Charlie, kucing tertua di dunia
ShareCharlie bersama tuannya, Sina Graham |
Kucing jantan berwarna ginger/halia bernama Charlie bakal dinobatkan sebagai kucing tertua di planet bumi. Berusia 29 tahun dan jika dihitung mengikut kalendar kucing, Charlie kini berusia 133 tahun.
Berita mengenai usia Charlie ini dituntut direkodkan di The Guinness Book of World Records selepas pemegang rekod kucing tertua berusia 23 tahun bernama Hestia dari Cheshire telah mati pada bulan Ogos 2010.
Pemiliknya Sina Graham, yang kini tinggal di Coulter, Lanarkshire, UK berusia 54 tahun merupakan bekas koresponden BBC. Setiap pagi Sina ucapkan selamat pagi kepada Charlie dengan menghidangkan secawan air teh. Charlie menggemari air teh apabila Sina terlihat Charlie mencuri minum sisa air tehnya di atas kaunter dapur. Adakah ini rahsia Charlie panjang umur? :)
Sina Graham memilikki Charlie pada usianya 6 minggu dan sejak itu Charlie jarang ditinggalkan. Charlie sering berada disisinya walau Sina mengembara ke merata dunia. Amat menakjubkan bila dilihat jumlah bilangan pasport Charlie yang telah dicop dalam masa 3 dekad bersama tuannya. Charlie pernah mengikuti Sina semasa tuannya itu membuat liputan pembebasan Nelson Mandela di Afrika Selatan pada tahun 1990, pernah juga menemani tuannya ke Kuwait semasa Perang Teluk yang pertama dan juga semasa konflik Israel-Lebanon. Semasa zaman presiden Bill Clinton, Charlie juga pernah menaiki jet Air Force One!
“Saya membawa Charlie bersama saya kerana ia sudah menjadi satu kebiasaan dan dia mengingatkan saya di rumah. Dia suka mengembara walaupun kadangkala dia akan sembunyi di bilik air jika kami berada ditempat yang bercuaca panas. Saya berharap Charlie akan mencapai angka 30. Saya akan menderita tanpanya. Dia merupakan teman hidup saya” kata Sina.
Sina menceritakan betapa kucingnya yang setia ini mententeramkan beliau selepas suaminya, Norman meninggal dunia. Beliau rasa bertuah kerana Charlie nampaknya tidak ke mana-mana. Wajahnya merupakan perkara pertama yang dilihat setiap pagi dan yang terakhir dilihat pada setiap malam.
Charlie telah bersama-sama Sina melalui tiga perjuangan dalam kehidupannya iaitu melawan penyakit kanser payudara dan yang terkini kanser tulang.
Dr Sarah Caney, pakar perubatan haiwan memberitahu bahawa Charlie amat menakjubkan. Untuk seekor kucing hidup sehingga usia 25 tahun pada umur manusia amat jarang dilihat apatah lagi yang boleh menjangkau usia 29 tahun. Beliau berpendapat antara factor Charlie panjang umur ialah diet, gene, tuah, persekitaran, lawatan ke vet yang kerap dan kehidupan yang memberangsangkan!
5 comments:
133 tahun??? waahhhh....
harap2 jebon2 kite pon panjang umur hendaknya, insya'Allah :)
wauuu~ dia lagi tua dari sha. 1990 tu sha baru lahir :))
comelnyee charlie ♥
mcm yoyet la..harap2 yoyet pun hidup 29 tahun lagi..n lebih dari tuh..aminnn (^_^)
ye semoga panjang umur dengan amalan yg cukup tihhehehehe...
Teringin kucing yang ada hidup lama...
Post a Comment