Wap membantu melegakan kucing hidung tersumbat
Share
Ketika anak kucing DC bernama Laling yg berusia 10 minggu diserang flu dan demam baru-baru ni, DC agak panik bila ubat2 yg diberi selama 3 hari sukar memulihkan jangkitan selsemanya. Laling sukar bernafas dan pernafasannya mengeluarkan bunyi 'klik' atau popping sound yg tersekat2, DC teragak2 untuk berkunjung ke klinik haiwan sebab sebelumnya vet memberi harapan yg selsemanya akan beransur pulih. Apabila Laling mula menggigil dan menggigit semua benda dikelilingnya termasuk bucu dinding, bedding dan plastik makanan, DC mengandaikan Laling sedang menahan sakit kerana sukar bernafas dan tanpa berlengah DC berjumpa vet sekali lagi. Vet kemudiannya menyediakan nebulizer yg bertujuan membuka rongga pernafasannya yg terhalang akibat jangkitan flu.
Laling yang lemah dalam sangkar Pet Nebulizer sgt bagus utk kucing yg sukar bernafas, mulut ternganga dan dlm keadaan mencungap |
Laling semasa sihat |
Laling yg tgh sakit, badan susut.. mata berair dan mucus (hingus) pekat di hidung |
Vet mengesyorkan Laling mendapatkan 4-5 sesi rawatan nebulization. Esoknya klinik haiwan ni akan ditutup sempena Awal Muharram. Ketika ini DC ligat befikir apa cara yg harus DC lakukan supaya rawatan ini boleh diteruskan tanpa perlu ke klinik serta dapat dilakukan di rumah. Selepas berbincang dan mendapatkan nasihat vet, berikut ialah hasil yg DC dapat buat :
Peralatan yang diperlukan :
1. Facial Steamer (DC beli dgn hrga RM70)
2. sterilised Normal Saline (0.9% Sodium Chloride Solution) - dibeli dgn hrga RM6 di farmasi
3. pet carrier atau sangkar kucing
4. tuala
1. Facial Steamer (DC beli dgn hrga RM70)
2. sterilised Normal Saline (0.9% Sodium Chloride Solution) - dibeli dgn hrga RM6 di farmasi
3. pet carrier atau sangkar kucing
4. tuala
Sebelum mulakan rawatan, DC beri Vibravet doxycyline - tablet antibiotik untuk flu kepada Laling. Oleh kerana Laling masih kitten, kena beri separuh pagi dan separuh di waktu petang atau malam.
Diikuti dengan 1/4 Neulin SR250 bronchodilator tablet (untuk lelah) dan beazyme papain untuk mengurangkan bengkak akibat banyak bersin.
Mula2 masukkan facial steamer ke dalam pet carrier atau sangkar kucing. (selalunya kita gunakan mesin ni untuk kecantikan kulit dan boleh juga digunakan ketika kita mengalami hidung tersumbat dan sakit kepala/migrain. Boleh masukkan aroma mint atau larutan 'breatheasy' untuk melegakan kesakitan manusia.. melalot dah huhu)
Selepas melihat wap keluar dari 'washbasin... kawal suhu sama ada ke tahap rendah atau tinggi.. bergantung pd keadaan kucing yg sakit.. Jika rajin selimut la wash basin tu dgn kain bagi mengelakkan kucing ter ter ter masuk ke dalam nya. Beringat sebelum berlaku sebarang kemalangan.
Selimutkan sangkar dgn tuala atau kain.
Kemudian, masukkan kucing yg sakit.
Kelihatan Laling menjengah wap yg keluar. |
Tutup sangkar, dan selimut sangkar .. sesekali jengah ke dalam sangkar untuk memastikan keselamatan kucing. Bukan apa takut, dia terjun atas facial steamer yg ternganga tu huhu.. Selalunya hanya kucing yg sihat akan bising dan melompat2 bila lihat wap tu. Kalau kucing yg tak sihat mereka byk berdiam diri atau murung.. dan memandang wap tu tanpa perasaan!
Selalunya rawatan mengambil masa dlm 15 - 30 minit. Lakukan sekali sehari.
Sesudah rawatan, Laling selalunya kehausan. DC sediakan air yg sudah dilarutkan dengan Vetri DMG tablet untuk ketahanan melawan penyakit. |
Kemudian titiskan Gentamicin ke atas ke dua2 belah mata.
Ketika waktu dan saat DC menulis artikel ini, Laling sudah 3x diberi rawatan. kini di dalam pelukan dan DC menaip menggunakan sebelah tangan.. Selsemanya masih ada.. tapi tidak mengalami kesukaran bernafas. selera juga baik (mungkin sebab DC beri Virbac nutri-plus gel yg merangsang selera makan dan ada Vitamin B utk mengawal stres).
Selain menggunakan facial steamer kita juga bole menggunakan wap dari water heater di bilik air. buka air panas berterusan menghala ke baldi atau tab mandi, kita bawa kucing yg alami hidung tersumbat bersama2 duduk dlm bilik air tersebut. dukung dan belai ia supaya ia tak panik. Pastikan kucing tidak berada dekat dgn air panas.
oopppps! |
2 comments:
hai. boleh saya tau awak pegi vet mana?
Salam dr. Saya nk tnya skit.. Kucing sya beranak ahad 13hb7 kul 4 pg mcm tu..time sahur.. Lpas beranak dia jd mcm xshat..senyap..tidur..dia xnk susukan ank dya..sdgkn ni 2nd time dia beranak.. So sya g vet swasta..dr.ckp dia demam je..so bagi ubat n ada cucuk anti biotik.. Lpas sya bg mkn ubt pg td n now sya tgk mcm lg teruk kucing tu..hidung dia berair n mcm kluar cecair warna merah xpasti darah ke apa.. N sya xtaw sakit apa..selsema ke? Dktr ada suggestion x?
Post a Comment