Pengalaman Membidan Kucing
ShareEkceli nak update gambar anak-anak Betty sekali. Upon request ni hehe.. Tak sangka ada loyal follower. Ini gambar mereka semasa berusia 7 minggu - Bobo and Omey bergayut pada tempat cakar kucing - mouse scratch post. Skrg mrk dah berusia hampir sebulan.
Ini gambar Oyen
Ni gambar Abu (Oyen membelakangkan kamera)
Ok, sekarang saya nak cerita mengenai Nyet, kucing siam saya tu di saat2 dia melahirkan :). Pada Hari Wilayah, 1 Feb 2009, ketika saya dan suami sampai ke rumah (selepas bershopping) anak saya, Iwan beritahu yang Nyet kelihatan resah ke sana ke mari mengejarnya. Saya dah agak tentu ini saatnya. Saya pun terus mencapai 4 helai tuala bersih (memang saya khaskan untuk kucing), dan mencari tempat yang Nyet telah jumpa untuk melahirkan anaknya. Kucing selalunya menyediakan tempatnya sendiri yang dirasakan selesa apabila sampai waktu dia melahirkan. Rupa2nya Nyet memilih tempat di bawah rak tv dalam bilik komputer rumah saya. Saya terus membentangkan tuala bersih di situ dan meminta Iwan menunggunya. Ini kerana dia tidak berhenti mengekori sesiapa sahaja seolah2 meminta pertolongan walaupun pendarahan telah berlaku. Sementara tu saya menyediakan gunting, kapas dan air panas, mana tau jika ada apa2 perkara yang tidak diingini berlaku lagi seperti apa yang berlaku pada Betty bulan Disember yang lalu.
Nyet selamat melahirkan anak pertamanya pada jam 2.57 petang berwarna tortie atau tortoisehell. Pada mereka yang tak tau, tortie itu ialah campuran 3 jenis warna yang bercapuk atau mixed - putih, hitam dan oren/kuning. Jika 3 warna tersebut amat jelas dan lebar, lebih banyak putih di gelar jenis Calico. 98% kucing jenis Tortishell atau Calico ni adalah kucing betina. Kalau saya ada gambar contoh di masa2 akan datang saya tunjukkan perbezaan antara Tortishell dan Calico ni. Memang banyak contoh kita boleh dapati dari internet tapi saya tak dapat tunjukkan sebab kebanyakkan gambar2 tersebut mempunyai hak cipta (copyright).

********************************************
Update on Tortoiseshell and Calico - 6.41pm@8 Feb 2009
Seronok betol dan rasa bertuah saya dapat kawan2 yang sama2 minat pada kucing. Saya dah dapat gambar kucing kaler tortie dan Calico! Terima ka
sih tak terhingga pada Zai (adamyala) dan padipaddy kerana membenarkan saya menggunakan gambar2 berikut!
Ini pula gambar kucing calico bernama Gisele, ikhsan dari padipaddy.
Kepada peminat2 kucing tentu anda sekarang dah tau perbezaan tortie dan calico bukan? :)
Kepada peminat2 kucing tentu anda sekarang dah tau perbezaan tortie dan calico bukan? :)
**************************************************************************
Saya menunggu sehingga jam 6 petang tapi Nyet masih tidak menunjukkan tanda2 melahirkan lagi namun perutnya seperti ada pergerakan. Saya cuba mendapatkan nasihat dari vet tapi kebanyakan klinik tutup kerana cuti umum. Akhirnya saya dapat hubungi on-call vet dan mintak pandangannya. Vet berpendapat Nyet harus di induce untuk memudahkannya bersalin. Tapi atas nasihat kawan2 saya perlu menunggu sehingga 24 jam kerana ada kucing yang memang lambat melahirkan. Saya mencari maklumat di internet mengenai masalah kucing yang mengalami kesukaran melahirkan. Memang ada anak kucing yang mati di dalam perut kelemasan kerana si ibu tidak mahu melahirkan akibat sakit.
Terima kasih tidak terhingga pada June dan Zai kerana memberi sokongan moral dan nasihat yang panjang lebar hehe. Saya berdoa agar segalanya dipermudahkan. Inilah gambar Nyet menyusukan anaknya selepas melahirkan anak pertama.
Akhirnya selepas lebih 10 jam, anak kedua Nyet berwarna kelabu selamat dilahirkan pada jam 1.17 pagi, 2 Feb 2009. Nyet hanya mempunyai 2 ekor anak walaupun perutnya besar. Hmmm nampaknya tidak ada satu pun anak2nya mempunyai warna seperti ibunya - kucing siam. Dan segala urusan memotong pusat dan membersihkan anak2 kucing dilakukan sendiri oleh Nyet. Saya tersenyum puas melihat mereka. Tak sangka dengan Nyet yang sebelum ini berlagak tomboi, kasar, tidak banyak bercakap dan tidak mesra kini begitu sayang pada anak2nya serta manja pulak dengan kami. So motherly!
Kini, apabila saya melihat tuala-tuala yang digunakan (dah dicuci bersih) untuk urusan Nyet melahirkan anak2nya saya pasti terkenang saat itu. Saya akan pamerkan nanti gambar kedua-dua anak Nyet selepas mereka membuka mata. Saya bercadang untuk namakan kaler tortie tu dengan nama Black dan kelabu tu dengan nama Jerry. Sebab nama Tom dah ada hehe. Terima kasih pada Doktor Akmar kerana mencadangkan nama tu. I will consider and decide it later :)

0 comments:
Post a Comment