Pokok Kucing = Cat Tree (Yeah! our cat tree is done!)

Photobucket

First Aid Kit Kucing

Tikus Mainan DIY untuk si Comel

Photobucket

Fish Ball Treat

Gaya Tidur Si Comel

Photobucket

Wap membantu melegakan kucing hidung tersumbat

Ketika anak kucing DC bernama Laling yg berusia 10 minggu diserang flu dan demam baru-baru ni, DC agak panik bila ubat2 yg diberi selama 3 hari sukar memulihkan jangkitan selsemanya. Laling sukar bernafas dan pernafasannya mengeluarkan bunyi 'klik' atau popping sound yg tersekat2, DC teragak2 untuk berkunjung ke klinik haiwan sebab sebelumnya vet memberi harapan yg selsemanya akan beransur pulih. Apabila Laling mula menggigil dan menggigit semua benda dikelilingnya termasuk bucu dinding, bedding dan plastik makanan, DC mengandaikan Laling sedang menahan sakit kerana sukar bernafas dan tanpa berlengah DC berjumpa vet sekali lagi. Vet kemudiannya menyediakan nebulizer yg bertujuan membuka rongga pernafasannya yg terhalang akibat jangkitan flu.

Laling yang lemah dalam sangkar
Pet Nebulizer sgt bagus utk kucing yg sukar bernafas, mulut ternganga dan dlm keadaan mencungap

Laling semasa sihat
Laling yg tgh sakit, badan susut.. mata berair dan mucus (hingus) pekat di hidung

Vet mengesyorkan Laling mendapatkan 4-5 sesi rawatan nebulization. Esoknya klinik haiwan ni akan ditutup sempena Awal Muharram. Ketika ini DC ligat befikir apa cara yg harus DC lakukan supaya rawatan ini boleh diteruskan tanpa perlu ke klinik serta dapat dilakukan di rumah. Selepas berbincang dan mendapatkan nasihat vet, berikut ialah hasil yg DC dapat buat :


Peralatan yang diperlukan :

1. Facial Steamer (DC beli dgn hrga RM70)
2. sterilised Normal Saline (0.9% Sodium Chloride Solution) - dibeli dgn hrga RM6 di farmasi
3. pet carrier atau sangkar kucing
4. tuala

Sebelum mulakan rawatan, DC beri Vibravet doxycyline - tablet antibiotik untuk flu kepada Laling. Oleh kerana Laling masih kitten, kena beri separuh pagi dan separuh di waktu petang atau malam.




Diikuti dengan 1/4 Neulin SR250 bronchodilator tablet (untuk lelah) dan beazyme papain untuk mengurangkan bengkak akibat banyak bersin.



Mula2 masukkan facial steamer ke dalam pet carrier atau sangkar kucing. (selalunya kita gunakan mesin ni untuk kecantikan kulit dan boleh juga digunakan ketika kita mengalami hidung tersumbat dan sakit kepala/migrain. Boleh masukkan aroma mint atau larutan 'breatheasy' untuk melegakan kesakitan manusia.. melalot dah huhu)




Selepas melihat wap keluar dari 'washbasin... kawal suhu sama ada ke tahap rendah atau tinggi.. bergantung pd keadaan kucing yg sakit.. Jika rajin selimut la wash basin tu dgn kain bagi mengelakkan kucing ter ter ter masuk ke dalam nya.  Beringat sebelum berlaku sebarang kemalangan.



Selimutkan sangkar dgn tuala atau kain.

Kemudian, masukkan kucing yg sakit.

Kelihatan Laling menjengah wap yg keluar. 
Tutup sangkar, dan selimut sangkar .. sesekali jengah ke dalam sangkar untuk memastikan keselamatan kucing. Bukan apa takut, dia terjun atas facial steamer yg ternganga tu huhu.. Selalunya hanya kucing yg sihat akan bising dan melompat2 bila lihat wap tu. Kalau kucing yg tak sihat mereka byk berdiam diri atau murung.. dan memandang wap tu tanpa perasaan!


Selalunya rawatan mengambil masa dlm 15 - 30 minit. Lakukan sekali sehari.

Sesudah rawatan, Laling selalunya kehausan. DC sediakan air yg sudah dilarutkan dengan Vetri DMG tablet untuk ketahanan melawan penyakit.

Kemudian titiskan Gentamicin ke atas ke dua2 belah mata.


Ketika waktu dan saat DC menulis artikel ini, Laling sudah 3x diberi rawatan. kini di dalam pelukan dan DC menaip menggunakan sebelah tangan.. Selsemanya masih ada.. tapi tidak mengalami kesukaran bernafas. selera juga baik (mungkin sebab DC beri Virbac nutri-plus gel yg merangsang selera makan dan ada Vitamin B utk mengawal stres).


Selain menggunakan facial steamer kita juga bole menggunakan wap dari water heater di bilik air. buka air panas berterusan menghala ke baldi atau tab mandi, kita bawa kucing yg alami hidung tersumbat bersama2 duduk dlm bilik air tersebut. dukung dan belai ia supaya ia tak panik. Pastikan kucing tidak berada dekat dgn air panas.


oopppps!

Lakonan sesaat Bubu - Love You, Mr Arrogant di TV3


Perkenalkan... ini lah dia Bubu yg sangat lincah dan sebab itu lah susah nak snap gambar pelakon muda ini har har har.. Sesiapa yg mengikut drama Love You, Mr Arrogant, slot Akasia yg kini sedang ditayangkan episod demi episod di TV3, tentu tak perasan dgn pelakon cilik ini yg hanya ke udara di episod pertama drama tersebut *siapa lah dia tu kan huk! huk!*

Apabila kucing DC dilamar pihak Primeworks Studios untuk melakonkan watak bahaya tu.. DC pandang enteng sbb tentu ada customer yg nak bergurau.. Bila dah dpt call beberapa kali, DC jadi panik dan menyerahkan semua tugasan pd anak DC untuk menguruskan keperluan pihak studio.

Beberapa ekor kucing telah disenaraipendekkan oleh anak DC selepas mengambil kira emosi, stres dan bakat (hahaha!) mereka.. Kucing dikehendaki melintas jalan dan menyebabkan perlanggaran kereta atau kemalangan kecil antara kereta Zara Zya dan Irham. Bila dengar apa yg perlu dibuat oleh kucing DC, terbayang kucing tu nanti luka ke, eksiden ke.. adoyai.. tp pihak studio berjanji adegan lakonan akan dibuat sepoi2 bahasa.. DC pun setuju.

Akhirnya Bubu dipilih sebab gaya 'kekampungan'nya.. iyela takkan nak pilih kucing bulu panjang yg berjalan melankolik mcm catwalk atas jalan raya kan?


1 hari suntuk mrk tak balik dr shooting. Tak kisah la ganjarannya.. tp risau Bubu jadi stres.  Bila balik alhamdulillah.. mrk ok ok je.. dan taraaaa itu la gambar di atas.. Bubu sedang melintas jalan. *mcm bangga je DC ala2 kembang semangkok*  pada hal lakonan mengambil masa SESAAT cuma hahaha!

Anak DC kata.. sampai 7 takes Bubu kena berlakon sbb dia ketakutan dan ada sekali Bubu hilang... penatla kru2 produksi mencari dan menangkap Bubu balik .. tak boleh bayang perasaan dia masa tu.. mesti dia ingat org nak sembelih dia.. adehh..

Ganjarannya?


Logo kedai Dearcats Pet House ke udara.. terima kasih TV3 dan mereka2 yg sewaktu dengannya..

Anak DC bercerita, bila Norish Karman membelek senarai penghargaan dan ternampak logo DC dia tanya, "eh petshop ni sumbang apa ye?" Sampai situ je ceritanya hehe.. sbb anak DC tak menjawap pertanyaan tu.. terkedu agaknya bila pelakon terkenal bertanya hahaha!

BUBU ku

Pengalaman Menangani Wabak Virus Parvo

As salam rakan2. Lama sungguh DC tak memblog. Begitu sukar untuk cari waktu yg betul2 terluang, yg santai dan dalam keadaan fikiran yg tenang. DC mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada sahabat semua.

Ok la, kita straight to the point yg merujuk kpd tajuk nukilan kali ini. DC sering dengar mengenai wabak maut virus Parvo dan Sporo. Tp siapa sangka ye, tatkala leka membina perniagaan, dgn kekhilafan serta sikap suka menunggu-nunggu, akhirnya singgah juga virus tersebut menyapa khabar kucing2 DC pada bulan Mei yg lalu.

FAKTA RINGKAS

Tentu ramai yg dah tau mengenai virus ni sbb ianya dah menjadi 'wabak' dan kita boleh dptkan maklumat lengkap dari makcik google. Namun di sini DC beri sedikit fakta ringkas mengenai virus Parvo:

  • Nama saintifik Penyakit Virus Parvo ini - Feline Panleukopenia Virus (FPV) atau Feline Infectous Enteritis/FIE (radang usus menular). 
  • menyerang kucing yg belum mendapat vaksin penuh 
  • Tidak berjangkit pada manusia
  • berjangkit melalui air liur, air kencing, muntah, pernafasan, udara (airborne) juga melalui kotoran kucing yg berjangkit.
  • ia menyerang sistem pertahanan tubuh, sel darah putih, terutama lapisan sistem penghadaman. 
  • Virus mampu bertahan di persekitaran (dalam dan luar rumah) hingga 1 tahun (wpun tiada lagi tanda2 kucing diserang virus ini, kebersihan dan pencegahan perlu sentiasa diberi perhatian krn virus boleh muncul kembali)
  • Tiada ubat atau penawar melainkan dgn pencegahan awal iaitu vaksin.
MEREKA YANG PERGI

April, Lewis, Luke, Coco, Kimi, Yaya dan Unknown (stray) merupakan kucing2 DC yg telah menemui ajal akibat virus Parvo dalam masa 24 jam - 2 hari. Tujuh ekor kucing2 ni sangat sihat, gemok dan ceria tetapi (tidak vaksin) mati dalam keadaan yg menyedihkan seakan mereka tidak bersedia utk menemui ajal. Ada yg bising, menjerit-jerit sebelum pergi, ada yg menggigit sangkar hingga mati, ada yg diam dan bernafas kuat dan ada juga yg mencakar2 sangkar kuarantin hingga menghembus nafas terakhir. (menangis ni..:( sbb masih terkenang lagi).

Pengesahan positif virus melalui Test Kit ke atas kucing DC ketika itu

RAWATAN SENDIRI
(This information is intended as a reference only and is in no way intended as a substitute for the correct veterinary attention.)

Umum sedia mengetahui bahawa jangkitan virus ini tiada penawar dan selalunya para veterinar mencadangkan kucing2 yg dijangkiti disuntik mati (put to sleep) dan ada di antara vet tidak membenarkan kucing2 ini berada di klinik untuk memastikan virus ini tidak merebak pada kucing2 yg datang mendapatkan rawatan di tempatnya.

Oleh sebab itu, bermulalah episod rawatan sendiri disamping rawatan atas nasihat dan pemantauan beberapa veterinar juga dari rakan2 yang senasib. Doa ke hadrat Illahi beserta perumpamaan "berpantang mati sebelum ajal" menjadi pedoman DC ketika dilanda wabak berkenaan. Seribu penyesalan mmg tiada gunanya. Dan hasilnya 2 ekor dapat diselamatkan dgn izin Allah.  Berikut ialah ubat2 yg DC gunakan. Harap maklum separuh dari rawatan yg DC gunakan ini adalah atas nasihat veterinar2 .

1. Antibiotik - Stomorgyl 2 atau Stomorgyl 10


Virus ni secara amnya menyerang saluran penghadaman, usus dan mulut, sekaligus membuatkan kucing dehidrasi (kekurangan air). Keadaan ini membuatkan saluran penghadaman tidak dapat menyerap zat/nutrisi makanan. Kucing mudah mendapat ulcer/sakit mulut dan tidak dapat mengunyah makanan dan menelan minuman dgn sendiri. Antibiotik ini dpt mencegah sakit mulut dari menjadi lebih parah. Dalam 2 kes parvo dengan 2 klinik veterinar (pengalaman sendiri), masing2 memberi tablet pink ni. 

Stomorgyl 2 - bersaiz kecil dan mudah diberikan, untuk kes parah vet menyarankan pemberian 2 biji sehari untuk 5 hari.
Stomorgyl 10 - bersaiz besar dan perlu dibahagi 2 (1/2 biji sehari) untuk kes tidak parah, selama 4 hari.

2. Vitamin C
Serbuk Vitamin C untuk kucing dan anjing

Vitamin C atau asid askorbik merupakan antioksida yang membantu melindungi badan dari  kesan mudarat radikal bebas, melindungi dari jangkitan di samping meningkatkan imuniti untuk pengekalan struktur salur darah, gusi, tulang dan gigi. Ia turut membantu penyerapan zat besi.<.div>

Veterinar lazimnya menyuntik Vitamin C ke atas kucing2 yg disahkan dijangkiti virus Parvo. Sekiranya rawatan dilakukan di rumah, serbuk Vitamin C contohnya seperti gambar di atas perlu ada. DC gunakan 1/4 sudu teh 2x sehari untuk kes kritikal . Walaupun ada link yg menyarankan pemberian setiap 2jam, DC tak ikut sebab kalau salah beri atau melebihi dos, kucing akan mengalami cirit birit.


3. Suntikan Subcutaneous (Sub cut atau sub Q)


Untuk mengatasi masalah dehidrasi, kucing yang dijangkiti perlu diberi elektrolit atau booster/glukos (air yg memberi tenaga) setiap 2 jam ke dalam mulut kucing. Bermakna dalam sehari mereka perlu diberi booster sebanyak 12 kali!.

DC sangat berterima kasih kepada veterinar yg menurunkan ilmu menyuntik dan seterus  mengajar cara2 melakukan Sub Q (suntikan bwh kulit). Tanpa ilmu ini, rasanya DC akan cepat berputus asa dan mengalah akibat keletihan kerana setiap kali pemberian booster, DC habiskan masa dlm 30 minit kerana pemberian seekor demi seekor. Ikut jadual setiap satu setengah jam, DC mesti bangun dan hasilnya lebam di bawah mata dan migrain akibat kurang tidur dan stres.

Dengan Sub Q bersama kandungan beg air - Dextrose 5% in 0.9% Sodium Chloride, perlu disuntik di lapisan bawah kulit setiap 5-6 jam dengan anggaran 150 ml dengan jarum bersaiz 38mm untuk kes kritikal. Untuk kes bukan kritikal, 50-100ml setiap pagi dan petang dengan jarum 25mm untuk selama tempoh yang dinasihatkan oleh veterinar. Harap maklum ke semua ini DC perolehi melalui pembelian di klinik veterinar yang sudi membantu dan sama2 bekerjasama mencegah wabak ini.

Bersyukur pd Allah dgn ilmu itu DC dpt mengamalkannya untuk beberapa penyakit seperti demam, selepas tragedi itu berlaku. (hanya untuk kucing2 DC sahaja ye)

Bagi mereka yang tidak berpeluang melakukan Sub Q, pemberian campuran glukos setiap 2 jam boleh dilakukan dengan larutan seperti K9 Performance Tab, Nutri Glucose dan lain2, malah dalam keadaan terdesak boleh juga beri campuran minuman 100plus dengan nisbah 1:1.

4. Susu kambing

Antara jenama serbuk susu kambing yang sesuai untuk kucing
Sejak mengetahui kelebihan susu kambing amat sesuai diberikan kepada kucing dan juga anak kucing, DC gunakannya untuk hampir setiap rawatan ke atas kucing2 DC.  Sukar untuk DC perjelaskan apabila diajukan mengapa guna susu kambing yang diproses dari susu kambing segar kerana ada rakan DC yg menggunakan susu kambing segar yg kita ketahui mengandungi laktos (kandungan yang boleh menyebabkan kucing cirit birit) ke atas kucing yg tidak sihat berjaya menyembuhnya. Dan ada pula yg menggunakan serbuk susu kambing tanpa laktos mengakibatkan kucingnya cirit birit.

DC gunakan jenama di atas untuk kes parvo. Campurkan menggunakan air suam. Diberi secara paksa (force feed) 10ml 3 kali sehari.  Boleh juga dicampur ke dalam wet food + serbuk vitamin C.

5. Vetri DMG

 Strongly recommended by veterinarians for pets with chronic illnesses including seizures, infections, diabetes, endocrine issues, heart problems, feline leukemia, allergies, asthma, and arthritis.

Terdapat 2 jenis Vetri DMG iaitu cecair dan tablet.  Ia merupakan makanan tambahan (supplement) yg juga membantu meningkat daya ketahanan tubuh (kekebalan melawan penyakit) kucing dan anjing. DC lebih suka gunakan jenis cecair kerana ia lebih mudah dititiskan ke dalam mulut kucing.  DC gunakan 0.5ml sekali sehari.

6. Transfer Factor Advanced Formula (untuk manusia)


DC mengambil keputusan menggunakan produk ini selepas membuat research di Google dan terserempak dengan link Shirley's Wellness Cafe yang menceritakan kisah2 veterinar di negara Barat yang menggunakan Transfer Factor (TF) manusia ke atas kucing dan anjing yg tidak sihat dan dijangkiti virus dengan peratus pemulihan yang agak memberangsangkan. DC fikir, jika tiada lagi penawar ke atas virus ini, mengapa tidak mengambil peluang ini yang mungkin boleh menyembuhkan kucing2 DC, tentunya dengan izin Allah jua.


Tidaklah DC tau sama ada penggunaan TF dpt menyelamatkan 2 ekor kucing DC yg dijangkiti Parvo. DC sempat memberi pd 5 ekor kucing yg dijangkiti (2 dah pegi). 

DC guna 1 kapsul 2 kali sehari untuk kes kritikal.  Kadang2 DC beri 3 kali sehari bergantung pada keadaan.

Boleh digunakan dengan mencampurkan dengan air suam atau campuran susu kambing bersama Vitamin C

Atau dicampur ke dalam makanan basah yg bertekstur halus. Campurkan juga dgn susu kambing dan air mineral untuk memudahkan di masukkan ke dalam picagari bagi tujuan force feed.

 7.  Makanan basah bertekstur halus

Kucing2 yang dijangkiti virus parvo mengalami masalah menelan makanan dan hilang selera makan dalam waktu yang sangat pantas.  Oleh yang demikian, DC force feed dengan makanan tin yang bertekstur halus seperti Avoderm can cat food, Royal Canin Recovery dan Hills a/d untuk memudahkan dimasukkan ke dalam picagari juga mudah hadam.

Selain perisa ayam, terdapat juga perisa salmon dan ocean fish.
8. Picagari pakai buang


Sediakan picagari pakai buang seberapa banyak mungkin.  Memandangkan virus ini sangat mudah menjangkit walaupun kucing yg sihat berada jauh dari kucing yang dijangkiti, pastikan hanya 1 picagari digunakan untuk setiap pemberian pd seekor kucing. (Purata DC guna dalam 15 batang sehari bersaiz 5ml untuk 5 ekor kucing selama 2 minggu).  Menggunakan picagari yang sama ke atas kucing2 yg dijangkiti virus Parvo boleh meninggikan risiko kucing yg hampir pulih menjadi parah semula. Buang dalam plastik khas selepas penggunaan supaya kucing jalanan di luar tidak dijangkiti.

9. Sarung Tangan lateks pakai buang

Gambar hiasan
Penggunaan sarung tangan pakai buang berupaya mencegah penularan jangkitan virus.  Buang dalam plastik khas yang kemudiannya di ikat kemas untuk elakkan dari kucing luar di jalanan sana dijangkiti.


10. Cecair Peluntur Clorox

Ketahui lah hanya cecair peluntur clorox yg berupaya membunuh virus ini. DC gunakan dgn nisbah 1:30 dan mop kawasan yang tercemar seperti lantai bilik, kotak pasir kucing, lap sangkar dan dalam pencucian baju2 yang DC gunakan setiap kali memberi rawatan kucing2 yg terkena parvo. Untuk menjamin tiada penularan virus, DC tukar baju setiap kali buat rawatan dan menjauhkan diri dari kucing2 yg sihat kecuali ketika memberi mereka makan. Untuk lebih pasti, cuci sangkar dan peralatan yang digunakan kucing seperti sangkar, bekas makanan, kotak pasir dan mainan dgn campuran clorox dan kemudiannya jemur di tengah panas matahari apabila berpeluang berbuat demikian.  Mengikut pengalaman, DC lakukan 'cleaning' setiap 3 hari ketika itu.. skrg DC masih maintain tp buat dlm 1 minggu sekali atau paling lewat 1 bulan sekali. Cat tree/scratcher?.. Maaf DC buang terus dgn membakarnya.

11. Cecair pembasmi kuman Lysol


DC juga gunakan cecair pembasmi kuman Lysol dalam menangani wabak virus Parvo. Walaupun terdapat kenyataan dan pendapat yg berbelah bagi mengenai penggunaan Lysol dalam membunuh virus Parvo, DC tidak mahu mengambil risiko, dengan menggunakannya di kawasan2 yg dianggap tidak tercemar, berselang hari dengan penggunaan clorox. Tambahan baunya agak menarik - bau hospital. Tapi ada ahli keluarga DC yg tidak menyukai baunya, jadi DC meletak lebih banyak air untuk mencairkannya dan kurang bau.

Jangan gunakan bersama Clorox, kerana kandungan toxic menjadi sgt tinggi, merbahaya pada kucing2 yg sihat dan baunya seakan bau terbakar.

12. Penyembur Udara 


Virus parvo ini boleh merebak melalui udara. DC gunakan penyembur udara seperti gambar di atas jenama Glade dan memilih bauan 'clean and fresh'. Tertulis perkataan "Kills 99.9% of germs* and viruses**" di atas label penyembur ni. Selalunya kalau ada tanda asterick (*) di mana-mana label produk, bermakna ianya bukan lah memberi jaminan 100% berkesan melainkan yg berkenaan atau berkaitan.

Tapi ia dah cukup menyenangkan hati DC membelinya, yg penting ada lah usaha. Tambahan, DC belum pernah jumpa penyembur udara/air sanitizer yg quote pd label berkaitan dgn virus.

13. Sumber Air

Selepas segala usaha dah dilakukan, dan memandangkn DC berurusan dgn virus jahat, berdoa dan berzikir, bacaan Quran dan Yasin dapat menenangkan hati. Berserah pd Allah dan tidak berprasangka pdNya kerana setiap yg berlaku pasti ada hikmahNya selain dgn izinNya dpt menyuci dosa2 ringan kita di dunia ini. DC guna air yasin dalam setiap bancuhan dan untuk minuman kucing2 yg dijangkiti.  

Kita boleh juga guna sumber air yg baik seperti air mineral, air RO, malah juga air zam-zam.

PENGHASILAN

Dari 9 ekor yg dijangkiti, DC berupaya menyelamatkan 2 ekor. Syukur alhamdulillah. Percayalah ianya satu pengalaman yg sgt mahal bukan saja dr segi wang ringgit malahan emosi dan fizikal.  Gambar kucing2 yg telah pergi tidak dapat DC rakam sebab terlalu pedih untuk dikenang, terlalu mengusik jiwa, malah mampu menangis berkali2... iskk iskk dah start nangis ni..:(

Snow dan Bubu ada lah kucing yg berjaya setakat ini melepasi pengalaman ngeri tu. Berikut ialah gambar Snow sebelum dan selepas..

Keadaan Snow selepas 9 hari dijangkiti. - 10 Jun 2013.
Gusi dan mulut masih berdarah.
Badan bengkak2 akibat IV Drip
Pada hari ke 13 (14 Jun) - Snow dah mula menunjuk tanda2 untuk makan sendiri.
Tak perlu force feed. Allah je yg tau  hati dan perasaan DC masa ni.
Dia juga dah boleh poo mcm dulu dan tekstur agak solid :)
Snow pada 25 Ogos 2013. Dah vaksin penuh. Alhamdulillah.

Rujukan:

http://www.dr-addie.com/
http://curezone.com/forums/am.asp?i=75786

DIY Cat Litter Box

Begitu banyak design litter box di pet shop tapi yg mana satu sesuai dengan si Comel kita? Kadang2 kita membeli lebih dari yg sepatutnya semata2 kerana cantik atau setiap kali beli, kotak tidak menepati citarasa kita, terutama pada mereka yg mementingkan kebersihan.   Apa tah lagi kalau kucing kita bersaiz besar, tak banyak pilihan litter box yg ada.  Jika ada tentu memakan belanja hingga ratusan ringgit..  

Apa kata kita cuba buat sendiri litter box mereka?  Mana tau, cara ini mungkin berkesan sama ada dari segi kos mahupun kebersihan. Terpulang kepada keperluan dan kreativiti anda.



Bahan-bahan:

1. Bekas plastik terpakai yang tinggi  (beli pun boleh juga, kos tidak melebihi RM30)
2. Gergaji tangan
3. Kertas Pasir
4. Karpet Kereta (kos lebih kurang RM18 sekeping, jika beli yg besar RM59.90 boleh potong 4)





Lukis atas bekas plastik garisan untuk memudahkan kita memotong pintu masuk kucing.




Acuan pintu masuk yang telah DC potong menggunakan gergaji tangan.  Agak bengkang bengkok tu hehe..


Gunakan kertas pasir untuk meratakan bekas potongan tadi.


Letak alas karpet kereta untuk memerangkap pasir yang dibawa keluar oleh si Comel selepas mereka selesai poo..


Siap!  Mudah bukan? ketinggian bekas plastik mampu menghalang pasir yang dikais si Comel dari keluar kotak.






DIY Cat Scratcher

Pelbagai jenis dan bentuk cat scratcher yang dijual di petshop. Pilihan membeli di tangan kita, tengok pada bajet dan poket. Kadang2 terasa kecewa tempat mencakar yang baru dibeli habis dicakar oleh kucing kita yang aktif hanya dalam tempoh sehari.  Apa kata kita cuba buat DIY Cat Scratcher sendiri dari kotak? Anda cuma perlukan masa dan tenaga untuk membuatnya :)


Bergantung pada kreativiti dan imaginasi, anda boleh membuatnya pelbagai bentuk.  DC hanya buat bentuk bulat dengan saiz anggaran 4 inci seperti di dalam gambar di atas.

Bahan2 membuatnya:

  1. Kotak
  2. Pita Pelekat (Cellophane Tape)
  3. Gunting
  4. Pisau atau Cutter
  5. Catnip



Cara membuatnya :

Kalau mengikut contoh yang DC buat ni, potong kotak terpakai secara memanjang selebar 4 inci. Kalau nak buat tinggi scratcher 2-3 inci, kena la potong selebar 2-3 inci. Buat seberapa banyak mengikut saiz yang anda mahu. DC gunakan kotak yang agak besar untuk dapatkan bentuk dan besar saiz cat scratcher seperti gambar di atas. 

Mulakan dengan menggulung potongan kotak tadi serapat yang boleh dan padat. Lepaskan gulungan dan letak tepi.  Tujuannya supaya kotak yang keras tu menjadi lembut dan mudah dilentur mengikut acuan bulat. 

Sediakan catnip pocket.  Boleh dimasukkan ke dalam sebarang kain atau guna jenis felt.  Kalau rajin anda boleh jelujur atau jahit tangan.  Kalau kurang rajin aka kemalasan, boleh la guna pita pelekat sahaja.  (Anda tidak digalak menggunakan plastik sebagai poket atau sarung catnip sebab bau catnip sukar keluar untuk menarik perhatian kucing.)

Letak poket catnip itu di awal2 gulungan seperti gambar di bawah.



Gulung dengan rapat sehingga habis dan kemaskan gulungan dengan pelekat seperti gambar di bawah.  DC menggunakan pelekat bersaiz lebar.



Sebenarnya DC cuba menggunakan double-sided tape tapi tidak dapat hasil yang memuaskan. Akan terdapat sedikit renggangan selepas digulung.

Merujuk pada gambar di bawah, anda dapat lihat kain biru di tengah2 gulungan, iaitu poket catnip yang DC letak pada awal gulungan.  Kain biru ni kemudiannya boleh disorokkan secara menyucuk ke dalam gulungan kotak menggunakan hujung gunting.



Anggaran separuh bulatan, anda boleh tambah catnip pocket (jika suka).  Tak letak pun boleh juga.


Anda boleh terus menyambung gulungan dan dapatkan saiz yang anda inginkan. Pastikan setiap gulungan dikemaskan dengan pita pelekat. Begitulah seterusnya hingga selesai.

Dah siap!.. mudahkan? Oh ya, kemasan terakhir, anda boleh gunakan sebarang kertas pembalut hadiah sama ada yang baru mahupun yang terpakai untuk mencantikkan cat scratcher anda.  Kali ini gunakan non- toxic glue iaitu gam yang tidak mendatangkan bahaya pada kucing anda untuk lekatkan kertas pembalut hadiah tersebut.  



DC menggunakan kertas jenis corrugated sebagai kemasan terakhir (yang memang ada dalam simpanan DC sejak bertahun2 lamanya).


Lepas tu anda boleh lihat si Comel kesayangan anda tu menguji kekukuhan DIY cat scratcher yang anda hasilkan. Selamat Mencuba!

Masa mula2 menyerahkan scratcher ni pada Jessie, agaknya Jessie kata " jangan usik! ni scratcher Jessie yg punya!"

.. dah start mencakar!

.. syoknya Mama...

Gambar dah tak berapa clear untuk snap gambar  Jessie yang  bergerak  terlalu pantas huhu



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...