Pokok Kucing = Cat Tree (Yeah! our cat tree is done!)

Photobucket

First Aid Kit Kucing

Tikus Mainan DIY untuk si Comel

Photobucket

Fish Ball Treat

Gaya Tidur Si Comel

Photobucket
Showing posts with label Penyakit Kucing. Show all posts
Showing posts with label Penyakit Kucing. Show all posts

Pengalaman Menangani Wabak Virus Parvo

As salam rakan2. Lama sungguh DC tak memblog. Begitu sukar untuk cari waktu yg betul2 terluang, yg santai dan dalam keadaan fikiran yg tenang. DC mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada sahabat semua.

Ok la, kita straight to the point yg merujuk kpd tajuk nukilan kali ini. DC sering dengar mengenai wabak maut virus Parvo dan Sporo. Tp siapa sangka ye, tatkala leka membina perniagaan, dgn kekhilafan serta sikap suka menunggu-nunggu, akhirnya singgah juga virus tersebut menyapa khabar kucing2 DC pada bulan Mei yg lalu.

FAKTA RINGKAS

Tentu ramai yg dah tau mengenai virus ni sbb ianya dah menjadi 'wabak' dan kita boleh dptkan maklumat lengkap dari makcik google. Namun di sini DC beri sedikit fakta ringkas mengenai virus Parvo:

  • Nama saintifik Penyakit Virus Parvo ini - Feline Panleukopenia Virus (FPV) atau Feline Infectous Enteritis/FIE (radang usus menular). 
  • menyerang kucing yg belum mendapat vaksin penuh 
  • Tidak berjangkit pada manusia
  • berjangkit melalui air liur, air kencing, muntah, pernafasan, udara (airborne) juga melalui kotoran kucing yg berjangkit.
  • ia menyerang sistem pertahanan tubuh, sel darah putih, terutama lapisan sistem penghadaman. 
  • Virus mampu bertahan di persekitaran (dalam dan luar rumah) hingga 1 tahun (wpun tiada lagi tanda2 kucing diserang virus ini, kebersihan dan pencegahan perlu sentiasa diberi perhatian krn virus boleh muncul kembali)
  • Tiada ubat atau penawar melainkan dgn pencegahan awal iaitu vaksin.
MEREKA YANG PERGI

April, Lewis, Luke, Coco, Kimi, Yaya dan Unknown (stray) merupakan kucing2 DC yg telah menemui ajal akibat virus Parvo dalam masa 24 jam - 2 hari. Tujuh ekor kucing2 ni sangat sihat, gemok dan ceria tetapi (tidak vaksin) mati dalam keadaan yg menyedihkan seakan mereka tidak bersedia utk menemui ajal. Ada yg bising, menjerit-jerit sebelum pergi, ada yg menggigit sangkar hingga mati, ada yg diam dan bernafas kuat dan ada juga yg mencakar2 sangkar kuarantin hingga menghembus nafas terakhir. (menangis ni..:( sbb masih terkenang lagi).

Pengesahan positif virus melalui Test Kit ke atas kucing DC ketika itu

RAWATAN SENDIRI
(This information is intended as a reference only and is in no way intended as a substitute for the correct veterinary attention.)

Umum sedia mengetahui bahawa jangkitan virus ini tiada penawar dan selalunya para veterinar mencadangkan kucing2 yg dijangkiti disuntik mati (put to sleep) dan ada di antara vet tidak membenarkan kucing2 ini berada di klinik untuk memastikan virus ini tidak merebak pada kucing2 yg datang mendapatkan rawatan di tempatnya.

Oleh sebab itu, bermulalah episod rawatan sendiri disamping rawatan atas nasihat dan pemantauan beberapa veterinar juga dari rakan2 yang senasib. Doa ke hadrat Illahi beserta perumpamaan "berpantang mati sebelum ajal" menjadi pedoman DC ketika dilanda wabak berkenaan. Seribu penyesalan mmg tiada gunanya. Dan hasilnya 2 ekor dapat diselamatkan dgn izin Allah.  Berikut ialah ubat2 yg DC gunakan. Harap maklum separuh dari rawatan yg DC gunakan ini adalah atas nasihat veterinar2 .

1. Antibiotik - Stomorgyl 2 atau Stomorgyl 10


Virus ni secara amnya menyerang saluran penghadaman, usus dan mulut, sekaligus membuatkan kucing dehidrasi (kekurangan air). Keadaan ini membuatkan saluran penghadaman tidak dapat menyerap zat/nutrisi makanan. Kucing mudah mendapat ulcer/sakit mulut dan tidak dapat mengunyah makanan dan menelan minuman dgn sendiri. Antibiotik ini dpt mencegah sakit mulut dari menjadi lebih parah. Dalam 2 kes parvo dengan 2 klinik veterinar (pengalaman sendiri), masing2 memberi tablet pink ni. 

Stomorgyl 2 - bersaiz kecil dan mudah diberikan, untuk kes parah vet menyarankan pemberian 2 biji sehari untuk 5 hari.
Stomorgyl 10 - bersaiz besar dan perlu dibahagi 2 (1/2 biji sehari) untuk kes tidak parah, selama 4 hari.

2. Vitamin C
Serbuk Vitamin C untuk kucing dan anjing

Vitamin C atau asid askorbik merupakan antioksida yang membantu melindungi badan dari  kesan mudarat radikal bebas, melindungi dari jangkitan di samping meningkatkan imuniti untuk pengekalan struktur salur darah, gusi, tulang dan gigi. Ia turut membantu penyerapan zat besi.<.div>

Veterinar lazimnya menyuntik Vitamin C ke atas kucing2 yg disahkan dijangkiti virus Parvo. Sekiranya rawatan dilakukan di rumah, serbuk Vitamin C contohnya seperti gambar di atas perlu ada. DC gunakan 1/4 sudu teh 2x sehari untuk kes kritikal . Walaupun ada link yg menyarankan pemberian setiap 2jam, DC tak ikut sebab kalau salah beri atau melebihi dos, kucing akan mengalami cirit birit.


3. Suntikan Subcutaneous (Sub cut atau sub Q)


Untuk mengatasi masalah dehidrasi, kucing yang dijangkiti perlu diberi elektrolit atau booster/glukos (air yg memberi tenaga) setiap 2 jam ke dalam mulut kucing. Bermakna dalam sehari mereka perlu diberi booster sebanyak 12 kali!.

DC sangat berterima kasih kepada veterinar yg menurunkan ilmu menyuntik dan seterus  mengajar cara2 melakukan Sub Q (suntikan bwh kulit). Tanpa ilmu ini, rasanya DC akan cepat berputus asa dan mengalah akibat keletihan kerana setiap kali pemberian booster, DC habiskan masa dlm 30 minit kerana pemberian seekor demi seekor. Ikut jadual setiap satu setengah jam, DC mesti bangun dan hasilnya lebam di bawah mata dan migrain akibat kurang tidur dan stres.

Dengan Sub Q bersama kandungan beg air - Dextrose 5% in 0.9% Sodium Chloride, perlu disuntik di lapisan bawah kulit setiap 5-6 jam dengan anggaran 150 ml dengan jarum bersaiz 38mm untuk kes kritikal. Untuk kes bukan kritikal, 50-100ml setiap pagi dan petang dengan jarum 25mm untuk selama tempoh yang dinasihatkan oleh veterinar. Harap maklum ke semua ini DC perolehi melalui pembelian di klinik veterinar yang sudi membantu dan sama2 bekerjasama mencegah wabak ini.

Bersyukur pd Allah dgn ilmu itu DC dpt mengamalkannya untuk beberapa penyakit seperti demam, selepas tragedi itu berlaku. (hanya untuk kucing2 DC sahaja ye)

Bagi mereka yang tidak berpeluang melakukan Sub Q, pemberian campuran glukos setiap 2 jam boleh dilakukan dengan larutan seperti K9 Performance Tab, Nutri Glucose dan lain2, malah dalam keadaan terdesak boleh juga beri campuran minuman 100plus dengan nisbah 1:1.

4. Susu kambing

Antara jenama serbuk susu kambing yang sesuai untuk kucing
Sejak mengetahui kelebihan susu kambing amat sesuai diberikan kepada kucing dan juga anak kucing, DC gunakannya untuk hampir setiap rawatan ke atas kucing2 DC.  Sukar untuk DC perjelaskan apabila diajukan mengapa guna susu kambing yang diproses dari susu kambing segar kerana ada rakan DC yg menggunakan susu kambing segar yg kita ketahui mengandungi laktos (kandungan yang boleh menyebabkan kucing cirit birit) ke atas kucing yg tidak sihat berjaya menyembuhnya. Dan ada pula yg menggunakan serbuk susu kambing tanpa laktos mengakibatkan kucingnya cirit birit.

DC gunakan jenama di atas untuk kes parvo. Campurkan menggunakan air suam. Diberi secara paksa (force feed) 10ml 3 kali sehari.  Boleh juga dicampur ke dalam wet food + serbuk vitamin C.

5. Vetri DMG

 Strongly recommended by veterinarians for pets with chronic illnesses including seizures, infections, diabetes, endocrine issues, heart problems, feline leukemia, allergies, asthma, and arthritis.

Terdapat 2 jenis Vetri DMG iaitu cecair dan tablet.  Ia merupakan makanan tambahan (supplement) yg juga membantu meningkat daya ketahanan tubuh (kekebalan melawan penyakit) kucing dan anjing. DC lebih suka gunakan jenis cecair kerana ia lebih mudah dititiskan ke dalam mulut kucing.  DC gunakan 0.5ml sekali sehari.

6. Transfer Factor Advanced Formula (untuk manusia)


DC mengambil keputusan menggunakan produk ini selepas membuat research di Google dan terserempak dengan link Shirley's Wellness Cafe yang menceritakan kisah2 veterinar di negara Barat yang menggunakan Transfer Factor (TF) manusia ke atas kucing dan anjing yg tidak sihat dan dijangkiti virus dengan peratus pemulihan yang agak memberangsangkan. DC fikir, jika tiada lagi penawar ke atas virus ini, mengapa tidak mengambil peluang ini yang mungkin boleh menyembuhkan kucing2 DC, tentunya dengan izin Allah jua.


Tidaklah DC tau sama ada penggunaan TF dpt menyelamatkan 2 ekor kucing DC yg dijangkiti Parvo. DC sempat memberi pd 5 ekor kucing yg dijangkiti (2 dah pegi). 

DC guna 1 kapsul 2 kali sehari untuk kes kritikal.  Kadang2 DC beri 3 kali sehari bergantung pada keadaan.

Boleh digunakan dengan mencampurkan dengan air suam atau campuran susu kambing bersama Vitamin C

Atau dicampur ke dalam makanan basah yg bertekstur halus. Campurkan juga dgn susu kambing dan air mineral untuk memudahkan di masukkan ke dalam picagari bagi tujuan force feed.

 7.  Makanan basah bertekstur halus

Kucing2 yang dijangkiti virus parvo mengalami masalah menelan makanan dan hilang selera makan dalam waktu yang sangat pantas.  Oleh yang demikian, DC force feed dengan makanan tin yang bertekstur halus seperti Avoderm can cat food, Royal Canin Recovery dan Hills a/d untuk memudahkan dimasukkan ke dalam picagari juga mudah hadam.

Selain perisa ayam, terdapat juga perisa salmon dan ocean fish.
8. Picagari pakai buang


Sediakan picagari pakai buang seberapa banyak mungkin.  Memandangkan virus ini sangat mudah menjangkit walaupun kucing yg sihat berada jauh dari kucing yang dijangkiti, pastikan hanya 1 picagari digunakan untuk setiap pemberian pd seekor kucing. (Purata DC guna dalam 15 batang sehari bersaiz 5ml untuk 5 ekor kucing selama 2 minggu).  Menggunakan picagari yang sama ke atas kucing2 yg dijangkiti virus Parvo boleh meninggikan risiko kucing yg hampir pulih menjadi parah semula. Buang dalam plastik khas selepas penggunaan supaya kucing jalanan di luar tidak dijangkiti.

9. Sarung Tangan lateks pakai buang

Gambar hiasan
Penggunaan sarung tangan pakai buang berupaya mencegah penularan jangkitan virus.  Buang dalam plastik khas yang kemudiannya di ikat kemas untuk elakkan dari kucing luar di jalanan sana dijangkiti.


10. Cecair Peluntur Clorox

Ketahui lah hanya cecair peluntur clorox yg berupaya membunuh virus ini. DC gunakan dgn nisbah 1:30 dan mop kawasan yang tercemar seperti lantai bilik, kotak pasir kucing, lap sangkar dan dalam pencucian baju2 yang DC gunakan setiap kali memberi rawatan kucing2 yg terkena parvo. Untuk menjamin tiada penularan virus, DC tukar baju setiap kali buat rawatan dan menjauhkan diri dari kucing2 yg sihat kecuali ketika memberi mereka makan. Untuk lebih pasti, cuci sangkar dan peralatan yang digunakan kucing seperti sangkar, bekas makanan, kotak pasir dan mainan dgn campuran clorox dan kemudiannya jemur di tengah panas matahari apabila berpeluang berbuat demikian.  Mengikut pengalaman, DC lakukan 'cleaning' setiap 3 hari ketika itu.. skrg DC masih maintain tp buat dlm 1 minggu sekali atau paling lewat 1 bulan sekali. Cat tree/scratcher?.. Maaf DC buang terus dgn membakarnya.

11. Cecair pembasmi kuman Lysol


DC juga gunakan cecair pembasmi kuman Lysol dalam menangani wabak virus Parvo. Walaupun terdapat kenyataan dan pendapat yg berbelah bagi mengenai penggunaan Lysol dalam membunuh virus Parvo, DC tidak mahu mengambil risiko, dengan menggunakannya di kawasan2 yg dianggap tidak tercemar, berselang hari dengan penggunaan clorox. Tambahan baunya agak menarik - bau hospital. Tapi ada ahli keluarga DC yg tidak menyukai baunya, jadi DC meletak lebih banyak air untuk mencairkannya dan kurang bau.

Jangan gunakan bersama Clorox, kerana kandungan toxic menjadi sgt tinggi, merbahaya pada kucing2 yg sihat dan baunya seakan bau terbakar.

12. Penyembur Udara 


Virus parvo ini boleh merebak melalui udara. DC gunakan penyembur udara seperti gambar di atas jenama Glade dan memilih bauan 'clean and fresh'. Tertulis perkataan "Kills 99.9% of germs* and viruses**" di atas label penyembur ni. Selalunya kalau ada tanda asterick (*) di mana-mana label produk, bermakna ianya bukan lah memberi jaminan 100% berkesan melainkan yg berkenaan atau berkaitan.

Tapi ia dah cukup menyenangkan hati DC membelinya, yg penting ada lah usaha. Tambahan, DC belum pernah jumpa penyembur udara/air sanitizer yg quote pd label berkaitan dgn virus.

13. Sumber Air

Selepas segala usaha dah dilakukan, dan memandangkn DC berurusan dgn virus jahat, berdoa dan berzikir, bacaan Quran dan Yasin dapat menenangkan hati. Berserah pd Allah dan tidak berprasangka pdNya kerana setiap yg berlaku pasti ada hikmahNya selain dgn izinNya dpt menyuci dosa2 ringan kita di dunia ini. DC guna air yasin dalam setiap bancuhan dan untuk minuman kucing2 yg dijangkiti.  

Kita boleh juga guna sumber air yg baik seperti air mineral, air RO, malah juga air zam-zam.

PENGHASILAN

Dari 9 ekor yg dijangkiti, DC berupaya menyelamatkan 2 ekor. Syukur alhamdulillah. Percayalah ianya satu pengalaman yg sgt mahal bukan saja dr segi wang ringgit malahan emosi dan fizikal.  Gambar kucing2 yg telah pergi tidak dapat DC rakam sebab terlalu pedih untuk dikenang, terlalu mengusik jiwa, malah mampu menangis berkali2... iskk iskk dah start nangis ni..:(

Snow dan Bubu ada lah kucing yg berjaya setakat ini melepasi pengalaman ngeri tu. Berikut ialah gambar Snow sebelum dan selepas..

Keadaan Snow selepas 9 hari dijangkiti. - 10 Jun 2013.
Gusi dan mulut masih berdarah.
Badan bengkak2 akibat IV Drip
Pada hari ke 13 (14 Jun) - Snow dah mula menunjuk tanda2 untuk makan sendiri.
Tak perlu force feed. Allah je yg tau  hati dan perasaan DC masa ni.
Dia juga dah boleh poo mcm dulu dan tekstur agak solid :)
Snow pada 25 Ogos 2013. Dah vaksin penuh. Alhamdulillah.

Rujukan:

http://www.dr-addie.com/
http://curezone.com/forums/am.asp?i=75786

Jerawat Kucing (Cat Acne)


APA ITU JERAWAT KUCING (CAT ACNE)?

Sering terjadi pada dagu dan bibir bawah kucing (rujuk gambar). Sebum atau kelenjar sebaceous yang berhubung dengan folikel rambut berfungsi menghasilkan minyak untuk melembapkan kulit, mencegah kekeringan dan iritasi. Apabila sebum terhasil berlebihan, ia menyebabkan saluran folikel rambut tersumbat. Ini menyebabkan terjadinya iritasi, bengkak & infeksi dan akhirnya terbentuklah jerawat.


Kedudukan kelenjar sebaceous yang berhubung dengan folikel rambut..


SEBAB2 TERJADINYA JERAWAT KUCING

Punca sebenar bagaimana jerawat kucing boleh terjadi tidaklah diketahui. Bagaimanapun beberapa kemungkinan boleh dikenal pasti seperti berikut:

  • Stres
  • Berdandan berlebihan (excessive grooming) dimana kita terlalu kerap menyikat dan berulangkali membersihkan/mandi kucing.
  • Kurang berdandan (poor grooming) – tidak menyikat langsung (mengharapkan kucing itu sendiri membersihkan badannya) dan jarang/mandi kucing
  • Bekas makanan yang diperbuat dari plastik – Apabila bekas makanan plastik jarang dibersihkan, sifar plastik yang poros mudah memerangkap bakteria atau mikroorganisma dan seterusnya memindah bakteria ke dagu kucing ketika dia menikmati makanannya. Terdapat juga kemungkinan bahawa kucing anda mengalami reaksi alahan pada bahan plastik. 
Mangkuk makanan kucing yang tidak dibersihkan dengan betul!
  • Alahan makanan
  • Diet pemakanan
  • Kurang daya ketahanan tubuh




SIMPTOM

  • Bulu di bawah dagu menipis
  • Kemerahan dan iritasi berlaku pada kulit di bawah dagu
  • Kelihatan noda hitam (blackheads) di bawah dagu yang kelihatan seperti kotoran
  • Berlakunya infeksi sekunder iaitu bengkak yang boleh menyebabkan pendarahan di bawah dagu



Simptom yang parah - pendarahan

RAWATAN & PENJAGAAN

Jika simptom ringan:
  • Dapatkan rawatan secara luaran/topical seperti berikut :
  • Bersihkan dengan lembut menggunakan sabun antibiotik, hidrogen peroksida, iodine (Betadine) atau garam Epsom.
Garam epsom yang boleh didapati di farmasi

  • Krim sapuan Topical Vitamin A
  • Rawatan antibiotic seperti Topical Retinoid(Retin-A 0.01% gel)
  • glukokortikoid topikal (untuk mengurangi peradangan).
  • Bersihkan kulit dengan sabun atau gel yang mengandungi benzoyl peroxide (berbentul gel, ointment atau shampoo) atau klorheksidin mungkin diperlukan
Shampoo haiwan yang mengandungi benzoyl peroxide


Jika simptom yang parah:

Dapatkan rawatan di klinik haiwan. Selalunya vet akan melakukan rawatan seperti berikut:

  • Bulu di sekitar dagu dipotong supaya rawatan dapat dilakukan dgn lebih efektif
  • Pemberian antibiotik oral (untuk merawat infeksi) seperti amoxilin clavulenant, enrofloxacin atau cephalosporin;
  • Oral glukokortikoid seperti prednison untuk rawatan peradangan parah.


TIPS MENGHINDAR JERAWAT KUCING


  • Ganti bekas makananan berunsur plastik kucing ke bahan yang berasaskan seramik, tanah liat/clay atau logam (stainless steel);
Mangkuk Makanan kucing yang berasaskan tanah liat/clay dan logam tahan 
karat (stainless steel) selamat digunakan bagi menjauhi jangkitan jerawat kucing.

  • Berikan mangkuk makanan yang besar dan luas supaya dagu kucing tidak menyentuh bibir atau tepi mangkuk tersebut dan misainya juga tidak bengkok;
  • Bersihkan mangkuk makanan dan juga bekas air setiap hari;
  • Pastikan kucing anda mendapat makanan yang mengandungi zat vitamin dan nutrisi yg lengkap, yang juga mengandungi fatty acid untuk menjaga kesihatan bulunya seperti makanan premium;
  • Bersihkan dagu kucing jika kucing anda jenis kucing yang jarang membersihkan dirinya atau tergolong dari kucing yang berbulu panjang dengan menggunakan tuala lembap.
Gunakan tuala lembap untuk membersihkan dagu dan mulut kucing
 yang kita ketahui  kurang atau malas membersihkan diri.




RUJUKAN:

http://www.cat-world.com.au/feline-acne
http://cats.about.com/cs/healthissues/a/acne.htm
http://www.acne-stop.com/pets-cause-acne.html
http://www.vetbase.co.uk/information/acne-cats.php
http://en.wikipedia.org/wiki/Feline_acne

Perlunya Memberi Ubat Cacing Pada Kucing (Deworm)

Pernah lihat kucing mengheret duburnya ke lantai sambil duduk?  Memang agak kelakar bila kita tengok mereka berada dalam keadaan begitu.  Tapi taukah anda sebenarnya perbuatan seperti itu menunjukkan kucing anda kecacingan dan perlu diberi rawatan.  Duburnya gatal kerana ada pergerakan cacing halus berwarna putih seperti benang di situ.

Antara jenis2 cacing yg sering terdapat pada kucing ialah cacing pita, cacing gelang (roundworms), hookworms dan whipworms. Berikut ialah serba sedikit mengenai cacing yg diperkatakan.

Cacing Pita (tapeworms) - Cacing paling biasa didapati pada kucing. Berbentuk panjang dan pipih seperti pita. Badan bersegmen dimana segmen yg uzur atau tua boleh dilepaskan/putus dan keluar melalui najis. Berwarna putih atau krim. . Boleh mencapai ukuran sehingga 70cm panjang. Bila matang boleh mengeluarkan 5-30 biji telur.  Boleh dibinasakan dengan ubat cacing yg mengandungi Prazyquantel, dichlorphen atau febendanzole.

Cacing pita (tapeworms)

Bagaimana Nak Hentikan Kucing dari 'Spraying'



DC terpanggil untuk menjawap soalan dari sahabat di FB.  Berikut ialah beberapa fakta dan penerangan yang didapati dari beberapa laman web di internet yang kita boleh kongsi bersama.

Bagaimana mengatasi masalah cirit-birit (diarrhea) pada kucing

Apa itu cirit-birit pada kucing?

Keadaan di mana kucing hilang kawalan dan keupayaan membuang najis secara normal. Dalam ertikata lain, kucing mengeluarkan najis menjurus kepada bentuk cairan dengan kerap.



Teori Mengapa Kucing Makan Anak

Kejadian kucing makan anak sendiri boleh berlaku tetapi amat jarang diperkatakan kerana ini bukanlah habitat semulajadi mereka. Entri yang ingin saya kongsikan bersama ini merupakan rumusan dari maklumat2 yang saya kumpulkan dari rakan-rakan, pengalaman sendiri dan juga dari beberapa perbincangan dari forum-forum di internet di dalam dan luar negara.

Photobucket

Kucing Berjari Lebih (Polydactyl)


Kucing mempunyai berapa jari?  Saya percaya ada yang tidak dapat menjawab soalan mudah ini :)  Mungkin selepas ini ada di antara kita yang mula mengira jari kucing sendiri!

Bagaimana nak tau kucing kita pekak?


Ada pembaca yang ingin tau bagaimana kita mengesan kucing yang pekak. Saya sebenarnya telahpun membuat sedikit penyelidikan menerusi pembacaan di internet dan mempraktikkanya sebelum pertanyaan itu diutarakan. Kini, saya tahu kucing siam saya, mempunyai masalah ini. Patutlah dia sering terperanjat bila saya membelai dari arah belakangnya!

Kutu Telinga Kucing (ear mites)


Walaupun kucing sentiasa menjilat dan membersihkan diri, adalah penting untuk kita sentiasa memeriksa telinga mereka dan membersihkannya. Jagaan telinga sicomel yang kerap membantu mengurangkan jangkitan telinga dan lilin telinga - ear wax (bahasa pasarnya tahi telinga). Kehadiran kutu telinga pasti menimbulkan ketidakselesaan dan stress pada si comel kan?

Ujian Pemeriksaan FeLV dan FIV

FeLV bermaksud "Feline Leukemia Virus" yang menyebabkan penyakit kanser pada kucing. FeLV merupakan penyebab utama penyakit dan kematian kucing domestik. Virus FeLV yang digelar "Retrovirus" merupakan di bawah keluarga yang sama dalam Feline Immunodeficiency Virus (FIV) dan Human Immunodeficiency Virus (HIV) atau Virus Kurang Daya Tahan Sakit Manusia yang membawa kepada penyakit AIDS. FeLV hanya terdapat pada kucing sahaja.
Apabila saya membuat keputusan untuk mendapatkan vaksin pertama Musyang pada (to be filled), saya dinasihatkan untuk buat ujian AIDS oleh kerana Musyang jenis 'outdoor cat' dan sering keluar rumah tanpa izin tuannya. Atas nasihat veterinar, Musyang perlu melalui pemeriksaan FeLV untuk mengetahui sama ada dia dijangkiti FIV. Sebelum tiba pada tarikhnya Musyang terlepas lagi! Dia memang pandai membuka sliding door di rumah.. Bila sampai waktunya, Musyang balik ke rumah. Gambar ni ditangkap ketika dalam perjalanan ke klinik.. Tengoklah hidungnya yg kotor! Peraturan vaksinasi memang meminta empunya kucing untuk tidak mandikan kucing seminggu sebelum dan seminggu selepas vaksin. Bulu di bawah leher dicukur terlebih dahulu sebelum darah Musyang diambil untuk ujian. Sedih jugak tengok dia diperlakukan begini.. Namun fikir kerana sayang, saya lakukan. Selepas tu, saya harus menunggu sekurang-kurangnya 10 minit untuk mendapatkan keputusan tersebut. Berdebar-debar jugak hati saya.. Maklumlah jika positif, Musyang akan cenderung menghidap AIDS.. Sementara menunggu keputusan, vet berbincang mengenai pentingnya vaksinasi pada kucing *terpaksa dengar walaupun dah tau*.. Alhamdulillah.. rasa nak melompat sewaktu menerima keputusan ini. NEGATIF! Namun begitu, saya difahamkan keputusan ini bukanlah 100% tepat! Musyang mungkin tergolong dalam kategori "infeksi FeLV tahap rendah" kerana terlalu halus kadar pecahan, seperti 0.001%. Pemeriksaan ini hanyalah sebagai langkah waspada terhadap wabak ini yang semakin merebak dan tidak begitu diketahui umum. Sebelum vaksin pertama diberikan, Musyang dilumuri dengan Frontline Spray - sejenis ubat kutu. Vaksin TRICAT (Feline Panleucopenia, Rhinotracheitis, Celici) atau Tetracat (Tricat+Chlamydia) merupakan vaksin pertama yang sepatutnya diberikan kepada kucing yang berusia 8-9 minggu atau lebih 2 bulan. Dalam kes Musyang, saya selaku tuan punya kucing lambat sedar kepentingan vaksin ini hehe.. Namun tak lah terlambat dari tak mendapatkannya langsung hehe.. *cover line*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...