Tanaman Penghalau Nyamuk
ShareMungkin ada pemilik kucing di luar sana mempunyai masalah yang sama dengan DC. Kepada mereka yang mempunyai rumah kucing (cat house) atau sangkar kucing yang diletakkan di luar rumah, sama ada di pekarangan atau di halaman rumah, sedikit sebanyak tentu merasa bimbang dengan haiwan kesayangan kita tu digigit nyamuk.
Pernah DC cuba menggunakan pelbagai jenis ubat nyamuk dari jenis seperti diffuser, vapouriser, lingkaran, gel dan penyembur berasaskan air untuk menghalau nyamuk di sekitar sangkar dan rumah kucing.
Pertama kali gunakan ubat nyamuk jenis lingkaran ni, habis berbau depan rumah! Serik dah |
Ini percubaan kedua DC - tetapi tak berapa berkesan juga.. |
Ini yang selalu DC guna - jenis waterbased |
Tentu pemilik kucing sedia maklum ke semua produk di atas sedikit sebanyak mengandungi bahan kimia yang merupakan toksik kepada kucing. Akhirnya DC beralih ke cara yang lebih selamat - iaitu ke arah menghijaukan alam sekitar. Mendapatkan tanaman penghalau nyamuk :).
Setelah hampir 2 minggu mencari, akhirnya rakan2 sepejabat DC berjaya mendapatkannya. (Sendiri cari tak jumpa walaupun di tempat2 tapak semaian - nursery).
Pelargonium citrosa atau lebih dikenali sebagai Geranium Wangi |
Pokok ini merupakan salah satu jenis pokok penghalau nyamuk. Ia tidak berbunga dan amat terkenal sebagai penghasil minyak Citronella. Dari hasil penyelidikan, 4% dos daun Pelargonium Citrosa boleh membunuh 98% larva nyamuk. Ia juga berkesan untuk menghalau nyamuk dewasa.
Warna dau hijau muda dan bergaris-garis |
Tanaman ni kadangkala dipanggil pokok lima jari. Ia berbentuk rumpun dan boleh mencapai ketinggian 1 meter. Selalunya tanaman ini ditanam di dalam pasu atau ditanam ditanah untuk menghasilkan tanaman dan sesuai hidup ditempat redup.
Tanaman ini bukan sahaja boleh diletakkan di luar rumah malah juga di dalam rumah untuk menghalau nyamuk. Letakkan mengikut cara seperti di bawah :
..di tingkap rumah ATAU |
.. di tepi pintu rumah |
Angin yang keluar masuk akan menggoyangkan tanaman ini dan bau citronella akan keluar merebak ke dalam rumah dan persekitarannya. Aroma citronella ini tidak disukai oleh nyamuk.
Kalau tak ada angin, gunakan kipas angin untuk menyebarkan bau citronella dari tanaman ini.
Jika kita gunakan tanaman ini di dalam rumah, sesekali kita kena keluarkannya untuk mendapatkan cahaya matahari yang mencukupi. Namun ia juga tidak boleh didedahkan secara terus dari sinaran matahari terik.
Sesetengah orang menggunakan tanaman pelorgium ini dengan cara meramas daunnya dan sapukan pada anggota badan untuk menjauhkan nyamuk.
Antara produk yang dapat dihasilkan dari pelargonium citrosa
Sebenarnya terdapat beberapa lagi jenis tanaman atau pokok penghalau nyamuk seperti pokok zodia -dikatakan paling berkesan untuk menghalau nyamuk. Hasil ujikaji menunjukkan daun zodia berkeupayaan untuk menghalau nyamuk selama enam jam dengan 70 % daya perlindungan.
DC tengah cari pokok ni pulak... |
Antara pokok penghalau nyamuk yang lain ialah pokok selasih (basil), rosemary, marigold dan pokok serai wangi (bukan serai biasa) dan pokok bunga tahi ayam :)
sumber :
8 comments:
waaaaaaaaaaaaaaa..nak carik jugak!!>.
sian tgk anak2 bulus lam bilik, takut kne gigit nyamuk sbb bila masuk bilik dorang..nyamuk byk giler..sampai incek hubby tanye "..ade ker kucen kne DENGGI..??" lia xde jawapan, akak ade?????? hehheh
dorg punye tingkap bilik mmg x pnh tutup sbb kalo tutup macam terkurung plak xde udara kuar masuk & nnt bilik cepat bau..
bape hengget sepasu nih kak????
Phat Cat with Phat Lady - Lia, mmg la nyamuk tak kena denggi tp kan.. bila fikir kanser kat org pun ada gak kanser kat kucing ada kemungkinan tak? Lagipun nyamuk boleh bawak penyakit kudis di telinga and so on.. byk tau sakit dia..
Cari kat pasar tani atau nursery. Harga dlm RM5 - RM15, ikut saiz pokok.
Lia best tau bau dia.. mangiiii!
DC,
shaz pun ade pokok ni...
org tua² panggil pokok jeramin/cermin... lbh kurg camtu la bunyi nye... =D
mmg susah sikit nak cari... gi cameron highland baru jumpa pokok ni... huhu~
mangiii kan bau dia... mcm ala² bau serai wangi gak... =)
kalau kucing makan daun ni tak pe ker? Kalau letak pokok ni kat balcony gerenti kene mamam ngan budak-budak tu....
waaaaaaaaaaaaaaaaaaah...
nak cari lar pokok nik...
tkot kang kne denggi...
huhuhuhu...
gula stevia : http://stevia-sugar.blogspot.com/
wahh bagusnya nak carik gak lah
thanks for the info ;)
wah bagusnyer!!!! nanti dah ada umah sendiri mesti beli tuk anak2 bulus dan orang rumah jugak.. =D
pokok zodia tu ada dijual di blog istana bambu undagi (http://istana-bambu-undagi.blogspot.com) ... dalam rm5 yg kecik, tapi kena beli kat tempat dialah kat Sungai Serai, Batu 11, Hulu Langat
Post a Comment