Pokok Kucing = Cat Tree (Yeah! our cat tree is done!)

Photobucket

First Aid Kit Kucing

Tikus Mainan DIY untuk si Comel

Photobucket

Fish Ball Treat

Gaya Tidur Si Comel

Photobucket
Showing posts with label DIY. Show all posts
Showing posts with label DIY. Show all posts

DIY Cat Litter Box

Begitu banyak design litter box di pet shop tapi yg mana satu sesuai dengan si Comel kita? Kadang2 kita membeli lebih dari yg sepatutnya semata2 kerana cantik atau setiap kali beli, kotak tidak menepati citarasa kita, terutama pada mereka yg mementingkan kebersihan.   Apa tah lagi kalau kucing kita bersaiz besar, tak banyak pilihan litter box yg ada.  Jika ada tentu memakan belanja hingga ratusan ringgit..  

Apa kata kita cuba buat sendiri litter box mereka?  Mana tau, cara ini mungkin berkesan sama ada dari segi kos mahupun kebersihan. Terpulang kepada keperluan dan kreativiti anda.



Bahan-bahan:

1. Bekas plastik terpakai yang tinggi  (beli pun boleh juga, kos tidak melebihi RM30)
2. Gergaji tangan
3. Kertas Pasir
4. Karpet Kereta (kos lebih kurang RM18 sekeping, jika beli yg besar RM59.90 boleh potong 4)





Lukis atas bekas plastik garisan untuk memudahkan kita memotong pintu masuk kucing.




Acuan pintu masuk yang telah DC potong menggunakan gergaji tangan.  Agak bengkang bengkok tu hehe..


Gunakan kertas pasir untuk meratakan bekas potongan tadi.


Letak alas karpet kereta untuk memerangkap pasir yang dibawa keluar oleh si Comel selepas mereka selesai poo..


Siap!  Mudah bukan? ketinggian bekas plastik mampu menghalang pasir yang dikais si Comel dari keluar kotak.






DIY Cat Scratcher

Pelbagai jenis dan bentuk cat scratcher yang dijual di petshop. Pilihan membeli di tangan kita, tengok pada bajet dan poket. Kadang2 terasa kecewa tempat mencakar yang baru dibeli habis dicakar oleh kucing kita yang aktif hanya dalam tempoh sehari.  Apa kata kita cuba buat DIY Cat Scratcher sendiri dari kotak? Anda cuma perlukan masa dan tenaga untuk membuatnya :)


Bergantung pada kreativiti dan imaginasi, anda boleh membuatnya pelbagai bentuk.  DC hanya buat bentuk bulat dengan saiz anggaran 4 inci seperti di dalam gambar di atas.

Bahan2 membuatnya:

  1. Kotak
  2. Pita Pelekat (Cellophane Tape)
  3. Gunting
  4. Pisau atau Cutter
  5. Catnip



Cara membuatnya :

Kalau mengikut contoh yang DC buat ni, potong kotak terpakai secara memanjang selebar 4 inci. Kalau nak buat tinggi scratcher 2-3 inci, kena la potong selebar 2-3 inci. Buat seberapa banyak mengikut saiz yang anda mahu. DC gunakan kotak yang agak besar untuk dapatkan bentuk dan besar saiz cat scratcher seperti gambar di atas. 

Mulakan dengan menggulung potongan kotak tadi serapat yang boleh dan padat. Lepaskan gulungan dan letak tepi.  Tujuannya supaya kotak yang keras tu menjadi lembut dan mudah dilentur mengikut acuan bulat. 

Sediakan catnip pocket.  Boleh dimasukkan ke dalam sebarang kain atau guna jenis felt.  Kalau rajin anda boleh jelujur atau jahit tangan.  Kalau kurang rajin aka kemalasan, boleh la guna pita pelekat sahaja.  (Anda tidak digalak menggunakan plastik sebagai poket atau sarung catnip sebab bau catnip sukar keluar untuk menarik perhatian kucing.)

Letak poket catnip itu di awal2 gulungan seperti gambar di bawah.



Gulung dengan rapat sehingga habis dan kemaskan gulungan dengan pelekat seperti gambar di bawah.  DC menggunakan pelekat bersaiz lebar.



Sebenarnya DC cuba menggunakan double-sided tape tapi tidak dapat hasil yang memuaskan. Akan terdapat sedikit renggangan selepas digulung.

Merujuk pada gambar di bawah, anda dapat lihat kain biru di tengah2 gulungan, iaitu poket catnip yang DC letak pada awal gulungan.  Kain biru ni kemudiannya boleh disorokkan secara menyucuk ke dalam gulungan kotak menggunakan hujung gunting.



Anggaran separuh bulatan, anda boleh tambah catnip pocket (jika suka).  Tak letak pun boleh juga.


Anda boleh terus menyambung gulungan dan dapatkan saiz yang anda inginkan. Pastikan setiap gulungan dikemaskan dengan pita pelekat. Begitulah seterusnya hingga selesai.

Dah siap!.. mudahkan? Oh ya, kemasan terakhir, anda boleh gunakan sebarang kertas pembalut hadiah sama ada yang baru mahupun yang terpakai untuk mencantikkan cat scratcher anda.  Kali ini gunakan non- toxic glue iaitu gam yang tidak mendatangkan bahaya pada kucing anda untuk lekatkan kertas pembalut hadiah tersebut.  



DC menggunakan kertas jenis corrugated sebagai kemasan terakhir (yang memang ada dalam simpanan DC sejak bertahun2 lamanya).


Lepas tu anda boleh lihat si Comel kesayangan anda tu menguji kekukuhan DIY cat scratcher yang anda hasilkan. Selamat Mencuba!

Masa mula2 menyerahkan scratcher ni pada Jessie, agaknya Jessie kata " jangan usik! ni scratcher Jessie yg punya!"

.. dah start mencakar!

.. syoknya Mama...

Gambar dah tak berapa clear untuk snap gambar  Jessie yang  bergerak  terlalu pantas huhu



DIY: Cara atasi Litter Box Dari Terbalik

Pernah alami litter box kucing terbalik serta menumpahkan pasir kucing yang kadangkala terdapat 'khazanah' si Comel di dalamnya?   Lazimnya kejadian litter box terbalik kerap berlaku di dalam sangkar kucing (cage). Ada 2 sebab mengapa ianya berlaku. Pertama - sebab kucing kita nakal. Kedua - sebab sangkar sempit.  Beruntunglah tuan empunya kucing kalau kucingnya tu jenis yang bersopan santun. Kalau yang jenis nakal, kita pun kenalah panjang akal mengatasi kerenah mereka.

So, apa yang DC buat ialah ikat litter box tu. Kalau litter box itu jenis berlubang kita tak perlu bersusah payah. Tapi kalau sebaliknya? Cuba tengok apa DC buat hehe

Gunakan cable ties

Aktiviti Mingguan DC

Banyak pulak kerja ofis hari ni. So DC KISS 4 all loyal readers. KISS? Takkan tak tau? - Keep It Short and Simple :) *mcm bagus* Maaf la, hari ni entry DC mungkin banyak merapu huhu! *penat tau mengekalkan bahasa diva ni*

Aktiviti mingguan DC?  Apa lagi kalau tak memproses DIY cat litter. Al maklumlah bila bilangan kucing ramai macam ni, keadaan kewangan tak begitu mengizinkan. So, buat je la pasir kucing buatan sendiri menggunakan bahan terpakai - recycle paper.   Oh ye, DC dah penah buat entry cara buat DIY Cat litter ni pada 21 Feb 2009, sila layari link ni DIY: Cara buat pasir kucing yang mesra alam. Saja nak refresh memory rakan2 sebab katanya tak pernah baca entri tu. *sekeh kang baru tau!* 

Shredder yang antik sebab dah gunakan dia sejak DC join company ni pd 1995

Tempat lepas hajat kucing tersembunyi - Cat Litter Hider/Concealer

Semua pemilik kucing mahu atau tidak, pasti tidak dapat mengabaikan penyediaan tempat buangan najis (melepaskan hajat) si Comel atau kotak jamban mereka.  Begitu juga DC yang sering memikirkan bagaimana cara terbaik untuk DC menyembunyikan litter box mereka dari sudut pandangan mata. Dan, jika boleh, dapat menghilangkan bau-bauan yang dihasilkan dari 'buangan' si Comel.

Bagi mereka yang mementingkan kebersihan dan hiasan dalaman rumah, tentu amat berterima kasih pada pereka cat litter hider ini. Hasil dari tinjauan rambang DC, di sini terdapat beberapa contoh cat litter tersembunyi di mana ada di antaranya kita boleh hasilkan sendiri (DIY).

Photobucket
Amacam? Kreatif tak?

DIY : Tikus Mainan untuk si Comel

Jom kita buat keras tangan untuk si comel!.. Mudah je nak buatnya kalau anda boleh pegang jarum dan benang :) 

2 ekor tikus jadian, belakang tu tikus betul.. eh tikus mainan.. eh cencorot tetikus :))

DIY : Cara buat pasir kucing yang mesra alam


Pertama sekali, saya ucapkan terima kasih kepada mereka yang mengikuti berita perkembangan kucing-kucing peliharaan saya. Ingin saya ingatkan bahawa mereka ini kesemuanya merupakan kucing domestik :) Saya akui memelihara 10 ekor kucing bukan la tugas mudah. Kita sendiri kena jadi orang yang rajin dan pembersih. Kalau malas pun terpaksa merajin-rajinkan diri hehe. Kalau tidak rumah jadi huru hara! (Psst - apa tah lagi saya bakal menimang 'cucu' sekurang-kurangnya 5 ekor tidak lama lagi! Tengok la posing dia dengan 'cucu' saya dalam perutnya di bawah ni hehe)

 
Boleh tak u all bayangkan perbelanjaan membeli pasir kucing untuk 10 ekor kucing? Saya mencari alternatif di Google dan juga mendapatkan nasihat dan pendapat dari rakan-rakan yang mempunyai banyak kucing. Terima kasih kepada saudara Bareen dari Kuching! Akhirnya saya menemui penyelesaian dengan membuat pasir kucing sendiri yang mesra alam menggunakan suratkhabar lama.

Kepada mereka yang ingin tahu begini cara-caranya. 

1. Hancurkan suratkhabar lama.
Gunakan
samada paper shredder, gunting atau koyakkan kecil-kecil. Rendam dengan air suam. Letak sedikit sabun mesra alam (biodegradable detergent). Saya guna serbuk sabun Ecomax dari Cosway. Ramas dengan menggunakan sarung tangan bergetah. Ketika ini air akan jadi hitam tapi suratkhabar takkan bersih sepenuhnya.

2. Rendam selama 2 jam.  Buang air dan ganti dengan air biasa tanpa menambah sabun. Rendam semalaman. (Kalau u all buat waktu cuti (weekend) tak perlu tunggu semalaman). Saya buat waktu hari khamis atau jumaat supaya proses seterusnya boleh dilakukan ketika weekend.

3. Ramas untuk membuang dakwat (ink) dan ganti air sekali lagi. Jangan lupa gunakan sarung tangan sebab dakwat suratkhabar kadangkala sukar dibersihkan dari tangan dan juga peralatan.
Letak soda bikarbonat sedikit dan ramas lagi. (Melalui Google, saya dapat tahu soda bikarbonat banyak digunakan oleh penjual buku. Ejen ni boleh membuang bau hapak pada buku-buku lama dan terpakai). Hancurkan kertas dengan pengisar (blender). (Jangan gunakan pengisar yang anda gunakan untuk kegunaan di dapur! Ini untuk mengelakkan *toot* kucing 'kepanasan' hehe)

4. Masukkan kertas ke dalam sarung bantal lama. Perah.
U all boleh perah menggunakan tangan atau mesin basuh. Saya guna mesin basuh supaya cepat kering.








5. Keluarkan kertas dari sarung bantal. Uli kertas supaya
menjadi kepingan kecil.
6. Jemur. Proses terakhir ni mengambil masa 2-3 hari bergantung pada keadaan cuaca. Ini lah hasilnya.

Menggunakan barangan terpakai, disamping dapat menjimatkan duit, pasir ni tidak berbau dan mudah dibakar selepas digunakan!






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...