Kutu Telinga Kucing (ear mites)
Share
Walaupun kucing sentiasa menjilat dan membersihkan diri, adalah penting untuk kita sentiasa memeriksa telinga mereka dan membersihkannya. Jagaan telinga sicomel yang kerap membantu mengurangkan jangkitan telinga dan lilin telinga - ear wax (bahasa pasarnya tahi telinga). Kehadiran kutu telinga pasti menimbulkan ketidakselesaan dan stress pada si comel kan?
Kutu telinga kucing merupakan sejenis parasit halus yang tinggal di permukaan kulit dan saluran dalam telinga kucing. Biasanya jenis Otodectes Cynotis dan Demodex Cati. Kutu ini hidup dengan memakan tisu kulit kucing. (sebab itu kucing menggaru!) Parasit akan merangkak jauh ke dalam telinga sicomel jika dibiarkan. Amat mudah berjangkit dengan binatang yang lain. Sekiranya tidak dirawat, kucing boleh dapat jangkitan telinga dan juga berkemungkinan akan pekak.
Tanda-tanda klinikal jangkitan kutu telinga
• kekerapan menggaru telinga;
• menggoyangkan kepala dengan kasar (violent head shaking);
• banyak tahi telinga yg mengering, berwarna kehitaman;
• Merah dan radang kulit berlaku di cuping telinga (bengkak)
Rawatan
Terdapat dua jenis rawatan untuk merawat kucing yang telah dijangkiti kutu telinga. Rawatan luar (topical treatments) dan secara suntikan. Untuk rawatan luar guna lah larutan pembersih (cleaning solution) yang dibekalkan oleh vet anda. Tempoh rawatan bergantung kepada jenis ubat yang digunakan dari 10 hari hingga 3 minggu.
Untuk rawatan secara suntikan, Ivermectin sering digunakan oleh vet kita untuk merawat kutu telinga kucing. Lazimnya ubat ini digunakan untuk merawat kutu telinga jenis Demodex Cati.
(Gambar ihsan dari Wan Nasuha - adopter kucing saya)
Terdapat juga rawatan menggunakan ramuan sendiri di dapur (home remedy) dengan menggunakan minyak zaitun (olive oil). Tujuan minyak ini digunakan ialah untuk melemaskan parasit dan juga mencegah kutu memperolehi makanan dari tisu kulit kucing. Untuk kes yang lebih berat, campurkan 3 ulas bawang putih hancur ke dalam minyak zaitun dan rendam semalaman. Asingkan bawang sebelum sapu ke telinga kucing. Bawang putih dipercayai boleh menghapuskan bakteria yang menyebabkan jangkitan telinga kucing.
Amalan ini sering dilakukan oleh mereka yang percaya pada keajaiban alam semula jadi (nature). Tahukah anda kucing tertua di dunia bernama Spike, berusia 31 tahun panjang umur disebabkan pemiliknya, Mo Elkington memberi sedikit larutan lidah buaya (aloe vera) dalam makanannya? :)
Saya belum pernah mencuba petua ini. Mungkin kerana ubat rawatan penyakit ini mudah didapati di pet shop dan murah pula harganya.
Saya belum pernah mencuba petua ini. Mungkin kerana ubat rawatan penyakit ini mudah didapati di pet shop dan murah pula harganya.
Membersihkan Telinga Kucing
Saya guna larutan Ilium Ear Drops, seperti yang pernah disarankan oleh vet saya. Berikut ialah cara saya membersihkan telinga kucing saya :
• Picit botol dan titiskan 4-8 titik larutan ke dalam telinga kucing (ear canal);
• Usap dan urut lembut dari belakang pangkal telinga kucing. Kadangkala anda akan dengar bunyi menciut. Henti mengusap jika kucing anda nampak seperti dalam kesakitan. Ini mungkin berlaku kerana sicomel mempunyai kulit yang sensitif.
• Ulangi cara di atas ke telinga kucing yang sebelah. Biarkan kucing anda mengoyangkan kepalanya. Ini membantu melonggarkan lebihan tahi telinga si comel, jika ada.
• Ambil kapas dan gunakan dengan jari telunjuk anda untuk menyapu lelehan larutan dan membersih sebarang kotoran. Bersihkan dengan lembut dan sejauh yang anda boleh capai untuk membersihkan dalam telinga kucing dengan tidak menyakiti gegendang telinganya (eardrum).
Jangan sesekali menggunakan putik kapas (cotton buds) sbb ia boleh merosakkan lapisan saluran dalam telinga dan gegendang telinga kucing malah anda juga boleh mencederakan gegendang telinga kucing yg nipis.
Adalah penting memberi rawatan ke seluruh badan kucing. Kucing suka tidur merengkok/ bergulung dengan ekornya mencecah telinga. Oleh sebab itu, kutu tersebut boleh juga berjangkit di hujung ekor kucing anda. Malah jika telinga kucing anda berjaya diubati, tetapi dengan parasit yang ada pada hujung ekor kucing (kerana anda tidak merawat secara menyeluruh), telinga kucing anda akan mudah dijangkiti semula.
10 comments:
tumpang tanya,
kucing saya 2 ekor, belum berusia setahun..saya perasan kucing saya ada kutu da seminggu nie.mahal x nak anta rawatan klinik?? akak anta pergi klinik mana? or ad cara lain nak rawat?
Kutu di mana? Kutu badab? Kutu telinga? Akak jarang ke klinik melainkan utk vaksin, kurap & kembiri. kalau vaksin & kurap akak ke klinik haiwan genting klang, dr Ghosh.
Akak ada byk kucing jd kalau bab2 kutu akak rawat sendiri guna syampu kutu (spt jenama Machiko & Masaleb yg mmg khas utk kucing saja) dan spray Frontline.
Salam.. Berapa cost rawatan sakit telinga ini jika di klinik kesihatan? tq
vet kerajaan murah je kalau beli pun bawah 10rm
Kucing saya kini dijangkiti kutu d telinga dan sy cb mnggunakan earmites treatmnt tp agak sukar untuk mentitikkanny ke dlm telinga. Apa yg merisaukan saya adalah kini kucing sy semakin kurus dan terdapat bekas pd kawasan leher dsbbkn kucing sy kerap mnggaru shingga luka..pa yg ptt sy lakukan?
salam. bolehkah sy pakai ilium frontline yg sudah expired 2 tahun lalu?
maaf,nk tanya..sbb sy x pnh bwk ank² bulus sy ke klinik lg..kalau buat rawatan kurap brapa kos ye kak? blh share..
Maaf,blh share sama kalau bjat rawatan @ jbt kurap brpa kos ye kak? sbb ank² bulis sy ni dh kne kurap plk ni..siap dh ade luka² kasar smpai hbis leher berdarah² di garunye..atau ade petua lain utk merawat.tq
vet kerajaan pnye d mna ye pling dkt,kalau sy d ampang,vet mne yg dkt? tq
Salam,kucing sy br umur 3 bln lebih, dia asyik garu... sampai hampir luka. Itu di sbbkn hama atau kutu?
Post a Comment