Pokok Kucing = Cat Tree (Yeah! our cat tree is done!)

Photobucket

First Aid Kit Kucing

Tikus Mainan DIY untuk si Comel

Photobucket

Fish Ball Treat

Gaya Tidur Si Comel

Photobucket

Pelayaran Colin

Share

Pernah dengar kisah pengembaraan kucing betina bernama Colin? Kisahnya mendapat publisiti seluruh dunia pada tahun 2001 apabila dia dengan tidak sengaja telah berlayar dengan kapal tangki methanol sejauh hampir 10,000 km dari New Zealand ke Korea Selatan! Jom kita ikuti kisahnya..

Photobucket
Colin - gambar-gambar ihsan dari laman web purr-n-fur dan Port Taranaki

Colin telah diadopt oleh Colin Butler, seorang pengurus di Terminal Tangki Port Taranaki di New Plymounth, New Zealand pada tahun 1990an. Dia kemudiannya dikenali sebagai kucing Colin oleh pekerja-pekerja terminal di situ dan menjadi ‘kucing pelabuhan’ serta menjadi kesayangan orang-orang di situ. Colin sangat pandai memujuk dan menarik hati orang supaya dia diberikan makanan. Colin dikatakan memahami sistem kerja ‘shift’ di situ dan mengenali mana2 petugas yang bertugas atau tidak.

Photobucket
Tempat tinggal Colin di New Plymouth

Kisahnya bermula pada Nov 2001, apabila selera makan Colin telah membuatnya ‘bercakap’ dengan salah seorang jurutera lantas dia mengekori petugas tersebut hingga ke kabin kapal. untuk mendapatkan makanan. Selepas memberi Collin makan, kedua-dua mereka tertidur. Malangnya apabila mereka sedar, kapal tersebut telah meninggalkan pelabuhan dan sedang dalam perjalanan ke Korea Selatan!

Photobucket

Colin dikatakan pada awalnya mengalami mabuk laut tetapi kemudiannya menyesuaikan diri dengan rutin pelayaran. Chang Seong-mo, kapten kapal tersebut telah menghantar emel kepada petugas di pelabuhan New Plymouth beberapa keping gambar Colin dan memberi jaminan bahawa Colin hidup sihat dan selamat di atas kapal tersebut.

Photobucket
Gambar yang dihantar oleh kapten kapal Tomawaka melalui emel

Sementara itu, di Port Taranaki, beberapa cadangan telah dibuat untuk membawa pulang Colin. Pada mulanya, mereka bercadang membiarkan Colin tinggal di kapal sehingga kapal tangki tersebut kembali ke Port Taranaki. Tetapi kemudiannya mereka mendapati pelayaran kapal tangki tua bernama Tomawaka ke Port Taranaki,  merupakan pelayaran terakhir dan menunggu masa untuk dimusnahkan.  Cadangan kedua mereka ialah membuat "pindahan kapal-ke-kapal" sehinggalah Colin kembali ke New Zealand. Bagaimanapun mereka dapati cadangan ni tidak selamat kerana terdapat risiko perlanggaran atau letupan berlaku apabila dua buah kapal besar mendekati antara satu sama lain di tengah lautan. Akhirnya, Colin dibiarkan berada di atas Tomawaka di sepanjang perjalanan yang memakan masa sehingga 18 hari ke Korea Selatan – selepas beberapa kali terkandas akibat cuaca buruk. 

Gordon MacPherson, superintendent terminal mengambil keputusan untuk terbang ke Korea dan membawa Colin pulang. Beliaulah yang bertanggungjawab terhadap Colin selepas pemilik sebenar Colin berhenti kerja. Dengan bantuan beberapa pihak seperti pihak berkuasa pelabuhan antarabangsa dan syarikat penerbangan Korean Airlines dan syarikat pembuat makanan kucing New Zealand – Whiskas, telah bersetuju menaja misi penerbangan membawa balik Colin. 

Beliau kemudiannya terbang ke Yeosu, destinasi kapal2 tangki berlabuh, dan tinggal di hotel menunggu ketibaan kapal Tomawaka. Pihak berkuasa kuarantin Korea memberi kebenaran untuk Colin (dimasukkan ke sealed carrier) dibawa terus dari pelabuhan ke lapangan terbang Seoul untuk dibawa pulang tanpa melalui kawalan kuarantin.

Photobucket
Gordon bersama Colin (di dalam sealed carrier)
Seorang petugas pihak berkuasa ditugaskan memantau perpindahan Colin. Empat orang krew kamera berbangsa Korea telah merakamkan pertemuan Colin dan Gordon. Apabila Colin berada di tangan Gordon, Colin digambarkan amat manja *purr* dan gembira bertemunya walaupun terdapat sedikit keliru dengan kehadiran orang ramai. Gordon kemudiannya memberitahu akan ‘memberi sedikit ceramah’ kepada Colin agar tidak ‘bercakap’ dengan orang yang tidak dikenali di masa-masa hadapan. :)

Photobucket
Berita kepulangan Colin dalam majalah Portal

Carrier Colin dibenarkan berada di sebelah Gordon di sepanjang penerbangan pulang ke New Zealand dengan syarikat penerbangan Korea pada 5 Disember. Mereka mendapat layanan kelas pertama. Pihak berkuasa New Zealand telah mengeluarkan permit khas untuk membawa masuk Colin ke tanah air dan juga sebuah limosin putih. Seramai lebih dari 50 orang pekerja bersama Datuk Bandar dan pihak media berkumpul di pelabuhan menunggu kepulangan Colin. Apabila Colin dikeluarkan dari carrier, mereka menyambutnya meriah. Wakil Kelab Kucing Taranaki yang hadir sama menjadikan Colin sebagai ahli kehormat kelab tersebut. 

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Datuk Bandar, Peter Tennent telah menganugerahkan Colin sijil dan medal kerana penglibatannya dalam "merangsang perhubungan antarabangsa" dan publisiti yang diperolehinya menaikkan imej bandar New Plymouth dan juga pelabuhan Taranaki itu sendiri. 
Colin sebaliknya tidak faham dan selesa dengan sambutan yang dibuat untuknya. Selepas majlis, Colin dibawa pergi dari orang ramai dan dibenarkan menjalani rutin hariannya – berjalan ke mana sahaja. Yang pasti bekalan makanan untuknya bukan lagi menjadi masalah kerana Whiskas akan menajanya untuk seumur hidup!

Photobucket

Laman web Colin memaklumkan selepas pelayaran tersebut, Colin berusia 12 tahun, dilaporkan menjadi lebih dewasa, tidak lagi merayau jauh dari rumah, tidak lagi menaiki kapal tapi didapati masih memburu dan menghendap burung camar laut.

Tanggal pada 15 Mei 2007, dikala usianya 16 tahun, Colin mati akibat sakit tua. Dia telah diabadikan dengan sebuah plaque peringatan yang cantik, dan dikebumikan di sebuah taman berdekatan pintu masuk rumah api, di mana dia banyak menghabiskan masanya. 

Photobucket

5 comments:

Tiara said...

Salam.
Bergenang air mate.
heheh sory. Kalau pasal makhluk satu jenis ni aku mmg x boleh thn.

Colin lahir 1991? Sebaye dgn aku!!!
Aku nk cilok pic dr cni tuk wt profile pic kat fb taw.
http://www.facebook.com/tuntiara

A very2 nice post.

Mohd Redzuan Said & Nur Hayati Mohd Fuad said...

sedihnya baca...nak nanges...!! best betul cerita ni..
comey lak kucing ni..! heee...

m.q said...

rip dear colin. u r truly a remarkable traveler cat...

Namie Amir said...

aaaa...uniknya kisah colin nih..pandainya kak gee cari..hari tu nora..sekrng colin.. :-)

meowwmania said...

sedih pulak baca kisah ni, tp gembira sbb mereka sgt prihatin walaupon Colin seekor kucing. Sikap macam tu yg kita harap ada pada setiap orang kan :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...