Kisah Sinchan
ShareRata-rata rakan FB yg mengikuti perkembangan kucing2 DC pasti kenal dgn Sinchan. Kisah kenakalannya pernah disiarkan pada entri terdahulu bertajuk 'Sinchan oo Sinchan..' :)
Sinchan hadir dalam kehidupan DC pada 20 Mac 2012. Beginilah rupanya ketika itu. Agak takut2.. bila datang dekat, badannya menyenget seolah2 takut kena pukul.. Gambar ni DC zoom dr jauh sbb bila hampiri dia lari..
20/03/2012 - hari Sinchan dijumpai |
Selang 2-3 hari Sinchan hilang. Sesekali dia muncul mcm mintak makan.. dan mula jinak dan boleh dibelai.. Hanya waktu2 dia datang je DC dapat apply ubat fungus, bersihkan mata dan beri suntikan ivermectin. Oleh kerana tidak memberikan rawatan yg regular sebab Sinchan tidak kerap datang, dia lambat sembuh dr jangkitan penyakit fungus.
Beginilah rupanya selepas sebulan dirawat.
20/04/2012 - kelihatan botak dan kedut di atas kepala dah hilang. |
Pd awalnya DC tidak berani bawak Sinchan masuk ke kedai sebab trauma dengan kes kucing2 yg DC pernah rescue dulu disyaki ada virus maut spt sporo dan parvo.. Kenangan yg mengimbau membuatkan hati agak serik. Menunggu jawapan dr vet yg membuat ujian kehadiran virus tu pun dah membuatkan DC menangis teresak2 di luar klinik. Ternyata ujian tersebut negatif. Bersyukur sangat ke hadrat Illahi..
Gambar berikut menunjukkan DC dah mula berani membawa Sinchan masuk ke dalam kedai SESEKALI dan memberi khidmat belaian hehe.. Enak dia tidur di pangkuan DC..
23/05/2012 - dah tak ada lagi jangkitan fungus |
Hari terus berlalu dan kini Sinchan setia menunggu di hadapan kedai. Semakin nakal dan semakin banyak mulut. Risau pulak dgn budak2 nakal yg mengusik atau membuli Sinchan sebab Sinchan tidur di luar kedai , DC pakaikan kolar loceng yg kini ntah mana ghaib locengnya.. Setiap pelanggan yg masuk dan keluar kedai pasti Sinchan akan menyapa dan menunjukkan gigi dia yg putih melepak. Sejuk hati melihatnya..
26/05/2012 - sesekali DC beri wet food |
Bila melihat Sinchan dah mula sihat.. dan bulat badannya.. hati DC dah tak berapa sejuk.. sbb risau dia bunting.. apa??? ye.. Sinchan ni sebenarnya betina :p
20/07/2012 - terserlah kejulingan Sinchan |
DC dpt tau rupa2nya jiran sebelah pun mula menunjukkan minat pd Sinchan dan kini boleh dikatakan tiap hari memberi Sinchan dgn ikan fresh.. Makin 'berlemak' la badan Sinchan. Esok, jadual Sinchan makan ubat cacing huhu.. Itu la kisah si manis Sinchan ni yg dpt DC paparkan kali ni..
Ikuti kisah kucing jalanan yg bernama Shayang pada entri yg akan datang ye?
Selamat berpuasa kepada semua pembaca dan semoga amalan kita di bulan yg mulia ini Allah berkati dan diampunkan segala dosa-dosa yg lampau.. Amin..
3 comments:
bertuah la Sinchan, makin ramai yg sayang
laa...betina rupanya hehe
dah santek Sinchan nih, moga Sinchan sihat selalu
terima kasih utk kak DC ^^,
Selamat berpuasa kak!
muka nmpk grg tpi comel :)
Post a Comment