Pokok Kucing = Cat Tree (Yeah! our cat tree is done!)

Photobucket

First Aid Kit Kucing

Tikus Mainan DIY untuk si Comel

Photobucket

Fish Ball Treat

Gaya Tidur Si Comel

Photobucket

DIY Cat Scratcher

Share

Pelbagai jenis dan bentuk cat scratcher yang dijual di petshop. Pilihan membeli di tangan kita, tengok pada bajet dan poket. Kadang2 terasa kecewa tempat mencakar yang baru dibeli habis dicakar oleh kucing kita yang aktif hanya dalam tempoh sehari.  Apa kata kita cuba buat DIY Cat Scratcher sendiri dari kotak? Anda cuma perlukan masa dan tenaga untuk membuatnya :)


Bergantung pada kreativiti dan imaginasi, anda boleh membuatnya pelbagai bentuk.  DC hanya buat bentuk bulat dengan saiz anggaran 4 inci seperti di dalam gambar di atas.

Bahan2 membuatnya:

  1. Kotak
  2. Pita Pelekat (Cellophane Tape)
  3. Gunting
  4. Pisau atau Cutter
  5. Catnip



Cara membuatnya :

Kalau mengikut contoh yang DC buat ni, potong kotak terpakai secara memanjang selebar 4 inci. Kalau nak buat tinggi scratcher 2-3 inci, kena la potong selebar 2-3 inci. Buat seberapa banyak mengikut saiz yang anda mahu. DC gunakan kotak yang agak besar untuk dapatkan bentuk dan besar saiz cat scratcher seperti gambar di atas. 

Mulakan dengan menggulung potongan kotak tadi serapat yang boleh dan padat. Lepaskan gulungan dan letak tepi.  Tujuannya supaya kotak yang keras tu menjadi lembut dan mudah dilentur mengikut acuan bulat. 

Sediakan catnip pocket.  Boleh dimasukkan ke dalam sebarang kain atau guna jenis felt.  Kalau rajin anda boleh jelujur atau jahit tangan.  Kalau kurang rajin aka kemalasan, boleh la guna pita pelekat sahaja.  (Anda tidak digalak menggunakan plastik sebagai poket atau sarung catnip sebab bau catnip sukar keluar untuk menarik perhatian kucing.)

Letak poket catnip itu di awal2 gulungan seperti gambar di bawah.



Gulung dengan rapat sehingga habis dan kemaskan gulungan dengan pelekat seperti gambar di bawah.  DC menggunakan pelekat bersaiz lebar.



Sebenarnya DC cuba menggunakan double-sided tape tapi tidak dapat hasil yang memuaskan. Akan terdapat sedikit renggangan selepas digulung.

Merujuk pada gambar di bawah, anda dapat lihat kain biru di tengah2 gulungan, iaitu poket catnip yang DC letak pada awal gulungan.  Kain biru ni kemudiannya boleh disorokkan secara menyucuk ke dalam gulungan kotak menggunakan hujung gunting.



Anggaran separuh bulatan, anda boleh tambah catnip pocket (jika suka).  Tak letak pun boleh juga.


Anda boleh terus menyambung gulungan dan dapatkan saiz yang anda inginkan. Pastikan setiap gulungan dikemaskan dengan pita pelekat. Begitulah seterusnya hingga selesai.

Dah siap!.. mudahkan? Oh ya, kemasan terakhir, anda boleh gunakan sebarang kertas pembalut hadiah sama ada yang baru mahupun yang terpakai untuk mencantikkan cat scratcher anda.  Kali ini gunakan non- toxic glue iaitu gam yang tidak mendatangkan bahaya pada kucing anda untuk lekatkan kertas pembalut hadiah tersebut.  



DC menggunakan kertas jenis corrugated sebagai kemasan terakhir (yang memang ada dalam simpanan DC sejak bertahun2 lamanya).


Lepas tu anda boleh lihat si Comel kesayangan anda tu menguji kekukuhan DIY cat scratcher yang anda hasilkan. Selamat Mencuba!

Masa mula2 menyerahkan scratcher ni pada Jessie, agaknya Jessie kata " jangan usik! ni scratcher Jessie yg punya!"

.. dah start mencakar!

.. syoknya Mama...

Gambar dah tak berapa clear untuk snap gambar  Jessie yang  bergerak  terlalu pantas huhu



11 comments:

nanieydotcom said...

comelnye.. nk try buat la jgk nnti blik kg.. tp kena beli catnip dulu.. :)
thanks akak.. Good sharing for those yg bela meowww :)

meowwmania said...

wahh bagusnya kak!!

nnti kalo rajin nak buat gak lah hehe..

~Beb~ said...

tomeinye la hai. bkn main die dok bgesel2.. btw tak bergerak2 ringan ke sis?

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

wah bagus ni ! kena rajinkan diri.. tapi tak bersepah ke kak kotak2 yg dah kena cakar tu?

Shaz Alina said...

kak DC,scratcher ni ringan ke berat?kot ringan,x tercampak2 ke mase bebudak ni mencakar?hihi

Gee said...

Ms Yana - setakat ni tak bersepah.. kalau ada pun selai dua je terkeluar.. rasanya sbb akak gulung ketat2.. amazing jugak.. sbb akak expect terburai hehehe

Gee said...

Shaz Alina - tak berat.. tp tak ringan sgt.. pelik mrk boleh mencakar mcm biasa.. tak de pun terangkat2.. siap tido atas tu lagi hehe.. maybe saiz dia agak besar.. dan lebar dia 4 inci tu buat scratcher ni agak kukuh..

Ms J said...

idea yang best!!

Unknown said...

DC mmg terbaik..bnyk yg tlh d sharekan..
Dc blh x share cite ttg tipa bg kucing betina teransang?
sbb kucing jantan sy dh cuba nk "tackle" dia..tp masih gagal.

Afiqah Nabilah said...

Nice :)

Unknown said...

Sy bru berjinak2 dlm memelihara kucing dn berminat nk buat scratcher ni, tp sy nk tnye catnip pocket tu benda ape? Cmne nk buat @ blh dbli di petshop x?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...