Pokok Kucing = Cat Tree (Yeah! our cat tree is done!)

Photobucket

First Aid Kit Kucing

Tikus Mainan DIY untuk si Comel

Photobucket

Fish Ball Treat

Gaya Tidur Si Comel

Photobucket

6 ekor anak kucing yg terakhir..


Apa yg saya maksudkan buat kali terakhir ialah - saya sudah 'angkat tangan' untuk memelihara lebih dr kucing2 yg ada :).. So insyaAllah, one by one will be neutered soon!

Untuk makluman, Betty buat kali keduanya telah selamat melahirkan 3 ekor anak2nya pada 26 Jun 2009 (selepas Bobo, Omey, Oyen dan  Abu). Dan yg pasti anak2nya bukan la dr baka Musyang tetapi seteru Musyang yg berwarna tabby di luar rumah. Ini angkara Betty yg tidak pernah kami kurung (sbb jenis tidak buat perangai) begitu bersungguh2 mencari suami baru. Musyang kan dah dikembirikan..


Betty telahpun selamat dikembirikan pada bulan Ramadhan yg lalu setelah anaknya berusia hampir 2 bulan. Dan hasilnya.. Betty jadi tahap luarbiasa manjanya dgn saya.. tiap malam tidor di bilik saya, di atas katil saya bersama suami. Puas halau dia.. tgh malam dia naik balik ke katil uhukk... Bulu dia menjadi semakin bagus dan berkilat..

Anak2 Betty tiada lagi nama sbb semuanya hampir sama rupa - nama2 yg ada dlm fikiran ialah Aning (untuk yg berwarna tabby kuning) dan Chalit (untuk anak kucing yg bertanda di dahinya).. Seekor lg masih tidak bernama hehe..

Nak dijadikan cerita, Nyet, kucing siam jugak termengandung dgn suami yg sama. Anak2nya dilahirkan pada bulan Julai. Dan hasilnya seperti ini..


Yg ditengah tu jenis tortoiseshell saya namakan DEMOK sbb bulu fluffy dan lebih besar dr yg lain dan paling sukar dilahirkan oleh Nyet. Nyet menjerit dan melompat keluar dr tempat yg disediakan utk dia melahirkan anak2nya.. Mungkin dia kesakitan. Ketika Nyet melompat keluar, Demok tercampak ke dinding almari dan saya kira pd waktu tu Demok dah mati sbb tidak bergerak. Dengan tuala yg ada saya mengesat Demok yg penuh dgn lendir dan darah, dan syukurlah saya dpt merasa nadinya yg lemah. Saya cuba mendekatkan Demok dgn ibunya supaya ibunya dpt menyusukannya. Setelah setengah jam mencuba, akhirnya Nyet mengalah dan mulai menyusui Demok bersama 2 lagi anak2nya yg lain.




Yg di kiri gambar atas, saya namakan TABBY (sbb dah tak tau nak nama apa - FYI rupanya sama dgn anak Betty, takkan nak panggil dedua tabby kot?)

Gambar ni diambil sebegini rupa sbb susah Tabby nak bergambar.. pemalu sungguh!.. asyik memalingkan muka je kejanya hehe..






dan yg paling kanan sekali (gambar atas) dia dilahirkan agak lemah berwarna Tabby Putih Coklat saya namakan ATEH.


Ateh di saat selepas 4 jam dia dilahirkan..

Malangnya ketika umat islam menyambut Syawal, Ateh telahpun mati ketika di dalam jagaan orang yg kami upah menjaga kucing2 kami di sepanjang ketiadaan kami di rumah. Kematiannya tidak diketahui atas sebab apa tp yg pasti adalah kecuaian penjaganya. (Who else to be blamed? :(( ) Saya tidak dpt nak cerita lebih lanjut sbb berbagai perasaan campur baur bila menyebut kematiannya.. - marah, sedih namun masih waras sbb mungkin ini lebih baik buat Ateh yg mmg sejak dr awal agak kurang bertenaga..

Ragam siMusyang


Dah byk kali sebenarnya my virtual friend tegor kenapa tak update blog ni.. hehe.. TErlalu byk nak di cerita dan byk perkara juga berlaku dlm hidup saya, maka sbb itu la asyik tergendala je nak update..

Selepas membelek gambar2 kucing yg ada.. saya masukkan story Musyang dulu. Ramai yg bertanya kenapa saya mcm bagi 'priority' pd Musyang. Saya tak dpt nak jwp, tp 1 kemungkinan yg ketara ialah sbb dia kucing pertama saya pelihara sepenuhnya sehingga la kini dan jika dibanding dgn ahli keluarga yg ada, Musyanglah yg paling memahami arahan saya hehe.. Kalau lah dia 'merempit' atau hilang seketika, saya lah yg paling susah hati dan lazimnya dengan saya saja Musyang akan berlari mendapatkan saya.. Wpun ketika itu saya di dalam kereta, bila dengar suara saya, dia akan terus berlari masuk kereta tanpa prajudis hehehe..

Gambar2 yg ada dlm simpanan saya ni semuanya CANDID.. bukan dilakonkan atau sengaja diposingkan..


Tiga gambar ni -- ketika dia curi2 tidur di dlm bakul bayi dan playmate baby - Moralnya di mana ada baby di situ la Musyang menagih perhatian..


Hmmmm yg pasti dia jeles dgn kehadiran bayi di rumah saya!


















Ketiga-tiga gambar ni jelas membuktikan Musyang pengasih binatangnya.. Ada byk lgi insiden yg tak dpt dirakam.. Abu & tomot bukan lah anak2nya tp kucing2 yg datang ke rumah.. Mcm suami ckp, Musyang bagi his blessings atau green light mana2 kucing yg boleh kami jaga.... kalau kucing tu dia tak suka, tak dpt la kami nak bela..






errrr.... no komen!
(never ever was i realised Musyang slept besides her, i screamed and hubby quickly snapped this pix)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...