Pokok Kucing = Cat Tree (Yeah! our cat tree is done!)

Photobucket

First Aid Kit Kucing

Tikus Mainan DIY untuk si Comel

Photobucket

Fish Ball Treat

Gaya Tidur Si Comel

Photobucket

Bahasa isyarat ekor kucing

Share

Kucing menggunakan ekor sebagai salah satu alat komunikasi menunjukkan emosi bukan sahaja kepada kucing yang lain tetapi juga kepada kita.  Berikut ialah beberapa posisi pergerakan ekor kucing dan maksudnya yang kita boleh kenal.

Ekor yang melengkung ke bawah dan kemudiannya melengkung di hujung ekor seperti  huruf  'S' terbalik
Maksudnya: Berada dalam keadaan rileks dan selesa



Ekor yang melengkung lembut ke bawah tetapi sedikit terangkat
Maksudnya : Mula menunjukkan minat terhadap sesuatu
Ekor melengkung ringan hala ke atas dan hujung nya bengkok sedikit ke hadapan ataupun ke belakang
Maksudnya : amat berminat dan menjadi peramah (friendly) 

Ekor dan hujung ekor lurus ke atas
Maksudnya : dalam keadaan ceria dan menyapa mesra (cheerful greeting)

Ekor lurus ke atas tetapi dihujung ekor ada sedikit pergerakan  menggigil
Maksudnya : menunjukkan kemesraan dan kasih sayang

Ekor tidak bergerak tetapi hujung ekor berkotak katik (twitching)
Maksudnya : sedikit menjengkelkan / bengang  (slightly irritated)

Ekor tidak bergerak tetapi hujung ekor berkotak katik dengan laju
Maksudnya : lazimnya kucing sedang rasa amat jengkel/bengang tetapi ada juga
kucing yang menunjukkan reaksi ini bermaksud amat gembira 
Kesemua bahagian ekor baik di pangkal mahupun di hujung bergerak ke kiri dan kanan  dengan laju
Maksudnya : Marah
Ekor lurus ke atas dan berbulu kembang
Maksudnya : Agresif

Ekor bengkok ke atas dan mengembang
Maksudnya : bersedia untuk menyerang jika di hasut atau usik (provoked)

Ekor diturunkan ke bawah dan bulu agak menguncup
Maksudnya : takut

Ekor ke atas dan agak kembang (big tail)
Maksudnya : mungkin ingin bermain dan berlari /mengejar

Ekor dan belakang badan turun ke bawah hingga ekor kadang kala berada
di celah dua belah kaki belakang
Maksudnya : tewas atau sedang sakit

Ekor  bengkok ke bawah diikuti dengan badan yang merendah
Maksudnya : bersedia untuk disetubuhi.. (rogol? hahaha)

Kalau ekor pendek, macam mana ye nak kenal emosi mereka?.. Selalunya kucing sebegini banyak mulut :) Hanya pemiliknya saja yg tau maksudnya..

Sumber :
http://www.feednfarm.com/cattails.html
http://www.xmission.com/~emailbox/tailtalk.htm

14 comments:

meowwmania said...

eh betul betul...

kcg kite si Merah tu kan takdek ekor, ekornya tontot cam rabbit tp molotttt.... humak aihh membebel saje huhuu

Gee said...

MM - samala dgn JEssie DC tu, ngiau ngiau x benti.. itu je la cara dia leh komunikasi dgn kita.. haha!

Ms J said...

Ekor Julian dah la bengkok.. pendek pulak tu. Nak tido malam, jangan haruslah dia ada dalam bilik. Kejap2 dia ngiau dekat telinga, jilat2 muka suruh bangun. Memang tak lena dibuatnya. Kalau tutup pintu, tiap-tiap pagi pukul 5, dah ngiau depan pintu kejut kite suruh bangun. Selagi tak sahut, selagi tu dia tak diam... adoiilaa..... (-_-')

Namie Amir said...

yoyet selalu godek kesemua bahagian ekor ke kiri & ke kanan tiap kali kena gomoi..oo..tanda marah rupanya..ingatkan die suka :-p

Chika said...

Btol tu.. ekor tontot kat umah ni pun mulut bising je... tak leh bg bahasa isyarat, dia bahasakan kite terus... hehehehe

MONAT © 2012 said...

haha :) menarik..menarik~ :) tergelak bila baca entry ni! :) comel2~ lepas ni jumpa kucing~ mesti aku perhatikan pergerakan2 dia dah! :P! ehhehee

arifah said...

Kucen sy nme die ibu, ekor die kontot, mulut gle punye bising! hahhaha

Mohd Taufik said...

brilliant la dc entri ni. mmg tergelak pn bile bace. bru faham cara si comel communicate. ade lg x dc info berkenaan body language kucing yg lain?

Anonymous said...

Hi, nice info and so funny reading this...can i share it?

liyana said...

hehehe..Patotla bile saye kacau2 kucing saye, die akan buat muke bengang sambil gerakkan ekor laju2 and tak pandang saye...hihihi...marah la tu...eee,, geram sangat kat kucing ni...hihihi

Gee said...

Rogayah, silakan..u r most welcome

Anonymous said...

huuu...sekarang tau la maksud kuceng tu...betul la..msa die dok gado ngan kuceng sekor agi ekor die libas libas..

Unknown said...

patutlah snow selalu goyangkan ekor dia laju2.tapi...dia marah ngan sape ye?

Unknown said...

awak dapat maksud2 ni dari mana ye?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...