Pokok Kucing = Cat Tree (Yeah! our cat tree is done!)

Photobucket

First Aid Kit Kucing

Tikus Mainan DIY untuk si Comel

Photobucket

Fish Ball Treat

Gaya Tidur Si Comel

Photobucket

Kutu Telinga Kucing (ear mites)


Walaupun kucing sentiasa menjilat dan membersihkan diri, adalah penting untuk kita sentiasa memeriksa telinga mereka dan membersihkannya. Jagaan telinga sicomel yang kerap membantu mengurangkan jangkitan telinga dan lilin telinga - ear wax (bahasa pasarnya tahi telinga). Kehadiran kutu telinga pasti menimbulkan ketidakselesaan dan stress pada si comel kan?

Jenis-jenis Sikat dan Berus Kucing

(Daisy berdiam diri ketika disikat di kepalanya)


Lazimnya kucing suka disikat. Tak kurang juga yang bertukar seperti singa bila kita cuba menyikat mereka. Untuk menyikat dan memberus sicomel, jenis sikat yang hendak digunakan bergantung kepada panjang bulu kucing yang kita pelihara.

Berapa kerap kena mandikan kucing ye?

Ada reader yang bertanya soalan ini. Saya terdiam sejenak. Tak pernah terfikir pun pasal ni. Mungkin reader ni pertama kali memiliki kucing kan? Ini jawapan saya kepada beliau: Kucing berbulu panjang – mandikan dua kali sebulan atau sekali dalam dua minggu. Kucing bulu pendek – mandikan sebulan sekali atau bila kucing dah kotor dan berbau. Bagaimana dengan anda? Boleh berikan pandangan anda dalam hal ni? Kongsi la sikit ilmu yang ada.. :) Mesti anda terfikir bagaimana saya mandikan kucing saya seramai lebih 25 ekor? *gelak besar* Kucing saya kebanyakannya berbulu pendek, jenis DSH – Domestick Short Hair Cat. Pernah saya mandikan 5 ekor paling banyak dalam masa sehari! Itu pun di hari minggu. Bukan pilih kasih tapi yg nyata saya berikan lebih perhatian kepada kucing saya jenis DSLH – Domestic Semi Long Hair Cats. Terutama si Musyang. Saya banyak belajar memahami masalah kucing dari Musyang, kucing pertama saya. Ok.. berbalik kepada topik mengenai kekerapan mandikan kucing, pada pandangan saya, kekerapan bergantung kepada cara kita memelihara mereka. Namun memandikan kucing dengan kerap, boleh membuatkan bulu kucing gugur dengan lebih banyak. Yg penting kita harus selalu menyikat/memberus terutama kucing yang berbulu panjang. Dua hari sekali memadai. Elok juga menyikat si comel setiap hari tetapi haruslah berhati-hati sebab ada kucing yang mempunyai kulit yang sensitif. Menyikat kucing pun kena ada teknik ye.. jangan sesekali menyikat dengan kasar. Tau kah anda dengan menyikat si comel, satu ‘connection’ akan terbentuk di antara anda dgn kucing anda? Di sinilah keserasian akan terbina. Anda dan si comel akan mudah memahami antara satu sama lain :) Kucing sebenarnya membersihkan diri (mandi) dengan menjilat badannya. Jika anda kurang memberus, sicomel akan kerap menjilat bulu-bulu yang gugur dari badannya. Dan jika anda jarang mandikan dia, si comel akan mudah terkena ‘hairballs’ terutama bagi sicomel yang berbulu panjang. (Pertama kali saya kenal apa itu ‘hairballs’ dari si Musyang sbb dia ada bulu separa panjang.)

Baby@Abby (DSLH) membersihkan ekornya
Harus di ingat, jenis sikat kucing juga memainkan peranan dalam proses menyikat kucing anda. Mungkin akan saya huraikan mengenai jenis2 sikat kucing pada hari esok, bergantung pada kesibukan di pejabat! Jumpa lagi!

First Aid Kit untuk kucing

Percaya atau tidak, sesiapa yang memelihara kucing sebenarnya mesti mempunyai peti pertolongan cemas haiwan ini. Malah ada di antara pemilik kucing tidak sedar betapa pentingnya kita mesti mempunyai first aid kit sehinggalah kucing kita ditimpa sakit atau kemalangan kecil. Lebih cemas kalau tiada klinik haiwan yg berdekatan, atau jika ada, klinik tersebut tutup terutama di waktu musim perayaan. Terus terang, saya sendiri pun panik :) Gambar di atas ada lah contoh terbaik, saat2 cemas yg saya alami bila kucing saya (Betty) tidak langsung peduli anak yg telah dilahirkannya. Maka dengan itu saya jadi bidan terjun, memotong tali pusat anak2nya. Sebenarnya banyak peralatan dan ubat-ubatan yg perlu sentiasa tersedia dalam first aid kit sicomel anda. Sesetengah kelengkapan boleh didapati dari farmasi manusia. Berikut ialah antara ubatan yang saya sediakan untuk first aid kit kucing saya. Bagaimanapun, nasihat saya, rujuklah kepada vet anda sekiranya anda tidak pasti dengan ubat yang saya senaraikan, apa tah lagi jika simptom/tanda sakit kucing anda berterusan. Kalau boleh label ubat2 tu supaya anda dpt mengambil tindakan pantas bila berlaku kejadian tidak diingini sbb kdg2 kita ni mudah panic bila kesayangan kita tu dah lain macam.. 1. Gauze/kain kasa dan kapas – untuk membersihkan luka 2. Syringe (picagari) – untuk kemudahan memberi ubat/makanan 3. Anti bacteria wipes/alcohol wipes atau pads – untuk luka 

4. Gunting kecil yg tumpul hujungnya – kegunaan untuk potong bulu kucing yg mengganggu kawasan luka, atau mcm kes saya potong tali pusat anak kucing (kena pastikan gunting tu dah dinyahkuman ye).. 5. Sarung tangan getah (rubber gloves) – saya pernah guna plastic gloves untuk letak ubat kutu. Kucing saya hissing, panik bila dengar bunyi gemersik plastik, ada yg mcm histeria melompat sana sini.. aduh.. 

6. Flashlight/torchlight atau penlight – saya guna untuk suluh mata kucing kalau2 mrk tu kena kes2 keracunan. 7. Petroleum jelly – untuk kemudahan memasukkan termometer ke dalam rektum kucing.
  8. Digital Termometer (Jangkasuhu digital) – untuk mengesan demam - lebih tepat dan selamat digunakan berbanding termometer kaca yang menggunakan merkuri kerana kita perlu pastikan tahap minima merkuri dalam kaca thermometer sebelum menggunakannya. Kena goncang sampai level 99 darjah F baru boleh guna. Kena masukkan selama lebih dr 1 minit untuk dapatkan bacaan yg tepat. (agak2 boleh tahan ke kucing tu?) mudah pecah pulak tu. - masukkan termometer ke rektum/lubang najis kucing dengan bantuan petroleum jelly sedalam lebih kurang seinci. Bila dapat bacaan sila la cuci thermometer dgn air sabun atau alcohol wipes & simpan. - penting untuk anda tahu bahawa suhu normal pada kucing ialah 38.5-39.2 celcius (99.5 - 102.5F) - 38 celcius ke bawah – kucing anda mengalami hypothermia atau kesejukan - 39.5 Celcius ke atas – kucing anda mengalami hyperthermia atau demam (Peringatan : ambil suhu kucing ketika dia berada dalam situasi normal atau rileks. Suhu kucing anda sebenarnya boleh berubah selepas dia bermain atau ketika waktu matahari panas terik.) 

9. Cecair iodine (iodine solution) seperti betadine solution – ubat antiseptic untuk luka kecil. Sapu dua kali sehari mengikut keperluan. 10. Activated charcoal tablets – untuk kes2 keracunan kerana charcoal berkesan menyerap toxin/racun. Kdg2 kucing kita menjilat ubat kutu yg kita letak pada badan dia, termakan rumput yg kena sembur racun, memakan serangga atau bermain dengan tikus yg kena racun. - beri ½ (separuh) tablet sekali sahaja. - kalau nak tau kucing kita kena racun, simptom pertama dia muntah2, murung, hilang selera makan dan mata hitam dia membesar. Kalau suluh dgn torchlight pun mata hitam dia tetap membesar. Bawa dia ke klinik haiwan jika tanda2 makin teruk spt kerap muntah atau tiba2 dpt sawan. 

11. Hydrogen peroxide – ni untuk cuci luka yang bernanah. - Cairkan larutan bila nak guna. Cuci dalam 2-3 hari atau hingga nanah habis. - Hentikan penggunaan larutan ni kalau luka dah betol2 bersih sbb larutan ni boleh menghakis kulit.

12. Larutan kaolin pectin – untuk anti diarrhea atau rawatan awal cirit birit atau berak cair. - Beri 1-3ml, 2 kali sehari hingga sakit reda. - Kalau nak tau larutan ni protect lapisan perut dari terkena asid perut yang berlebihan yang boleh mengakibatkan luka atau ulcer pada si comel. 
13. Terramycin ointment – untuk sakit mata. Ubat ni saya baru masukkan dalam first aid kit kucing saya bulan ni atas pandangan seorang sahabat. Alhamdulillah, beberapa kucing especially kittens yg mmg mudah kena sakit mata, pulih slps guna ubat ni. Tkasih sahabat!

14. Diclofenac Sodium 250mg (Voren) – ini utk kes demam panas - cara guna – masukkan ke rektum/lubang najis kucing. - sebiji kapsul untuk sekali guna untuk seekor kucing dewasa, untuk anak kucing, beri separuh kapsul tu - Seeloknya bawa kucing anda berjumpa vet, ini hanya untuk rawatan kalau sakit kucing anda datang di waktu2 yang tidak diingini mcm waktu public holidays, raya, krismas.. 

15. Laxatone - seperti jel, untuk rawatan hairballs atau gumpalan bulu kucing yang tidak dapat dikeluarkan secara semula jadi atau pun muntah. (ia menghalang sistem penghadaman kucing) - ubat ini bertindak sebagai pelincir yang akan mengeluarkan hairball secara semula jadi. - mempunyai dua perasa - biasa atau tuna. Mudah diberi kepada si Manja anda. Itu je, ada banyak lagi sebenarnya. Boleh rujuk di laman web internet. Tapi apa2 pun sekali lagi saya nasihatkan, dapatkan pandangan vet anda terutama kalau tak sure cara pemberian ubat. Yg penting dan pasti, sekarang anda harus ada FIRST AID KIT SI COMEL!

aduh! kena getah 'tag'!


Dalam menpersonakan diri dgn Aden yg membuat aksi balik kuang.. aku terus mahukan aksi2 Aden dgn lebih byk lagi.. lantas Yana memperkenalkan blognya --> http://myfurrkids.blogspot.com/ .. dgn tak semena2 terkena getah "tag"..

Persoalannya.. Layakkah aku? uhuk!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...