Pokok Kucing = Cat Tree (Yeah! our cat tree is done!)

Photobucket

First Aid Kit Kucing

Tikus Mainan DIY untuk si Comel

Photobucket

Fish Ball Treat

Gaya Tidur Si Comel

Photobucket

Ini lah kisah kucing-kucingku!

Share


MUSYANG, merupakan kucing tertua dalam penjagaanku. Dibeli pada akhir Jan 2004. Ketika itu umurnya berusia 4 bulan. Kami sekeluarga namakan kucing jantan ni "Musyang" kerana rupanya seakan seekor musang dengan muncung panjang, bulu lebat di pipi dan ekor yang lebat. (Ketika tu la, sekarang dah bulat muka dia hehe) Berhabisan jugak lah kami nak membesarkan dia ni. Tak sangka musyang boleh mencapai berat sehingga 7 kg! Bukan kerana dia gemuk tapi dia besar dan tinggi. (sekarang dah turun berat jadi 5.5kg sbb asyik merempit!) Oleh kerana musyang ni agak berlainan dari kucing biasa ramai lah yang bertanyakan spesisnya. Kami sendiri tak tahu sebab dia dibeli di pet shop biasa yang tidak menyertakan sijil. Pada awalnya saya dan suami tidak terniat langsung untuk membeli musyang tapi tertarik melihatnya bila dia bangun dari dalam sangkar dan melambai ke arah kami. Bertambah2 dengan sinar mata warna tanahnya tu, terbang jugak la duit kami sebanyak RM400 ketika tu uhukkk! Akhirnya sorang peminat kucing dari pejabat ku memberitahu Musyang merupakan spesis campuran Turkish Angora.
DSC01460.jpg picture by rozzy_gee_photos IMG_3526.jpg picture by rozzy_gee_photos CaratidoMusyang.jpg picture by rozzy_gee_photos
Gaya tidur Musyang? err mengiring mengerekot hehe.. Tengok la sendiri ni
Ok kita stop cerita bab Musyang. Sekarang kita cerita bab kucing saya yg kedua hehe..


ABU - sebenarnya arwah Abu. Kucing jantan saya yang paling mengikut kata dalam keluarga kami! Abu diambil oleh anak saya ketika berusia lebih kurang 2 bulan, ketika dia kehilangan ibu. (ketika itu Musyang berusia 5 bulan) Memang pada awalnya saya tidak mahu memeliharanya tetapi anak saya beritahu, adik beradik Abu yang lain telah di makan anjing. Pada masa tu jugak la suara laungan anjing bertalu-talu. Dah sifat saya yang memang sukakan kucing, saya akur membela Abu. Peristiwa yang paling tidak dapat saya lupakan, Abu hilang semasa pulang ke kampung di Kedah. Entah waktu bila dia melompat keluar dari kereta tidak saya ketahui. Mungkin ketika suami singgah sekejap ke tandas. Saya menangis mengenangkan nasib Abu di waktu itu. Keesokkan harinya sesudah subuh, saya dan suami (Musyang pun ikut sama) bergegas mencarinya di stesen R & R Sg Perak. Beberapa jam di situ, semua kedai, surau dan tandas kami cari. Akhirnya setelah hampir putus asa, saya menangis di balik kereta di tempat buang sampah di situ. Dengan izin Allah, Abu tiba2 mengeselkan badannya ke kaki saya. Rupa2nya dia di bawah kereta tu!. Apa lagi saya pun menjerit memanggil suami, dan kami berpelukan gembira sambil menangis di situ. (ala-ala jejak kasih pulak bunyiknya haha!) Tengokla apa yang Musyang lakukan bila Abu kami temui.

Gaya tidur Abu? emmmm kuak lentang hehe.. tengok la sendiri. Abu pegi meninggalkan kami semasa dia masih segar dan gemuk. Seingat saya belum setahun saya memeliharanya. Memang saya tak jangka sama sekali dia pergi mcm tu je. Mungkin dia dipatuk ular atau termakan racun. Walaupun saya telah pergi ke klinik haiwan, namun dia tak dapat diselamatkan. Hmm sedih.. ketika menulis di waktu ini pun, saya menitiskan air mata. Dia menghembuskan nafas terakhir di pangkuan saya... Takkan sekalipun saya lupa kenangan bersama Abu!




NYET
- kucing ketiga. Sejenis kucing siam. Diambil dari kampung saya di Johor kerana kecomelannya. Namun sempat dipelihara hanya dalam masa sebulan. Dia hilang dalam peliharaan saya. Dalam hati saya kuat mengatakan dia telah dicuri orang. Suami namakan dia Nyet sebab dia tak berhenti memanjat, dan sentiasa suka duduk di tempat tinggi macam monyet hehe. So kami namakan dia Nyet


Dalam seminggu ketika saya masih tercari-cari Nyet, anak saudara saya Sani, membawa pulang seekor kucing siam yg seakan Nyet. "Nah makcik! jangan sedih2. Ni Sani cari pengganti Nyet" Hmmm.. prihatin gak anak sedara saya ni. Ingatkan dia tak perasan makcik dia ni tgh sedih hehe. Saya namakan pengganti Nyet dengan nama Nyet jugak! Agaknya kucing siam ni memang suka memanjat macam monyet. Saya agak2 usia dia dalam 4 bulan ketika tu. Sayang, saya tak sempat ambil gambar dia sewaktu kecil. Gambar yang ada ni Nyet dah pun berusia setahun. Masih dara sebab masih tak mengandung lagi sampai sekarang hehe.

Nyet3.jpg picture by rozzy_gee_photos lickingpaw.jpg picture by rozzy_gee_photos
Gaya tidur Nyet?
Kalau Abu telentang Nyet telungkup hihihi.

Musyang kemudiannya dikahwinkan dengan seekor kucing betina bernama GEGIRL (kepunyaan adik lelaki saya tapi kini dibela oleh ibu di kampung) Gegirl melahirkan 5 ekor anak pada bulan Jun 2008 bernama BABY, BETTY, CASPER, ANING dan 1 lagi saya tidak sempat bertanyakan namanya pada pak sedara saya yang menjaganya. Casper dan Aning kini diambil oleh adik saya, Oja dan dipelihara di Seremban. Manakala Baby (jantan) dan Betty (betina) saya pelihara.


BabyandBetty.jpg picture by rozzy_gee_photos

BABY - kucing yg keempat! Oleh kerana kecomelannya anak Musyang ni saya namakan Baby (kini nama bertukar ke Abby) hehe.. Baby merupakan kucing yang suami saya paling sayangi kerana teramat2 lah manja dan suka menyondol. Loket tu di beli dari london. (Atas sebab2 keselamatan no telefon di loket di kaburkan hua hua hua *perasan*)

aBBY2.jpg picture by rozzy_gee_photos
aBBY.jpg picture by rozzy_gee_photos

Saya sempat snap gambar Musyang dan Baby ketika mereka berdua duduk bersama!
(Musyang baru lepas mandi hehe)

DaddyandSon.jpg picture by rozzy_gee_photos


cuddle.jpg picture by rozzy_gee_photos IMG_4145copy.jpg picture by rozzy_gee_photos


Tengok la Musyang tu. Dari kecik sampai besar gaya tidur dia tetap sama - mengiring merekot hehe.. Ok! Next! Kucing yang kelima! - Betty (aduh bila la nak abis ye psl story kucing ni eh? lenguh dah ni)

BETTY - kucing yang kelima. Saya tidak berapa menumpukan perhatian kepada Betty sehingga la dia melahirkan anak2nya seramai 4 ekor (ada lagi??) pada jam 11.30 pagi tanggal 16 Disember 2008.

"Mama! Mama! mintak tolong, Betty dah beranak ni. Nak buat mcm mana?" Anak saya menelefon saya di pejabat. Aduhhh.. memang cemas jugak pada waktu tu. Saya hubungi suami supaya dia boleh balik awal untuk tengok2kan proses kelahiran tu. Buat kerja serba tak kena, akhirnya saya memohon pada bos untuk balik rumah sekejap dengan alasan kucing beranakkkk?? Boleh? Kawan-kawan yang lain apa lagi gelak sakan hehe..

Saya tiba di rumah di Selayang hampir pukul 1.30 tengah hari. Saya happy tengok Betty selamat melahirkan anak2nya. Hmmm tapi hati rasa lain macam bila tengok anak2nya sejuk kaki dan tangan. Rupa2nya tali pusat tak dipotong lagi! Apa lagi saya pun menjerit2 cemas panggil suami bantu selamatkan anak2 kucing tu. Anak saya ambil air panas dan benang sementara saya ambil gunting baru di stor. Memang ngeri, saya asyik menekan perut bila suami memotong tali pusat mereka. Saya gagahkan jugak mengikat hujung tali pusat dengan benang sebaik-baiknya. Kalau kuat takut terputus lak. Setelah selesai semua, timbul masalah Betty tak mau mendekati anaknya apatah lagi menyusukan. Saya cuba cari mentol untuk memanaskan anak2 kucing tu tapi tak jumpa. Dalam keadaan terdesak saya guna lampu garam gunung hehe. Selepas tu saya mintak suami baringkan Betty sambil memegang kaki dan tangannya. Saya pun letak anak2 kucing tu ke puting susu Betty. Pada awalnya Betty quite reluctant untuk menyusukan anaknya. Alhamdulillah, selepas 10 minit, apabila anak2 kucing tu mula dapat menyusu, baru lah Betty menjilat seolah2 baru sedar dia mempunyai anak. Naluri keibuan dia baru datang agaknya.. Percaya tak malam tu saya dan suami bergilir-gilir menjaga Betty dan anak2nya? hehe..


Cuba u all tengok kittens ni, agak2 sapa eh bapaknya?

AnakBettymenyusu.jpg picture by rozzy_gee_photos


CIK TOM (ada lagii??) - kucing yang keenam! (Cik Tom datang sebelum Betty melahirkan anaknya). Saya namakan dia Tom singkatan dari perkataan Tompok. Oleh kerana Tom macam nama kucing jantan, suami saya tambah nama Cik di depan. Jadik la nama Cik Tom hehe.. Haaa Cik Tom ni datang ke rumah kami dengan cara mengikut Musyang. Oleh kerana Musyang kadang kala terlepas dari jagaan kami, dia merempit ke sana kemari. Jiran2 semua dah tau, termasuk la mat-mat bangla di keliling, bahawasanya Musyang itu kucing kami. Kalau mereka nampak kami dok merayau memanggil musyang (setiap kali dia terlepas lah) tak payah la kami bertanya, mereka dah sedia memberi jawapan. "Ooo cari Musyang yer? dia ada dekat taman!" atau pak guard akan ckp "Simalam pitang ada jugak cikk duduk sini kalu.. nanti saya nampak cikk, saya talipon anak cik jugakk, jangan bimbang cik" atau "ooo lu punya musyang tadi sini ala lalu, nanti uncle bg tau kalau lia ala latang sini"

Agaknya bila Cik Tom hilang ibu, maka dia pun ikuttttt je la si Musyang sampai ke rumah. Saya menjerit2 tak mau jaga sbb dah byk sgt kucing di rumah (tambah2 kucing betina). Saya mintak anak saya letak dia di club house. (Ketika itu saya di pejabat). Bila balik di rumah rupanya Cik Tom masih berkeliaran di dalam rumah mengiau tak berhenti. Suami dah puas bagi minum atau cuba diamkan Cik Tom tapi tak berjaya.

Saya cuba menyedapkan hati sendiri dgn berkata, biarlah kami jaga kucing ini buat sementara sehingga ada yang mahukannya. Saya dan suami mandikan Cik Tom dengan air suam, dan saya susukan dia menggunakan botol susu kucing yg memang sedia ada di rumah. Tapi Cik Tom masih bising. Saya dah tak tau apa nak buat ketika tu. Saya terus browse di internet mengenai apa yang harus saya lakukan. Saya berpendapat Cik Tom telah berusia 3 minggu dan ini bermakna dia kelaparan. Saya pun terus merendam kitten food dengan susu. Setelah kembang, anak kucing tu makan dengan lahapnya! Baru lah kami dapat tidur dengan lena malam tu..

Pada 6.12.08 saya pulang ke kampung dengan membawa ke semua kucing dalam kereta. (Aduhh beratnyaaa!) Bila adik-beradik saya terlihat Cik Tom yang ala-ala Dalmations, mereka segera berebut bermain dengannya dan masing2 mahu membela Cik Tom! Hmmm muka suami dah berkerut, nampak gaya dia tidak membenarkan sesiapa mengambil Cik Tom! Laaaa kalau begitu semakin bertambahlah warga kucing kami.. Awwooouuuuuu!!


CikTom.jpg picture by rozzy_gee_photos CikTom2.jpg picture by rozzy_gee_photos

Begitulah setakat ni kisah kucing2 saya. Nampak gaya anak2 Betty dah ada orang booking tapi suami pulak kata kita tengok dulu. Kami plan nak anjakkan pagar pintu agar cukup ruang kucing2 kami menyelesakan diri mereka... Komen2 anda dialu-alukan agar boleh lah sharing news atau knowledge dalam memelihara kucing ni.

3 comments:

Namie Amir said...

i luv ur writing.macam baca novel.:-)rasa diri sniri berada dalam situasi yg diceritakan

liyana said...

suke sangat kucing ni..dorang memang teramat comel dan mampu buat kita sedih and menangis tak henti2 kalau hilang or mati..hehehe...

BangDon - Servis Buat Blog Ala Website said...

bykny meow2 dia... hehe...

Jom kongsi kisah kucing pertama anda di sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...