Pokok Kucing = Cat Tree (Yeah! our cat tree is done!)

Photobucket

First Aid Kit Kucing

Tikus Mainan DIY untuk si Comel

Photobucket

Fish Ball Treat

Gaya Tidur Si Comel

Photobucket

Kucing Jalanan pun boleh menang juga!

Share

Bila saya dengar berita ni terasa macam nak melompat! haha! sebab saya merupakan salah seorang cat rescuer dan percaya kucing2 jalanan (stray cats) ini tiada beza dengan kucing berbaka jika anda pelihara sebagaimana anda memelihara kucing berbaka. Cerita ini saya garapkan berdasarkan pemerhatian saya serta mendapat keizinan dari mereka yang terlibat.




Aden, no. 2 dari kiri - bersama 3 lagi adik beradiknya.

Aden, bersama 3 lagi adik beradiknya dijumpai dalam keadaan basah kuyup, menggigil kesejukan dan kelaparan, ditinggalkan ibu, mencari tempat berlindung dalam keadaan hujan lebat oleh seorang rescuer pada 18 Mei 2010. Ketika itu Aden dianggarkan berusia 6 minggu.

Sedih dan sebak melihat keadaan tersebut, rescuer terus membawa mereka pulang ke rumah, dibersihkan dan diberi makan secukupnya. Selama 3 hari mereka dijaga dengan penuh kasih sayang, Aden kembali sihat dan ceria.


Nama Aden diilhamkan oleh pasangan Mummy Yana

Rescuer, kemudian dengan segera menghantar Aden dan adik beradiknya untuk adoption, menyebarkan berita kepada dunia bahawa kini mereka boleh dimiliki oleh mereka yang benar-benar layak dan berdoa agar dapat kehidupan terbaik dengan mereka.
Gambar di atas di ambil dari petfinder.my

Aden berjaya menarik perhatian Mummy Yana dan tanggal pada 21 Mei 2010, Aden dengan rasmi dimilikkinya. Sejak itu Aden yang bersaiz kecil tapi bersuara besar dimanjakan dengan toys (mainan kucing) dan belaian kasih sayang. Dia semakin nakal dan mencuit hati Mummy Yana dan pasangan.


Pada 3 Oktober 2010, Mummy Yana buat pertama kalinya mendaftar Aden menyertai pertandingan Royal Canin 1st Malaysia HHP Cat Show 2010 untuk kategori kitten male short hair. Aden bukan sahaja membuat Mummy Yana menangis malah rescuernya juga bangga dengan berita kemenangannya!

Tak siapa menduga, Aden yang pernah menjadi kucing jalanan (stray cat) bisa menambat hati juri. Kepada kawan-kawan, percaya lah.. kita boleh mengubah nasib mereka ini. Peliharalah mereka dan berikan mereka kasih sayang yang sepatutnya mereka terima.

Kalau anda ingin membaca kisah2 kemenangan Aden, sila layari blog Yana di http://myfurrkids.blogspot.com


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...