Pada hari Deepavali baru2 ni, DC dan sebahagian rakan2 Kumpulan ALAT yang prihatin meluangkan masa membuat kunjungan ke rumah seorang pembaca blog DC bernama Aqilah di Sg Lui, Hulu Langat. Lawatan ini merupakan salah satu inisiatif ke arah tanggungjawab sosial projek 3B (Berkumpul, Beriadah/Berkelah, Berkhidmat) yang lazimnya dianjurkan oleh Kumpulan ALAT dimana tujuan utamanya ialah memberi sokongan moral dalam pemeliharaan haiwan kesayangan.
|
Aqilah, kiri sekali bergambar bersama ahli keluarganya dihadapan rumah mereka .. |
|
dalam rumah Aqilah.. |
Ketika dijamu dengan pelbagai juadah, kami berkongsi cerita dan bertukar pandangan dengan keluarga Aqilah mengenai hal2 penjagaan kucing dan perbezaan keadaan kehidupan kucing2 di bandar dan dikampung.
|
Adat org bertandang rumah, kami dijamu dgn mee soto.. |
Keluarga Aqilah menceritakan kisah2 pahit manis kucing2 peliharaan mereka dari kisah pemandulan, pembedahan akibat dilanggar kereta, kos2 yang terlibat dan akhir sekali kisah 10 ekor kucing2 mereka yg mati dalam masa 2 minggu akibat serangan virus.
|
Aqilah bercerita.. |
|
antara kucing Aqilah yang diberi minum air kelapa |
|
Marie Elias sedang membelek seekor kucing putih.. |
|
Mya sempat bermanja dengan kucing siam ni.. |
|
.. antara kucing yg dpt digomol Marie hehe |
|
Mami Ana Lewis sedang mencuci mata salah seekor kucing di rumah Aqilah.. |
|
Antara anak kucing yang ada, dipangku oleh ahli kumpulan kami yg terkecil :) |
|
Antara kucing yg nak ikut kami balik. Didukung oleh Cik Akazukin |
|
Bapa Aqilah yg kaya dengan senyuman dan budi bahasa.. |
Oleh kerana cuaca yang tidak mengizinkan kami lama di rumah Aqilah, kami terpaksa mengundurkan diri walaupun rasa banyak lagi pengetahuan dan cerita yg boleh dikongsi lagi.. Setelah menghulurkan sedikit 'bantuan kekucingan' kami beredar. Sempat juga bapa Aqilah menyaji dan membekalkan kami buah pisang :) *sedappp!*
|
bermesra sebelum berpisah.. |
Kami bercadang singgah di Sg Gabai untuk berkelah tapi dimaklumkan lokasi tersebut telah penuh kerana kehadiran pengunjung yg mengambil kesempatan berkelah sempena cuti umum. Namun kak Adia Umi-e atau lebih dikenali sebagai Kak E, telah pun ke sana terlebih dahulu kerana membawa sanak saudaranya yg datang dari Port Dickson.
3 comments:
heh! gamba yg last tu tak blh blah! kene mintak royalti ni =)) ekekekekekeke
Mya
lupa nak tahan napas lak masa posing*gambar #8*
anyway mmg best sbb dapat kenalan baru n dapat berkongsi cerita
aktiviti yang sungguh best!! teruskan DC!! :)
Post a Comment