemah dan tidak berselera makan.Hero Pula dah monyok dan tidur saja.Tadi pergi klinik,pakar kata sukar sembuh Hanya ikut kekuatan imun dia.Dia bagi makanan dalam bentuk cecair tetapi Hero dah tiada selera.Putih Dan Kiki Hanya kenangan di hati kami.Hero semiga Allah bagi kekuatan kepadanya.

madrasahtahfiztm.blogspot.com said...

yg sy dia jadi lembik sy bagi makan madu kelulut asli untuk antibiotik boleh ke

Unknown said...

Dc nak tanya, ms kucing tu dijangkiti dan semasa di rawat ada tak air liur kucing berbuih keluar?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...