Tag
ShareNamiee ooo Namie!.. Awat main tag2 ni?.. Saya tag Namie balik boleh? hua! hua! hua!.. Lama gak nak fikir apa nak tulis tentang diri sendiri. Terpaksakah aku? Mengambil hati dan berpura-pura suka? Tak baikkan? Kena ikhlas sbb Allah tahu siapa kita dan niat kita.. Ada ke blogger atau readers yang sudi baca? *gelak sendiri* Apa2 pun saya cuba menjawap soalan (seringkas yang boleh.. sebab kalau merapu kang orang baca sekerat je) tentang diri sendiri dan selagi boleh tidak lari dari konsep blog saya iaitu pasal kucing, kucing dan kucing. :)
1. Saya suka kucing.
2. Kucing pun suka saya. (Kalau tak suka pun kena cari jalan supaya dia suka, sbb dah suka kan?)
3. Saya ada t-shirt itam gambar kucing kaler pink seperti gambar di bawah
4. Saya ada baju tidur (sleepwear) gambar kucing jugak seperti gambar di bawah.
5. Satu je kucing yang saya tak dpt dia suka dgn saya iaitu kucing hutan@ocelot yang dipelihara oleh mak saya bernama Gapil (Garfield). Garang yarabbi!.. Dia tak mengiau, tapi lebih kepada err mengaum? tak jugak.. dia menderam.. Di ambil ketika dia masih kecil, menangis dan merayau2 di kebun rambutan ibu.
Dah tiada lagi di dunia ini.. :( |
6. Mula bela kucing sendiri (bukan kucing family) pada April 2007 selepas dpt hadiah Musyang dari hubby.
Gambar pertama Musyang selepas dibeli - masa tu tak tau hukum jual beli ni uhuk! |
7. Antara kucing yang takkan saya lupa ialah Baby@Abby yang mencederakan saya sehingga dapat suntikan 2 kali di klinik dan cuti percuma 2 minggu huhu!
8. Saya rasa bertuah sebab kami keluarga kucing. Ibu bela 6 ekor, family adik perempuan nama Ana bela lebih kurang 16 ekor, adik perempuan bongsu bela 12 ekor dan saya setakat ni 23 ekor (bakal tambah sbb ada 2 ekor bunting)
Antara kucing yang dipelihara mak - Cenow atau Snow |
9. Hajat di hati nak buka petshop tapi yang tidak menjalankan urusniaga jual beli kucing.
10. Saya nak ubah posisi kedudukan rumah kucing (cat house) saya (yang menelan belanja 3 ribu itu) dengan sistem pembentungan yang lebih baik.
11. Saya kini tengah perah otak nak bina pokok kucing (cat tree)
Bukan Cat Tree ni tau.. |
12. Saya happy sebab usaha jaga kucing di rumah dapat perhatian dari Majlis Perbandaran Selayang. (saya fikir positif sbb tanpa pemantauan dan pemerhatian MPS, saya takkan jadi terbaik dan jiran2 pun tak bising hehe)
13. Dalam sebulan gaji saya habis secara purata dalam RM600 kerana kucing.
14. Saya baru tau nama kucing Rasulullah ialah Muezza – kisah Rasulullah potong lengan jubahnya sbb tak mau kacau Muezza yg tgh tidur atas jubahnya. Kita? Kucing tgh tidur kita cepuk kan?
15. Saya suka baca kisah2 kucing di seluruh dunia dan juga dalam filem. (sejak akhir2 ni perasan byk kucing diselitkan dalam filem wpun lakonan dalam sesaat.. atau saya je yang terperasan?)
16. Saya suka kucing adik ipar saya yang bernama Aboo. Kalau singgah ke rumahnya di Seremban, Aboo saja yang saya cari walaupun dia tak suka pada strangers.
Amacam gambo Aboo ni? ada iras Musyang kan? mestilaaaaa cucu dia! |
17. Pernah donate USD1 kat Animal Shelter di US haha! Riak? (USD1 pun nak rasa riak ke?) Ofkos not, tp mungkin jd pemangkin supaya u all pun boleh ikut sama menderma wpun RM1 kan?
18. Pernah bantu proses menyelamatkan anjing liar (dari sebuah pulau terpencil) dari segi kewangan. Menangis gila masa tu.
19. Mula blog pada 3/12/2008 tapi mula blog psl kucing pada 1/2/2009
20. Jadi ahli petfinder pada 25/12/2008
21. Antara kejadian tak boleh lupa, abah langgar kucing kesayangan sendiri ketika nak reverse van. Mak terperanjat sampai masuk hospital.
Kucing kesayangan mak dan abah masa tu.. |
22. Sebenarnya saya lebih berperanan sebagai fosterer dari rescuer sebab saya tak pernah menyelamatkan kucing di luar rumah. Sebab semua stray cats yang ada, mereka datang ke rumah. Yela mrk ingat rumah ni rumah kebajikan kot..
23. Rekod paling banyak saya jaga kucing - 33 ekor
24. Apa aksesori yang paling banyak saya belanja pada kucing ialah collar tag - manjang rosak, fading. Beli yg murah je..
25. Psst! Saya kini dalam proses menjual secara online barang2 atau imej bentuk kucing. Tungguuu!
Yeayyy!! dah cokop 25 dah!.. skrg nak tag org eh?.. jgn tag saya balik udah la.. 2 hari nak mikir apa nak ckp tau.. isk iskk..
Ha skrg saya kena tag 10 kengkawan yg lain yer..Harap diperpanjangkan jika tak menyusahkan.. :)
6 comments:
wah...sume sal kucing..i like...hehe.tengs la tag saya ye...dah bt dah..jenuh gak nk pikir bt bnda ni.hehe..
haha! janji jgn maree!.. hehe
hoho, dah buat dah :P sha pun buat bertema kucing jgk sbb sebelum ni penah buat tag 25 facts about myself dah.
sha la makhluk paling malas nk buat tag2 tapi kali ni terselamat sbb tag, punyala bosan cuti tanpa penghujung ni T_T cuti salah, tak cuti salah ekeke.
aduhh kena tag lg...dah byk hutang tag nih huhuu...
sy akan cuba sedaya upaya utk menjawabnya yerk *peace!
hahaha~berjaya juga jawab 25 soalan..tshirtkucing tu beli kt Kuching eh..macam sama je :-p
p/s : comel la cat tree tu..geram nengok
huhuh.
kena tag..samala cam meowmania.
dah banyak utang tag nie.
tapie takpe..try cuba usaha untuk lengkapkan.
akak..best sangat cerita akak.
kagumm lin baca.
tabik spring kat akak..toing..toing..toing.
Post a Comment