Pokok Kucing = Cat Tree (Yeah! our cat tree is done!)

Photobucket

First Aid Kit Kucing

Tikus Mainan DIY untuk si Comel

Photobucket

Fish Ball Treat

Gaya Tidur Si Comel

Photobucket

Feby yg istimewa

Share

Feby

Comelkan? namanya Feby, nama yg diberi oleh adopter (Raja Intan Faizura) mengambil nama sempena bulan Februari ketika di jumpai.  Dianggarkan berusia kurang sebulan, Feby lebih tepat lg ditemui pada 14/2/2012.  Senang nak ingat sbb tarikh tu tarikh yg diwar-warkan dunia barat sebagai hari kekasih.


Begini lah keadaan Feby ketika diserahkan pd DC semalam.  Adopter menjumpainya di tepi lubang lift kawasan tapak pembinaan  (construction site) setelah diberitahu oleh engineer di situ.  Menurut kata supervisor di situ, Feby dan adik beradiknya yg lain telah dialih oleh pekerja2 di situ kerana terkena tempias beban kren 10 tan.  Dua adik2 nya dimaklumkan putus kaki dan telah dilarikan oleh ibu kucing tersebut.  Manakala Feby dipercayai tertinggal dalam keadaan penuh tanah manakala kakinya luka dan hampir hancur. 

Ketika itulah adopter memasang niat untuk memeliharanya tetapi menghadapi masalah untuk memberi perhatian penuh kerana anak kucing sekecil ini lazimnya sukar hidup tanpa ibu.  Beliau berharap kucing DC yg bernama 'Kakak' dapat menjadi ibu tumpang kepada Feby.

Kakak dan anak2nya

Hati ini agak berat menerima sebab Kakak terlalu kurus untuk menyusukan Feby kerana anak2nya yg seramai 5 ekor tu gemuk2 belaka.  Dgn izin Allah, kebetulan pula teringat kucing DC yg bernama Sly baru saja melahirkan seekor anak dan berharap dia dpt menyusukan Feby.

Sly - ibu muda

Feby dibawa oleh adopter ke Klinik Muezza, Gombak untuk mengenalpasti sejauh mana kecederaannya.  Pada awal pemerhatian, Doktor Zul memberi gambaran untuk memotong kaki Feby yg cedera.  Ketika itu DC dan adopter menggaru kepala memikirkan kos rawatan.  Slps memanjatkan doa pdNya, akhirnya kami meminta bantuan rakan2 disebuah page group di facebook.

Seriously? Mmg malu.. tp terpaksa meminta sedekah dari rakan2.. :(

Lebih kurang pukul 5, adopter menerima teks dr Doc Zul, bahawa Feby telah dibenarkan pulang selepas menjelaskan bayaran rawatan sebanyak RM130.  Vet melakukan minor surgery dan kaki Feby dpt diselamatkan tetapi akan berlaku kecacatan kekal.

Feby berada di dalam keadaan mamai kerana bius rawatan
Ubat Antibiotik utk Feby


Feby kemudiannya ditemukan dengan Sly pada jam lebih kurang 8 malam.

Sly menerima dengan hati terbuka - sedang menjilat Feby

Alhamdulillah Feby dan Sly serasi!. Tidak berlaku penolakan atau rejection.  Namun Feby masih tidak berjaya menyusu kerana keadaan dirinya yg belum sedarkan diri sepenuhnya.

Gambar jam 1 tgh hari tadi - Feby dah bangun dan celik mata.. sambil menayang kaki nya yg berbalut  ke udara, seolah2 memberitahu tanda 'bagus! saya dah dapat susu ibu!'  haha!
Gambar dari kamera adopter yg melawat Feby di rumah DC- clear shot dia sedang menyusu :)

Kepada mereka yg telah bersedekah untuk menyempurnakan rawatan Feby, kami ucapkan terima kasih tidak terhingga. Semoga Allah melipatgandakan harta2 kamu dan ibadah kamu.  Berikut ialah jumlah yg kami terima.  Pohon di halalkan dunia akhirat..



Buat renungan bersama :

Allah Ta’ala berfirman: "Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya." (Al- Baqarah ayat 261)

Nabi saw. bersabda, “Tiada datang waktu pagi melainkan ada dua malaikat yang turun kepada manusia, lalu satunya berdoa, “Ya Allah, Berilah ganti bagi yang bersedekah.” (HR. Bukhari)



15 comments:

NoRHaNa CorNER said...

syukurkan Feby selamat...nnti update lagi citer dia ye

GtHans said...

harap Feby cepat sembuh..Aminn..

::EIDA:: said...

Adakah DC terima kucing untuk dijaga???

* HeeBum and HaeBi * said...

hi feby yg comey.. cepat smbuh tau...

Nadea Hutt said...

Proud of you kak DC !!

Gee said...

tq semua.. semoga doa kalian dimakbulkan :)

::EIDA:: - tidak, akak tak terima kucing2 utk dijaga sbb dah full house. Akak tak mampu, lg pun akak duduk kawasan guarded property dan dah beberapa kali kena ambush dgn majlis perbandaran. Utk kes Feby akak pinjamkan ibu tumpang untuk adopter sbb dia tak ada kucing yg menyusukan. Selepas cerai susu Feby akan di jaga oleh adopter balik.

Cat-from-Sydney said...

Aunty CD,
Kita kenal Dr Zul tu....lain kali nak apa2 pertolongan email lah kat kami. Jangan malu. Apa yang terdaya kita bantu. purrr....meow!

m4rilyn said...

alhamdulillah Feby...semoga cepat sembuh ye

anizarina said...

alhamdulillah, semoaga feby cepat sembuh dan membesar bagai juara yaa..

feby looks just like my nomel...

Sharz said...

semoga feby cepat sembuh.. :)

Chika said...

Alhamdulillah. Cepat sembuh Feby. Semoga Allah merahmati semua yang membantu Feby.. terima kasih...

Esah said...

Gambar yang 1st tu comel sgt! geram tgk..

Cikgu DrDJ said...

alhamdulillah..moga Feby cepat sembuh..ramai mama2 mummy2 auntie2 mendoakan kamu..x lupa utk ibu dan adik beradiknya..putus kaki?? ya tuhan..sebak

Mijoe said...

get well ASAP Feby! :)

Suara Kalbu said...

Alhamdulillah,

Allah permudahkan jalannya untuk kalian membantu Feby. Comel dia. Semoga cepat sihat ya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...