Pokok Kucing = Cat Tree (Yeah! our cat tree is done!)

Photobucket

First Aid Kit Kucing

Tikus Mainan DIY untuk si Comel

Photobucket

Fish Ball Treat

Gaya Tidur Si Comel

Photobucket

Bagaimana mengira usia kucing?

Share



Bukan dari saat sicomel dilahirkan, maksud saya pengiraan usia pada jangkahayat manusia.



Ada diantara kita yang menambah 7 tahun bagi setiap usia setahun usia kucing. Sebenarnya usia kucing menjadi pantas disepanjang usia 2 tahun kehidupannya.

Seekor kucing mencapai usia lebih kurang 15 tahun (usia manusia) ketika umurnya setahun, kemudian 24 tahun (usia manusia) bila kucing mencapai usia 2 tahun. Setiap tahun usia kucing kemudiannya, ditambah 4 tahun usia manusia. Seekor kucing yang berusia 5 tahun sebenarnya mencapai usia 36 tahun usia manusia!

Walau bagaimanapun, pengiraan usia kucing ini bergantung pada jenis kucing anda sama ada mereka itu dikategori sebagai kucing yang tinggal dirumah (indoor cats) atau kucing yang banyak menghabiskan kehidupannya di luar rumah (outdoor cats).

Outdoor cats bertambah cepat usia sehingga 2 kali ganda berbanding indoor cats. Indoor cats boleh hidup sehingga 12 -18 tahun manakala outdoor cats yang lebih terdedah pada penyakit, kemalangan dan pergaduhan boleh mencapai sekitar usia 8-10 tahun sahaja.

Faktor lain yang mempengaruhi usia kucing ialah cara kita menjaga kucing, pemakanan dan juga genetik kucing tersebut. Terdapat kes-kes yang difailkan, kucing boleh mencapai usia lebih dari 30 tahun.

Gunakan jadual di atas sebagai panduan pengiraan usia kucing anda.


Cara fizikal mengesan usia kucing

Sekiranya anda mengambil kucing liar atau adopt kucing itu, berikut ialah beberapa perkara yang biasanya vet akan buat bagi menentukan usia kucing.


Gigi – Kucing tua memiliki lebih ‘karat’/kuning atau stain daripada kucing muda – dengan andaian tuan punya kucing sebelum itu tidak mengambil berat kesihatan giginya. Jika anak kucing, gigi tumbuh di antara usianya 2 – 4 minggu. Jika gigi nampak agak kukuh, kucing itu berusia dalam lingkungan 4 bulan. Jika gigi nya nampak solid kukuh dan putih, kucing berusia dalam setahun. Sedikit kekuningan gigi mungkin ada pada kucing yang berusia 1 dan 2 tahun. Jika terdapat ‘tartar’ pada gigi, kucing tersebut berusia 3 – 5 tahun. Gigi yang hilang brmaksud kucing tersebut telah berusia (senior cat).

Boney
Kucing tua

Otot Badan – Kucing muda akan nampak lebih berotot kerana aktivitinya yang tinggi. manakala kucing yang nampak tinggi tulangnya serta terdapat kulit lebih diandaikan sebagai kucing tua

Photobucket
Perbezaan usia melalui bulu kucing (Abby & Cik Tom)

 Bulu – Kucing muda selalunya memiliki kulit yang halus, lembut dan cantik. Kucing tua akan kelihatan seperti memiliki bulu tebal dan kasar dan adakala menunjukkan lebih warna kelabu atau tompok-tompok putik.

Mata Kucing (Manggish - 7 bulan)

Mata – Terang, jernih tanpa mempunyai cairan mata biasanya terdapat pada kucing muda. Mata kucing yang suram, agak mendung dimilikki oleh kucing yang berusia lebih dari 10 tahun atau lebih.

Widget Kalkulator Mengira Usia Kucing

Terdapat beberapa laman web yang membolehkan kita mengira usia kucing secara auto. Setelah saya amati kalkulator tersebut agak sedikit berbeza dengan entry saya ini. Pada pendapat saya pencipta kalkulator ini mengambil pengiraan usia sicomel secara average.  Contohnya, jika kita letak usia kucing di tahap 3 tahun, maka angka 29 tahun akan tertera secara auto. Manakala entry saya memberitahu kucing tersebut akan berusia 28 tahun jika ia merupakan indoor cat.

Berikut ialah dua link popular yang boleh kita dapatkan widget kalkulator secara percuma :
Dapatkan kalkulator ini di sini -> http://www.cat-world.com.au/cat-age-calculator
Dapatkannya di sini -> http://www.calculatorcat.com/cats/cat-years.phtml
 Fakta :

  • Kucing selalunya hidup lebih lama dari anjing
  • Baka kucing yang hidup lama ialah kucing Siam dan baka Manx

11 comments:

bunny ;) said...

Haa ni memang info best sis! tq tq :D :D Learned new things lagi. Slalu terfikir camne vet boleh agak umur kucing. Kyon dah nak masuk 9 tahun wooaa~ :D

Heehee, mate manggish *cair jadi jelly* ♥

dearcats said...

tq Sha.. psl Manggish tu confirm la sis pilih Sha.. nanti sis buat appointment dgn vet sbb Manish pun dah ada org berkenan.. Boleh neuter sekali.. Syukur la..

princessayang said...

Jom Kak Gee..
insyallah next week yana nk antar Aden n Dylan g neuter kt Klinik DBKL..

bunny ;) said...

ehhhh? serius sis? nasib baik sha dalam office, kalau tak rase nk jerit lompat2 kat sini. happy sampai rase nak nangis isk isk XD *wipes tears* THANK YOUUU SISSS *hugs* Alhamdulillah :D

bace 2 kali nak paham betul2 ape sis tulis. pening terus sha excited sgt :))

nnt dah ade update sis inform dekat sha ye then can discuss the details ke ape ke? thank you lagi skali heehee :D

dearcats said...

Yana a.k.a princessayang dah buat appointment ke?.. sis belom lagi ni.. kita pilih sabtu nak?

Sha a.k.a. bunny, ye dik.. how can i decline such a lovely cat lover like u to rehome my Manggish.. :)

meowwmania said...

wahh rumitnya nak kira usia kucin ni kan...neway tengs for the info

psstttt....baru boleh tinggalkan komen kat sini huhuu

dearcats said...

tq MW. Baru perasan ada silap setting hehe..

Misz Pinkie Winkie said...

thanks info akak.
nantie nak try kira.
slalu lin kira macam umo manusia jerk

ai N 홍기 said...

hi ^^ im new here
saya x brape paham mcm ne nak kira umur kucing ni~
harapboleh tolong saya ^^

annieloh said...

Sayang terlalu sayang kucing i.....harap dia akan teman i lebih lama.....

norhasniza niza said...

Thanks info.. sbelum nI niza xpernah thu pun how to calculate cat's old. ...tq so much!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...