Pokok Kucing = Cat Tree (Yeah! our cat tree is done!)

Photobucket

First Aid Kit Kucing

Tikus Mainan DIY untuk si Comel

Photobucket

Fish Ball Treat

Gaya Tidur Si Comel

Photobucket
Showing posts with label Tips/Petua. Show all posts
Showing posts with label Tips/Petua. Show all posts

Bagamana Atasi Strok Haba Pada Kucing?

Keadaan cuaca panas dan kering sekarang bukan sahaja memberi kesan terhadap manusia tetapi juga haiwan-haiwan di hutan dan peliharaan. Antara impak dari kepanasan melampau ialah strok haba (heat stroke).

STROK HABA

Strok haba (juga dikenali sebagai hyperthermia) merupakan life threatening medical condition (situasi perubatan mengancam nyawa) di mana organ dalaman badan (hati, buah pinggang, paru-paru, jantung dan otak) mula mengalami kegagalan akibat ketinggian suhu badan dan kelembapan.

TANDA-TANDA STROK HABA PADA KUCING

Anggaran suhu normal badan kucing lebih kurang 100.5 - 102.5 darjah Fahrenheit atau 38.2 - 39.2 darjah Celsius. Bermakna suhu yang melebihi tahap yang dinyatakan membawa maksud kucing berkemungkinan besar mengalami strok haba.

Antara simptom strok haba pada kucing ialah :

* Mencungap laju
* Lidah menjadi merah terang
* Gusi berwarna merah hitam atau pucat
* Mengeluarkan air liur (drooling)
* Kurang cergas
* Cemas
* Pening
* Gegaran otot (muscle tremors)
* Lemah dan lesu
* Muntah (berkemungkinan bersama darah)
* Cirit Birit (berkemungkinan bersama darah)
* Darah keluar dari hidung
* Koma

BAGAIMANA ATASI STROK HABA PADA KUCING?

1.  Bekalan Air Bersih

Pastikan bekalan air mencukupi - sentiasa ada, dalam keadaan bersih, diganti beberapa kali sehari untuk memastikan kesegaran. Pastikan juga air di dalam kolah di bilik air sentiasa penuh kerana kadangkala kucing tidak minum dalam bekas air yang kita sediakan tetapi sebaliknya lebih suka memilih air di kolah atau dalam baldi :)


Memasukkn sebiji ketulan ais boleh menyejukkan air minuman kucing



2. Gunakan bekas makanan jenis seramik dan tanah liat (clay pot)

Umum mengetahui pinggan mangkuk jenis seramik dan tanah liat membekalkan makanan dan air yang menyejukkan. Gunakan pinggan mangkuk jenis ini memastikan air sentiasa sejuk dan segar.

Antara jenis pinggan mangkuk seramik dan tanah liat


Sediakan air dalam tempayan di luar rumah juga boleh membantu kucing outdoor
mengatasi strok haba


3. Sediakan kawasan teduh atau sejuk

Perasan tak dalam keadaan cuaca panas begini, kucing2 kita sentiasa tidur atau duduk di kawasan redup dan agak sejuk seperti atas peti ais, di bilik air, di dalam sinki atau yang berdekatan dengan punca air? itu lah kawasan sejuk yg DC maksud kan di sini. Jgn2 kita marah atau menjauhkan mereka dari kawasan2 ini. Ia membantu menyejukkan badan kucing.

Jubin membantu mengurangkan haba badan kucing
Kucing DC benama Ginger lepak dalam sinki :)

Menjatuhkan tirai dapat meredupkan suasana bilik
Meletak tuala lembap dalam kotak menarik perhatian kucing untuk duduk di situ

4. Edaran udara yang baik

* Penyaman udara

Memasang penyaman udara pada suhu yang bersesuaian berupaya mengatasi strok haba pada kucing. Memasang pada suhu yang tinggi boleh menyebabkan kucing dan manusia mengalami kekeringan (dehydration).



* Kipas Ekzos

Pemasangan kipas ekzos atau kipas pengudaraan membantu sebuah rumah atau bilik mendapat edaran udara (ventilasi) yang baik. Ia membantu mengeluarkan udara panas (juga bau busuk) keluar sementara penyaman udara dan kipas membantu mengekalkan persekitaran yang nyaman.



* Kipas Angin

Kipas angin berdiri atau siling juga sedikit sebanyak dapat mengurangkan haba dalam rumah apabila dipasang pada takat yang bersesuaian.  Pemasangan pada takat yang tinggi boleh meninggikan haba sekaligus mengakibatkan pengeringan atau dehidrasi.



* Humidifier/Air Cooler

Alat menyejuk ini juga membantu mengurangkan haba dalam bilik dan rumah.



Air cooler jenis ini memerlukan kita meletak ais atau air batu bersama air biasa ke dalam takung dan kemudian motor mesin akan menyebarkannya seperti kipas.
DC beli jenis Meck ini pd awal tahun lepas dgn harga RM280.

* Buka Tingkap dan pintu

Di rumah yang tiada penyaman udara, membuka tingkap dan pintu
berupaya mengawal haba dalam rumah. - khas untuk mereka yang mempunyai kucing outdoor.

5. Elakkan aktiviti luar rumah ketika cuaca panas

Jauhkan kucing anda dari bermain di luar rumah ketika cuaca panas terik.  Hadkan aktiviti di luar rumah pada waktu pagi di mana cuaca ketika itu agak sejuk. Atau anda boleh juga bermain dgn kucing anda di dalam rumah menggunakan ketulan ais!



Apa patut kita lakukan jika kucing alami strok haba tidak kritikal?

- Selimut kucing anda dengan tuala lembap (bukan basah).
- Letak ice pack atau sayuran sejuk (Frozen vegetables) di bawah kepala kucing dan di celah kaki dan tangan. Pastikan kepala berada dalam keadaan sejuk kerana strok haba boleh merosakkan otak dan menyebabkan brain damage.
- Berikan sedikit air melalui mulut kucing ketika kucing berada dalam sedar. Jangan sesekali berikan air ketika kucing di bawah sedar/pengsan.
- Sapukan air (sesetengah website menyarankan rubbing alcohol) di tapak tangan dan tapak kaki, perut, hujung telinga dan di celah ketiak dan kelangkang kerana kawasan2 ini mudah serap haba.
 - Bawa ke klinik



Semoga tips yang diberikan memberikan manfaat kepada kucing dan juga pemilik kucing. :)


Rujukan:

http://www.cat-world.com.au/heat-stroke-in-cats
http://m.wikihow.com/Cool-Your-Cat-Down-in-the-Summer

Wap membantu melegakan kucing hidung tersumbat

Ketika anak kucing DC bernama Laling yg berusia 10 minggu diserang flu dan demam baru-baru ni, DC agak panik bila ubat2 yg diberi selama 3 hari sukar memulihkan jangkitan selsemanya. Laling sukar bernafas dan pernafasannya mengeluarkan bunyi 'klik' atau popping sound yg tersekat2, DC teragak2 untuk berkunjung ke klinik haiwan sebab sebelumnya vet memberi harapan yg selsemanya akan beransur pulih. Apabila Laling mula menggigil dan menggigit semua benda dikelilingnya termasuk bucu dinding, bedding dan plastik makanan, DC mengandaikan Laling sedang menahan sakit kerana sukar bernafas dan tanpa berlengah DC berjumpa vet sekali lagi. Vet kemudiannya menyediakan nebulizer yg bertujuan membuka rongga pernafasannya yg terhalang akibat jangkitan flu.

Laling yang lemah dalam sangkar
Pet Nebulizer sgt bagus utk kucing yg sukar bernafas, mulut ternganga dan dlm keadaan mencungap

Laling semasa sihat
Laling yg tgh sakit, badan susut.. mata berair dan mucus (hingus) pekat di hidung

Vet mengesyorkan Laling mendapatkan 4-5 sesi rawatan nebulization. Esoknya klinik haiwan ni akan ditutup sempena Awal Muharram. Ketika ini DC ligat befikir apa cara yg harus DC lakukan supaya rawatan ini boleh diteruskan tanpa perlu ke klinik serta dapat dilakukan di rumah. Selepas berbincang dan mendapatkan nasihat vet, berikut ialah hasil yg DC dapat buat :


Peralatan yang diperlukan :

1. Facial Steamer (DC beli dgn hrga RM70)
2. sterilised Normal Saline (0.9% Sodium Chloride Solution) - dibeli dgn hrga RM6 di farmasi
3. pet carrier atau sangkar kucing
4. tuala

Sebelum mulakan rawatan, DC beri Vibravet doxycyline - tablet antibiotik untuk flu kepada Laling. Oleh kerana Laling masih kitten, kena beri separuh pagi dan separuh di waktu petang atau malam.




Diikuti dengan 1/4 Neulin SR250 bronchodilator tablet (untuk lelah) dan beazyme papain untuk mengurangkan bengkak akibat banyak bersin.



Mula2 masukkan facial steamer ke dalam pet carrier atau sangkar kucing. (selalunya kita gunakan mesin ni untuk kecantikan kulit dan boleh juga digunakan ketika kita mengalami hidung tersumbat dan sakit kepala/migrain. Boleh masukkan aroma mint atau larutan 'breatheasy' untuk melegakan kesakitan manusia.. melalot dah huhu)




Selepas melihat wap keluar dari 'washbasin... kawal suhu sama ada ke tahap rendah atau tinggi.. bergantung pd keadaan kucing yg sakit.. Jika rajin selimut la wash basin tu dgn kain bagi mengelakkan kucing ter ter ter masuk ke dalam nya.  Beringat sebelum berlaku sebarang kemalangan.



Selimutkan sangkar dgn tuala atau kain.

Kemudian, masukkan kucing yg sakit.

Kelihatan Laling menjengah wap yg keluar. 
Tutup sangkar, dan selimut sangkar .. sesekali jengah ke dalam sangkar untuk memastikan keselamatan kucing. Bukan apa takut, dia terjun atas facial steamer yg ternganga tu huhu.. Selalunya hanya kucing yg sihat akan bising dan melompat2 bila lihat wap tu. Kalau kucing yg tak sihat mereka byk berdiam diri atau murung.. dan memandang wap tu tanpa perasaan!


Selalunya rawatan mengambil masa dlm 15 - 30 minit. Lakukan sekali sehari.

Sesudah rawatan, Laling selalunya kehausan. DC sediakan air yg sudah dilarutkan dengan Vetri DMG tablet untuk ketahanan melawan penyakit.

Kemudian titiskan Gentamicin ke atas ke dua2 belah mata.


Ketika waktu dan saat DC menulis artikel ini, Laling sudah 3x diberi rawatan. kini di dalam pelukan dan DC menaip menggunakan sebelah tangan.. Selsemanya masih ada.. tapi tidak mengalami kesukaran bernafas. selera juga baik (mungkin sebab DC beri Virbac nutri-plus gel yg merangsang selera makan dan ada Vitamin B utk mengawal stres).


Selain menggunakan facial steamer kita juga bole menggunakan wap dari water heater di bilik air. buka air panas berterusan menghala ke baldi atau tab mandi, kita bawa kucing yg alami hidung tersumbat bersama2 duduk dlm bilik air tersebut. dukung dan belai ia supaya ia tak panik. Pastikan kucing tidak berada dekat dgn air panas.


oopppps!

Tips Cara Perkenal Makanan Baru Pada Kucing

Bila anda cuba tukar makanan kucing yang baru seperti jenama A, semua kucing mengalami diarrhea/cirit dan muntah walaupun mereka suka dengannya.  Apa yg dah berlaku? jenama A dah diiktiraf jenama yg terbaik tp kenapa kucing anda tak boleh terima? Lantas, secepat kilat anda 'mark' atau 'reject' jenama tersebut dan melabelkannya tidak sesuai dgn kucing2 anda.  Lebih menghampakan, bila anda yakin jenama A itu yg terbaik, anda beli pula pek yg besar sekali. Terasa sangat membazir kan?..



KENAPA TUKAR MAKANAN KUCING YG BARU?

  1. Bosan dgn hanya satu jenis makanan;
  2. Terdapat makanan yg lebih baik dari yg sedang digunakan;
  3. Perubahan Diet kerana masalah kesihatan seperti alahan (allergy), sakit buah pinggang (kidney disease) dan obesiti
Sebenarnya tidak semua kucing boleh bertolak ansur atau cepat sesuai dgn makanannya, apatah lagi kalau kucing tu cerewet (finicky eater) dgn pemakanannya. Beruntung lah mereka yg mempunyai kucing yg boleh 'telan' apa saja makanan yg diletak di hadapannya.  DC pernah alami keadaan spt ini ketika mula2 pelihara kucing dulu, kerana kurang pengetahuan mengenainya.  Rupa2nya.. ada cara atau tips utk anda beri atau perkenal makanan baru atau jenama lain dari yg biasa anda gunakan, jom kita ikuti cara yg diberikan oleh Dr. Richard H. Pitcairn, DVM, PhD :



1. BERANSUR-ANSUR (Gradually)

Apabila diet pemakanan bertukar secara tiba-tiba, kucing yg mempunyai perut sensitif mungkin mengalami cirit-birit sementara atau tiada selera makan.  Dengan memperkenalkan makanan baru secara beransur-ansur, anda boleh mengurang atau mengelak masalah kucing enggan makan dan kemungkinan wujudnya rasa tak selesa pd kucing. Cara ini bukan hanya membantu membiasakan kucing dgn rasa dan bau makanan baru tetapi juga memberikan sedikit masa kpd sistem penghadaman kucing menyesuaikan diri.

Campurkan makanan lama dengan makan baru utk selama 4 - 10 hari.  Selalunya syarikat pengeluar makanan kucing mencadangkan pemberian makanan selama 7 hari. Ada kucing yg dpt menyesuaikan diri hanya dlm masa 4 hari dan ada yg teramat cerewet mengambil masa 10 hari ke atas.

Ratio pemberian makanan baru kepada kucing

Jika anda tau kucing anda jenis cerewet mahupun mempunyai perut AMAT sensitif, mulakan pemberian makanan dgn hanya 1 sudu makan shj.  Sekiranya kucing anda masih enggan menyentuh makanan baru, cuba beri menggunakan tapak tangan anda (hand feeding).  Ada pemilik kucing yg mencampurkan salivanya kpd makanan baru ini utk diberikan kepada kucingnya. Motif? Didapati kucing memberi respon yg positif terhadap makanan manusia :)

Hand Feeding

Perhatikan najis kucing selepas pemberian, sekiranya tiada perubahan yg negatif atau pembuangan najis adalah tahap normal, anda boleh tambahkan persen ratio pemakanan pd keesokan harinya. Begitulah seterusnya, hingga anda dapat tukarkan kepada tahap 100% diet pemakanan yg baru.

Tahap kesukaran memperkenalkan kucing kepada makanan kering (kibbles) daripada makanan basah (wet or can food) adalah tinggi.  Oleh sebab itu, kesabaran amat diperlukan dlm menangani masalah spt ini. 

Sentiasa bekalkan air yg bersih.


2. PUASAKAN KUCING ANDA BEBERAPA HARI: 

Sesetengah pemilik kucing diakui mmg takut dgn idea memuasakan kucing. Ingatlah kucing merupakan haiwan karnivor, mrk boleh hidup dgn hanya makan sekali dlm masa 24 jam spt kucing liar. Kenyataannya, oleh sebab kucing tinggal dgn manusia, jadual pemakanan mrk mengikut manusia juga iaitu 3x sehari. Jadi, jgn la terlalu bimbang untuk memuasakan kucing anda :)




Cara atau kaedah ini boleh merangsang selera, membantu membersihkan usus dan mengurang atau menyingkir tabiat pemakanan yg lama. 


Untuk puasakan kucing, penjagaan yg sihat amat perlu seperti sentiasa membekalkan air yg bersih, keadaan yg aman, akses keluar rumah dan eksesais/senaman yg secukupnya. 

Caranya : 

Puasa Sekerat Hari (6-12jam). Beri makan makanan lama dlm kuantiti yg sedikit dgn menambah sedikit ayam, daging atau ikan. 

Puasa Air pd hari yg kedua hingga ke-3, dgn membekalkan air bersih di beberapa tempat. Beri minum air jus atau kuah sup daging atau ayam (tanpa isi ayam atau daging). Buka puasa dgn memberikan isi ayam atau ikan/daging kpd sup tadi. 

Pd hari yg seterusnya, teruskan puasa air dan beri makanan basah dgn makanan tambahan (supplement) tp masih dlm kuantiti yg sedikit. Ketika ini selera kucing akan bertambah secara semula jadi dan berkemungkinan utk makan apa saja yg ada di hadapannya.  Dan ketika ini lah, anda boleh perkenalkan makanan baru kpd kucing anda.


3. KOMPROMI (Compromise):


Anda telah cuba cara pertama (beransur-ansur) dan juga yg ke-2 (puasa) tetapi kucing anda masih enggan mengubah ke diet yg baru. Malah kucing anda sanggup berlapar sehingga jadi kurus kerana masih mahukan makanan lama yg telah biasa dgnnya.




Menurut Dr. Richard H. Pitcairn, DVM, PhD - anda hendaklah berkompromi.  Lazimnya kucing seperti ini, sering di'adopt' dari seseorang atau didapati dari pusat kurungan atau perlindungan haiwan yang telah biasa mahupun sebati dgn diet pemakanan yg lama.

Berkompromi,  maksudnya gunakan makanan lama dalam kuantiti yg sedikit atau separuh dan campurkan dengan makanan yg baru.  Contohnya, sebelum ni kucing anda suka dgn makanan komersil yg kita tahu tidak byk khasiat seperti makanan premium. Anda hendaklah beralah dan gunakan makanan lama itu dan blend dgn makanan baru.  Jika kucing anda suka dengan makanan tuna dalam tin, campurkan sedikit tuna tersebut dalam sup ayam tanpa garam yg anda telah masak.

Makanan tin (can food) yg dicampur dgn kibbles

Atau kucing anda telah biasa dengan ayam rebus sebelum ini dan anda ingin tukar kepada  makanan kering, campurkan sedikit ayam rebus yg telah diracik halus ke dalam makanan kering tersebut.  Tetapi, anda harus ingat, makanan basah tidak boleh terdedah kpd udara lebih dari 3 jam sbb bakteria mudah hinggap dan seterusnya mengakibatkan sakit lain pd kucing anda seperti cirit birit.

Anda juga boleh blend secara kasar untuk berkompromi

Contoh lain, jika kucing anda suka dgn makanan kering jenama SmartHeart, campurkan sedikit makanan tersebut ke dalam makanan baru (seperti jenama Orijen atau jenama First Class) dan kekal seperti itu. 

Jika nasib anda baik, lama kelamaan hidung kucing anda akan mula melupai bau makanan lamanya. Jika tidak, kekalkan kaedah berkompromi. Org kata 'give and take' la :)



Tips 'Travelling' Dengan Kereta Bersama Kucing

Topik ni bunyinya agak simple tapi bagi sesetengah pemilik kucing sedikit sebanyak terasa susah nak bawa kucing berjalan jauh dengan menaiki kereta terutama bila pulang ke kampung halaman masing2.  Bagi DC, sepanjang memelihara kucing, tidak la pernah menempuh kesukaran membawa mereka berjalan jauh. Tetapi pernah kehilangan seekor kucing bernama Abu akibat cuai ketika berhenti di R&R Tapah dalam perjalanan menuju ke Sg. Petani, Kedah pada 15/10/2007. DC hanya menyedari kehilangan setelah tiba di Tol Juru. Alhamdulillah, DC dpt bertemu kembali dengan Abu pada jam 11.30 pagi selepas bertolak balik semula ke Tapah sejurus lepas waktu subuh keesokkan harinya. (Tak lena tido memikirkan nasib Abu di negeri orang!)

Abu disambut mesra oleh Musyang sebaik sahaja dia ditemui.
Ketika tu DC hanya mempunyai 2 ekor kucing ni je.. :)

Pengajaran yg DC dapati dari pengalaman ini ialah - berhati2 ketika kita membuka pintu kereta walaupun hanya seketika (sekiranya kita memilih untuk tidak mengurungnya dalam sangkar).

Berikut ialah antara tips atau petua yg DC praktikkan dalam persediaan berjalan jauh bersama si Comel :


LATIHAN

Tentu kita tau kucing banyak berkomunikasi melalui bau. Latih kucing anda menaiki kenderaan.  Anda tak perlu memandu jauh untuk membawa si Comel.  Biasakan mereka menaiki kenderaan anda walaupun hanya ke kedai runcit atau keluar makan malam bersama famili. Latih agar mereka biasa dengan bau kereta dan ruang luasnya kereta anda.

Nota : Percaya atau tidak, DC hanya perlu membuka pintu kereta dan menepuk kerusi kereta sebagai isyarat mempelawa kucing DC bersiar2. Mereka meloncat masuk dan segera ambik spot menghadap tingkap atau landing di dashboard kerusi belakang :)





SANGKAR/PET CARRIER


Ketika permulaan latihan adakalanya kucing bertindak di luar batasan seperti kencing di atas car seat atau mengiau tak henti.  Anda boleh mulakan dengan masukkan si Comel ke dalam pet carrier atau sangkar dan letakkan di dalam kereta sebagai langkah membiasakan dia dengan kenderaan. Pastikan perjalanan mengambil masa yg singkat. Dan trip yg berikutnya pada hari yg berlainan boleh dipanjangkan waktu perjalanan.

Nota: DC masih ingat, membawa Musyang dalam pet carrier ketika makan malam di sebuah restoran sebagai salah satu latihan. Anda harus pastikan pemilik restoran memberi persetujuan membawa masuk haiwan peliharaan kerana tak semua restoran memberi izin.  Atau bawa saja si Comel ketika anda bersantai minum teh tarik dan roti canai di luar cafe :) 

Terdapat pemilik kucing yang enggan membiarkan kucing berlegar dalam kereta atas alasan tersendiri seperti bulunya bersepah dan melekat pada kerusi kereta atau tidak mahu mengambil risiko kulit kerusi kereta yg mahal boleh calar kerana digaru oleh si Comel :)

Ada beberapa inisiatif yg boleh kita ambil jika memilih untuk tidak mengurung mereka seperti memasang pet pad atau menyediakan alas menutup kerusi seperti dalam gambar ini.



Untuk mengatasi masalah bulu melekat pada kerusi kereta, anda boleh gunakan vakum atau lint roller untuk membersihkannya.






BAUAN/PAKAIAN


Satu lagi tip ialah bawa masuk bauan yg sama seperti dalam rumah ke dalam kereta.  Contohnya anda biasa gunakan penyegar udara epal atau kucing anda suka dengan pasir kucing berbau lemon. Bawa barang2 tersebut ke dalam kereta untuk kucing berasa tenteram.  Atau jika kucing anda begitu rapat dengan anda, letak sehelai baju atau tuala anda yang 'tidak dicuci' ke dalam bedding atau sangkar kucing untuk memastikan dia tidak membuat bising atau selesa dalam perjalanan.


Setokin busyuk..


ID TAG/NAME TAG


Pastikan kucing memakai id tag atau tag nama bagi mengelakkan sebarang kemalangan yang tidak diingini.  Ramai yang memandang remeh keadaan ini (termasuk DC :p).  Dengan pemakaian tag yg mempunyai maklumat seperti nama dan no telefon kita DAN no telefon kecemasan (selain dari no. kita) dapat mengelakkan perkara seperti berikut :

  • Sekiranya berlaku kecuaian yang menyebabkan si Comel hilang, pihak yang menjumpai (sekiranya baik hati :) - kita hendaklah sentiasa bersikap positif dan bersangka baik) boleh menghubungi kita untuk mendapatkan balik si Comel. 
  • Jika berlaku kemalangan, dan kita berada di tahap tidak sedarkan diri, pihak yang bertanggungjawab seperti polis atau pihak hospital juga orang ramai sekurang-kurangnya boleh menghubungi nombor yg tertera pada id tag si Comel untuk menyerahkan dia pada kita.

tag disc musyang yg DC engraved ketika itu..
psst! no tu dah takde dlm perkhidmatan hehe


KEPERLUAN


Akhir sekali pastikan sebelum perjalanan anda menyediakan keperluan kucing anda seperti litter box atau litter tray, pet mat dan makanan kucing.  Sekiranya perjalanan mengambil masa yang lama, pastikan anda berehat atau singgah di tempat istirehat supaya kucing2 tadi berpeluang melepaskan stres. Mengikut pengalaman DC, kucing mudah kencing selepas 2-3 jam perjalanan kerana aircond. Segera sediakan kotak pasir dan biarkan kucing dalam kereta seketika sementara anda ke tandas atau mengisi minyak kereta.  (JANGAN TINGGALKAN KUCING ANDA DALAM KERETA TANPA AIRCOND ATAU KETIKA CUACA PANAS!)

Anda boleh memulakan perjalanan selepas nampak 'hasil buangan' dan membersihkan litter box si Comel.
Sekiranya anda memilih untuk membiarkan si Comel dalam sangkar, pastikan anda guna pet pad atau pet mat iaitu alas serba guna yang dpt memastikan si Comel sentiasa kering.




Nota:  DC tidak menyediakan litter tray/box dalam kereta kerana bimbang dengan 'bau' poo yang dihasilkan mengganggu seisi kenderaan dan lebih malang lagi pasir dan poo diterbalikkan oleh si comel! 


PUASA


Amalan ini hanya boleh diikuti jika perjalanan tidak melebihi 5 jam.  Mungkin ada yg tidak bersetuju dengan apa yg DC praktikkan ini.  Tujuan DC berbuat begini ialah mengelakkan dari kucing membuang najis ketika memandu dan muntah akibat stres.  DC pernah cuba memberi mereka makan ketika dalam perjalanan, malangnya mereka tidak berselera.  Dan ada yg cuba berbuat demikian tetapi akibatnya mereka muntah. Mungkin sebab perjalanan yang tidak selesa (bumpy ride) membuatkan mereka stres.

Gambar bertarikh 06/10/2008.  Kelihatan kucing2 DC (Musyang, Abby & Betty)
tidur di seat belakang kereta di bulan Ramadhan ketika dalam perjalanan ke Tangkak, Johor.



BELAIAN (petting)


Mungkin ini tips yg tidak berapa penting tetapi ia sebenarnya membantu mententeramkan si Comel.  Apabila terdapat antara kucing DC yg kerap mengiau atau tidak tahu duduk diam, DC akan segera membelai (petting) dan selimutkan dia.  Seterusnya kucing2 ini selalunya akan tidur di ruangan kaki kita :)

Nampak Nyet (kucing siam) yg enggan tidur dan berasa tidak selesa.
Ketika ni Nyet belum dapat 'petting' :)


PERKARA2 YANG PERLU DIELAKKAN KETIKA MEMANDU BERSAMA KUCING:


Jangan sesekali biarkan kucing mendekati kawasan atau tempat duduk pemandu, terutama yang berdekatan dengan pedal pemanduan.  Kehadiran mereka di kawasan ni menyukarkan pemanduan anda dan mengurangkan fokus anda di jalanraya. (Bayangkan kalau nak tekan pedal brek tetapi tak boleh sebab ada anak kucing di bawah pedal yg menjerit kesakitan kerana terhimpit dengan pedal!)


Elakkan dari kucing menghalang pemandangan anda di skrin hadapan dan juga skrin di belakang kereta. Di sini anda mungkin perlukan bantuan penumpang bagi mengawasi keadaan.


Elakkan dari membawa toys yang berbunyi yang tentunya mengganggu perhatian anda untuk memandu dengan aman.


Rasanya itu la sahaja tips yg dpt DC berikan.. dan yg mmg DC amalkan.  Kepada yg ingin mencuba, good luck yer!.. Yg penting awasi keselamatan mereka dan ahli keluarga kita juga!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...