Kisah kucing Siam bernama Nyet
ShareKali ni dipaparkan kisah 'the one and only kucing Siam yang DC ada, bernama Nyet yang juga isteri kedua Musyang :)
Chocolate point siamese female cat |
BIODATA : Tak pasti bila dilahirkan kerana Nyet di ambil di warung makan di tepi jalan kawasan Sentul. Dianggarkan ketika itu usianya dalam 3 bulan. Kucing betina dan kategori indoor cat. Asalnya, Nyet dihadiahkan oleh mak DC.
Nyet, pemberian mak DC yang hilang |
Mak DC agak terkilan bila diberitahu Nyet (gambar di atas) telah hilang dari jagaan DC. Ini yang membuatkan DC sangat sedih masa tu. Tika dalam kesedihan, anak saudara DC bernama Sani, hadiahkan DC kucing siam yang lain 'sebagai pengganti', katanya. Terubat la juga kesedihan yang ada.
HOBI : Nyet suka memanjat - apa saja barang yang menggugat iman ketinggiannya, Nyet la yang akan terokai dulu. Itu time dia kecik2 la.. Sekarang berat badannya agak melampau dia dah tak larat nak panjat tinggi2.. tapi masih lagi tinggi jika dibandingkan dengan kucing lain yg juga gemar memanjat. Kerana hobinya ni la dia dinamakan Nyet. Sebab? Shortform dari perkataan Monyet :)
Gambar pada 31 Dis 2010. Setakat ini saja la ketinggian yang dapat Nyet capai sekarang - dalam 5 kaki lebih |
Sebab tak boleh dah panjat tinggi2?.. tuu.. perot boroiii.. Gambar di atas, perotnya disembunyikan! |
CARA TIDUR : Inilah cara tidur Nyet yang paling unik. Gambar di ambil ketika Nyet masih kecil, dalam usia 6 bulan. Perhatikan corak badan Nyet.
Gambar di ambil pada 2 April 2008 |
ANAK-ANAK: Nyet pernah mengandung sebanyak tiga kali. Kandungan pertama bersuamikan Musyang, menyaksikan kelahiran Totty pada hari Wilayah, 1 Februari 2009, dan Jerry di lahirkan keesokkan harinya, 2 Feb 2009.
Ketika mereka berusia 22 hari.. |
Gambar Totty dan Jerry - pada Ogos 2010 |
Kandungan kedua juga bersuamikan Musyang, lahir lah Tabby, Demok dan Ateh pada bulan September 2009. Malangnya Ateh telah mati ketika DC dan keluarga bercuti ke Medan, di bawah seliaan penjaga yang kami upah.
Tabby, Demok dan Ateh |
Ini gambar latest Abu (short hair) dan Demok (semi-long hair) - dia yg hilang sekejap baru2 ni..:)
Manish dan Manggish merupakan kandungan ketiga Nyet hasil bersuamikan Jerry (anaknya sendiri - dasar menatang kan? anak makan mak uhuk!). Mereka lahir pada Mac 2010. Maaf, tiada gambar mereka semasa kecil.
Manish diadopt oleh Shima dan Manggish diadopt oleh Shahila |
Manish kini bergelar HERO dan MANGGISH kini bergelar ACE Gambar terkini DC catnap dari facebook dan blog mereka masing2 haha! *ampunnn!* |
Ramai yang tidak tau, kucing siam sebenarnya amat cerdik dan mudah menurut kata jika dilatih mahupun tidak. Mengikut sejarah, mereka ini dahulunya memonopoli pertandingan kucing di negara Barat kerana kecerdikan dan keunikan mereka. Antara keunikannya ialah warna bulu mereka berubah mengikut usia dan cuaca!
Begitulah juga kisah Nyet ni. Tidak pernah sekali pun merisaukan DC sekeluarga kerana dia jenis indoor, susah nak keluar rumah, mendengar kata, mudah diurus dan tidak cerewet!..
Akhir sekali, ingin dimaklumkan bahawasanya mereka dan keluarga mereka baik yang betina dan yang jantan, yang DC sebutkan dalam entri ini, SEMUANYA telah selamat di zass kan! Kalau tidak sampai sekarang mereka beranak pinak lagi uhuk!..
Gambar agak latest pada bulan Dis 2010 - bersama catnip yg berterabor. Tengok la corak badannya sekarang - semakin gelap |
9 comments:
nyet sama macam danie.
kucing siam emnag bijak dan menurut kata.
Misz Pinkie - hanya yg penah jaga je tau betapa senang nak pelihara mrk ni :) Yg paling sis suka dia ni toilet-trained. Pd hal tak penah sis ajar pun.. DAnie mcm mana?
heehee comei nye nyet nih. ye la sis, kawan sha kucing siam die nak tido ngn parents kawan tu, nak tengah2 siap de bantal sdri. pastu bukak la pintu luas2, die kluar takat tempat kasut pstu masuk manja2 balik. nak buat mcm tu kat kucing sha mcm harap maaf la :P
suka la kucing siam! wonderful to see mcm mana colour dorg berubah ;)
haaaa besday anggish mac 2010 ke. *tulis dlm diary*
HAHAHA sha baru perasan 2 beradik, Manish & Manggish - Hero & Ace. Hero- one who is admired for courage/brave/abilities and Ace- one who is number one, the best. ekeke tempat lain2, nama bertukar tapi masih mcm ada chemistry.
p/s: sha dah tag sis kat gambar baru anggish :Db sdg sha tulis comment.. sis dah comment dlu kat FB :))
yes...omg omg. nyet seiras betul dengan my adik...my adik is boy!!
mmg pun, sgt mendengar kata.
actually, adik is my 2nd kid. dan perangai dia kalau tengok betul betul, sebijik mcm perangai anak kedua. yg buat kerja sendiri, yg independent.
tp perangai dia yg ntah apa apa, dia suka membebel. kang tengah minum tu, dia boleh membebel depan bowl dia.
bunny :) - kucing siam kwn sha tu perangai mcm musyang sis, suka dok in-between hoho!
etty - akak dah baca kisah adik.. satu pengalaman berharga yg etty dah lalui .. takut sis dengar.. kalau sis dah lembik badan.. tak lalu makan dan minum dah.. syukurlah.. semuanya selamat.. :)
thanks DC....
mmg pengalaman yg tak dapat dilupakan...syukur semuanya selamat.
baru tau kucen siam ni kaler dia boleh tukar2..hehe..mcm sesumpah lak...patut la kaler COMOT makin gelap makin hensem...betoi kucen siam ni mmg bijak n menurut kata..
memang unik la bulu dorg..makin tua makin gelap...tak pernah lagi ade kucing siam...suke pointed kat muke dorg tue..
sedihnya hati ni..Nyet sebijik mcm rupa kucing siam saya yg mati kena langgar minggu lepas. tapi kesayangan saya tu jantan, umur 1thn 2 bulan dah besar dah gumuk, hilang semangat sekejap...terbayang2 dia berhambat dlm rumah dgn adik beradik dia :( org yg sayang kucing je tau sebaknya hati sb saya bela dia dari kuar perut lagi
Post a Comment