Pokok Kucing = Cat Tree (Yeah! our cat tree is done!)

Photobucket

First Aid Kit Kucing

Tikus Mainan DIY untuk si Comel

Photobucket

Fish Ball Treat

Gaya Tidur Si Comel

Photobucket

Wenzday @ Ateh yang 'Cool'

Share

Kali ini DC ingin menceritakan kisah Wenzday atau Ateh. Semalam genaplah 5 bulan, DC memelihara Wenzday. Kalau rakan2 masih ingat kisahnya yang pernah DC post pada 4 Nov 2010, Wenzday dijumpai pada hari Rabu, 3 Nov di celah2 sangkar kucing di rumah, dalam ketakutan.

Gambar terkini Wenzday - diambil pada hari Jumaat, 1 April 2011



Gambar Wenzday ketika dijumpai pada 3 Nov 2010

Gambar sekarang


Gambar sebelumnya
Perhatikan telinganya, DC sangkakan itu adalah corak bulu Wenzday, tapi rupa2nya kesan kotoran dan daki.

DC bercadang menyerahkan Wenzday untuk pengangkatan (adoption) tapi harapan semakin tipis kerana dia sebenarnya garang.  Dia pantang di salah belai - seperti terlebih bergurau atau menepuk sedikit kuat atas kepalanya (sbb geram, dia semakin lawa dan berisi) dia akan serta merta mengiringkan badan dan kalau  kita terus masih bergurau kasar, Wenzday akan menampar tangan kita.   Kalau sangkarnya diganggupun dia mula menjeling seakan marah.  Oleh sebab itu, sejak dia dijaga hingga kini, DC tidak pernah membebasnya kerana risau dia menyerang kucing2 DC. Walaupun dapat dikatakan dia tidak lah seagresif dulu, kebimbangan tu tetap ada di hati DC.  Dulu, kalau ada antara kucing DC yg lalu di hadapan sangkarnya, Wenzday akan menggegar dan terbalikkan sangkar yang didiaminya.  

Wenzday kini ditempatkan di sangkar yang lebih luas dari sebelumnya..

Apa yang DC maksudkan Wenzday yang 'cool' ialah dia sememangnya jenis rileks atau selamba. Expressionless. Wajahnya ketika ceria atau marah tetap serupa.  Yang membezakan ialah suaranya saja. 
Kdg2 DC gelar Wenzday ni Ateh, sebab dia dah putih melepak.  Kalau ada kawan2 atau sesiapa yang melintas rumah DC, Wenzday terlebih dahulu menarik perhatian mereka. (keduanya - Daisy dan ketiga Musyang)





Tak banyak yang dapat DC tahu mengenai Wenzday - seperti anggaran usianya dan asal usulnya.  Wenzday tetap DC dan keluarga sayang walaupun pada awalnya, suami agak membangkang bila DC membuat keputusan memeliharanya. Bila Wenzday  semakin sihat dan serinya mula terserlah, suami sering memujinya, dan semakin galak pula bergurau dengannnya. Syukurlah.. :)

11 comments:

Cat-from-Sydney said...

Hmmmm...DC dear, Wenzday looks like Casper, my fiance #3. White with blue eyes. But Casper is deaf and very placid. purrr...meow!

habsahharun said...

amboi...gebus..:)

Gee said...

cat-in-sydney - woahh! yr #3 fiance? how many do u hav so far?..
I think most white cat hav a little bit problem with their vision and hearing as well.

habsahharun gebus tu la yg buat kami selalu nak bergurau kasar dgn dia.. tp byk rintangan hehe

meowwmania said...

wahhh Wenzday sangat kacak! pandai DC jaga nampak jelas perbezaan yg ketara di situ :)

smoga Wenzday semakin kacak dan gagah ;)

Vivian said...

handsome nyerr!!!!!! jatuh hati la!!

Sharz said...

besar betul budak wenzday nie...

kucing mase kecik2 memang nampak comot..tapi ade jugak yg pandai jaga kecantikan..huhu..

muka die memang takde perasaan la DC..huhu.. =p

NaddY said...

tomei lar wenzday....muka boollllaattttt!!!!

Faizal n Fashitah said...

Amboiii....booolattt nyerrr heheh

amacatlover said...

hai kak Dc.. sy ni diha.. dh lame nk tnye dgn akak ni.. mcm mne nk bg kucing kite gemok ek? pastu kak Dc slalu polish kucing kak DC gune shampoo ape?
harap2 kak dc dpt balas soalan2 sy hehe.. tq =)

Gee said...

sepet salam diha.. nk bg kucing gemok? gemok aktif tak pa.. jgn gemok diam, bahaya. Gemok aktif badan kucing akan fit, gemok diam byk penyakit. Mcm mana nak bg gemok? tak de resipi, kena jaga pemakanan, bagi premium food dan kalau berduit beri supplement.

DC selalu guna shampoo kutu - sama ada brand Machiko atau Masaleb :)

wia said...

comeynya dia...gerammm...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...