Pokok Kucing = Cat Tree (Yeah! our cat tree is done!)

Photobucket

First Aid Kit Kucing

Tikus Mainan DIY untuk si Comel

Photobucket

Fish Ball Treat

Gaya Tidur Si Comel

Photobucket
Showing posts with label Mandikan Kucing. Show all posts
Showing posts with label Mandikan Kucing. Show all posts

Berapa kerap kena mandikan kucing ye?

Ada reader yang bertanya soalan ini. Saya terdiam sejenak. Tak pernah terfikir pun pasal ni. Mungkin reader ni pertama kali memiliki kucing kan? Ini jawapan saya kepada beliau: Kucing berbulu panjang – mandikan dua kali sebulan atau sekali dalam dua minggu. Kucing bulu pendek – mandikan sebulan sekali atau bila kucing dah kotor dan berbau. Bagaimana dengan anda? Boleh berikan pandangan anda dalam hal ni? Kongsi la sikit ilmu yang ada.. :) Mesti anda terfikir bagaimana saya mandikan kucing saya seramai lebih 25 ekor? *gelak besar* Kucing saya kebanyakannya berbulu pendek, jenis DSH – Domestick Short Hair Cat. Pernah saya mandikan 5 ekor paling banyak dalam masa sehari! Itu pun di hari minggu. Bukan pilih kasih tapi yg nyata saya berikan lebih perhatian kepada kucing saya jenis DSLH – Domestic Semi Long Hair Cats. Terutama si Musyang. Saya banyak belajar memahami masalah kucing dari Musyang, kucing pertama saya. Ok.. berbalik kepada topik mengenai kekerapan mandikan kucing, pada pandangan saya, kekerapan bergantung kepada cara kita memelihara mereka. Namun memandikan kucing dengan kerap, boleh membuatkan bulu kucing gugur dengan lebih banyak. Yg penting kita harus selalu menyikat/memberus terutama kucing yang berbulu panjang. Dua hari sekali memadai. Elok juga menyikat si comel setiap hari tetapi haruslah berhati-hati sebab ada kucing yang mempunyai kulit yang sensitif. Menyikat kucing pun kena ada teknik ye.. jangan sesekali menyikat dengan kasar. Tau kah anda dengan menyikat si comel, satu ‘connection’ akan terbentuk di antara anda dgn kucing anda? Di sinilah keserasian akan terbina. Anda dan si comel akan mudah memahami antara satu sama lain :) Kucing sebenarnya membersihkan diri (mandi) dengan menjilat badannya. Jika anda kurang memberus, sicomel akan kerap menjilat bulu-bulu yang gugur dari badannya. Dan jika anda jarang mandikan dia, si comel akan mudah terkena ‘hairballs’ terutama bagi sicomel yang berbulu panjang. (Pertama kali saya kenal apa itu ‘hairballs’ dari si Musyang sbb dia ada bulu separa panjang.)

Baby@Abby (DSLH) membersihkan ekornya
Harus di ingat, jenis sikat kucing juga memainkan peranan dalam proses menyikat kucing anda. Mungkin akan saya huraikan mengenai jenis2 sikat kucing pada hari esok, bergantung pada kesibukan di pejabat! Jumpa lagi!

Cara Mandikan kucing

Betul, memandikan kucing amat memenatkan dan perlu kesabaran. Rasanya setiap orang yang memelihara kucing tentu dah tau cara mandikan si comel kesayangan mereka. Kita menanganinya dengan dengan cara tersendiri. Ada juga yang mengambil jalan mudah dengan menghantarnya ke salun. Namun jika anda cuba mandikan sendiri, anda perlu bersabar dengan kerenah kucing yang kadang kala mengiau di sepanjang proses mandian! *saya la tu uhuk!* Persediaan mandian ialah seperti berikut :- 1. TUALA MANDI yang bersih - sekurang-kurangnya 2 helai, tuala lama pun boleh. Jika kucing anda berbulu tebal dan panjang, anda tentu perlukan lebih banyak helai. 2. SYAMPU - Khas untuk kucing SAHAJA. Jangan sekali2 gunakan dog syampoo. Saya gunakan syampu kutu kerana kucing saya ni, Musyang baru je balik merempit setelah 3 hari terlepas. Jadi, saya tak mau mengambil risiko dengan jangkitan kutu. Saya gunakan jenama Machiko sebab sehingga kini ianya bagus untuk kesihatan semua kucing saya. Ia mengandungi kombinasi ekstrak tumbuhan 'neem, citronella, tea tree & cedarwood' dan juga 'conditioner'. Kira macam 2 dalam 1 la. (Psst.. saya beli di pet shop dengan harga RM17.90 untuk 225ml. Selepas itu saya terjumpa syampu Machiko 225ml ni di Carefour dengan harga RM12.90! Huh!! - So buat la pilihan yang bijak ya?) 3. PELEMBAP atau Conditioner - khas untuk kucing SAHAJA. (Oleh kerana syampu Machiko dah ada conditioner, saya tak perlukan conditioner yang lain *Chewahh macam iklan pulak hehe*) 4. KAPAS - untuk membersihkan telinga 5. PENGERING RAMBUT (jika perlu) - Setakat ni hanya Musyang yang 'boleh tahan' dengan pengering rambut. Kucing2 yang lain hmmm... bertempiaran lari bila dengar bunyi sehingga sanggup mencederakan tuannya! Tau tak sebenarnya ada pengering khas untuk haiwan spt kucing dan anjing? Sekejap je bulu mrk dah kering. Tp harganya emmm 'fikir la sendiri' hehe Ratus ratos tuu.. 6. KUCING laaa.. Cara-caranya : 1. PERIKSA KUCING - Tanggalkan kolar. (Jika ada) Perhatikan sama ada terdapat ruam, kutu atau luka. Kucing tentu bersikap agresif jika ketika mandi anda menggosok di bahagian yang sakit. Gunakan kapas untuk membersihkan telinganya. Perhatikan jika ada kutu telinga. (Nanti saya akan terangkan bagaimana bentuk kutu telinga atau parasit ni dalam tajuk yang akan datang) 2. SIKAT BULU KUCING - Perhatikan bulunya samada kusut atau bergumpal (jika bulu panjang). Sikat dengan baik, jika bulunya tidak dapat dileraikan anda boleh gunakan air dan syampu untuk cuba meluruskannya. Jika gagal, anda harus la memotong bahagian tersebut. Menyikat bulu kucing membantu air mandian menyerap ke badan kucing dengan mudah. Bulu Musyang yang tanggal selepas disikat! 3. BERSIHKAN TEMPAT MANDI KUCING. Ini bertujuan untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku apabila kucing bertindak agresif. Jauhkan sebarang botol atau alat mandian terutama yang diperbuat dari bahan kaca. 4. SETKAN ALAT PEMANAS - Uji kepanasan air sehingga anda dapat menghasilkan air yang suam. Anda mungkin menghadapi masalah jika kucing anda takut pada bunyian - semburan. Jika ini berlaku guna air biasa yang telah dipanaskan untuk mendapatkan air suam. Air yang panas akan membuatkan kucing berasa tidak selesa dan mengeringkan kulitnya. 5. HASILKAN BUIH SABUN. Hasilkan sehingga 4 inci tinggi. Saya menggunakan basin sinki bilik air untuk Musyang. Jangan sekali-kali anda mandikan anak kucing di basin kerana ketinggian dan ruang yang tidak luas menimbulkan kesukaran. (Anak kucing mungkin jatuh dengan tidak sengaja kerana air sabun yang licin!) 6. MANDI. Masukkan kucing ke dalam bilik air dan kunci pintu juga tingkap bilik air. Ketika ini kucing akan menunjukkan reaksi cemas. Tenangkan kucing anda. Bercakap dengannya dan belai supaya ketakutannya berkurangan. Gambar Musyang yang berada dalam keadaan agak panik hehe.. Jika kucing anda selesa, letakkan kapas (cotton ball) ke dalam telinga kucing untuk mengelakkan air dari masuk ke dalam telinga. Letak kucing ke dalam air buih perlahan-lahan. Sembur air dari nozel shower ke badan kucing membasahi bulu. Elakkan dari menyembur muka kucing! Memadai anda menggunakan tapak tangan dan menggosok mukanya beberapa kali. Curahkan syampu di tapak tangan dan mulai menggosok seluruh badan kucing hingga menghasilkan buih di badannya. Elakkan dari menggosok di tempat luka. Saya mengambil masa 15 minit menggosok badan Musyang kerana kotornya yang agak luar biasa. Bersihkan sabun di badan kucing dengan semburan air suam. Ulang sekali lagi. Lumurkan dengan air sabun sehingga anda pasti semua kotoran telah hilang. Bersihkan dengan semburan air suam sehingga anda pasti tiada sisa2 sabun ketinggalan. Lurutkan badan kucing dengan tangan anda sehingga tiada lagi sisa air atau lebihan sabun. Ini penting kerana sisa syampu (residue) yang masih melekat di badan kucing akan menyebabkan kucing anda dijangkiti ruam dan kurap. Proses memandikan Musyang mengambil masa selama lebih kurang 45 minit kerana menggunakan syampu kutu dan saiz badan dewasanya. Jika anda menggunakan syampu biasa, anda hanya perlukan sekurang2nya 20 minit sahaja. 7. KERINGKAN. Guna tuala untuk mengeringkan bulu kucing di tempat mandian sehingga tiada lagi air yang menitik dari badan kucing. Keluarkan kucing dari tempat mandian dan mulakan proses pengeringan menggunakan pengering rambut, hanya jika kucing anda ok dgn pengering rambut. Jika tidak, anda keringkan dia menggunakan tuala sahaja. Ini lah hasilnya. Musyang tidur dengan nyenyak selepas bulunya kering :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...