Pokok Kucing = Cat Tree (Yeah! our cat tree is done!)

Photobucket

First Aid Kit Kucing

Tikus Mainan DIY untuk si Comel

Photobucket

Fish Ball Treat

Gaya Tidur Si Comel

Photobucket

B.A.R.F.

Share

Erkkk apa tu? Bunyi anjing? Bukan, ianya merupakan akronim kepada singkatan kata-kata berikut - Biologically Appropriate Raw Foods or Bones And Raw Foods *sendiri tanya sendiri jawap hehe*



Maksudnya lebih kurang seperti ini – Makanan Mentah dan Tulang yang bersesuaian secara biologikal. BARF ialah cara pemakanan kepada haiwan peliharaan  iaitu anjing dan kucing, yang sepatutnya diamalkan oleh pemilik haiwan berkenaan dalam memberikan kesihatan yang terbaik selain memanjangkan umur dan mengurangkan alahan haiwan tersebut. Sekali gus mengurangkan bil rawatan ke veterinar.



Dr Ian Billinghurst

Cara pemakanan ini telah diperkenalkan sejak tahun 1970an oleh veterinar Australia iaitu Dr. Ian Billinghurst. Sejak tahun sebelum 1960an, masyarakat memberi makanan dan tulang mentah kepada haiwan peliharaan. Apabila makanan kering (kibble) dan makanan dalam tin (canned food) berada di pasaran, Dr. Ian menukar diet haiwan peliharaannya kepada kibbles dan canned food tersebut dengan beranggapan itu adalah yang terbaik. Malangnya tidak berapa lama kemudian, haiwan peliharaannya mula mendapat sakit2 ringan, longlai dan tidak bertenaga. Beliau kemudiannya menukar kembali cara pemakanan haiwan peliharaannya sedikit demi sedikit. Apabila haiwannya tiada lagi bermasalah, beliau menyedari akan kepentingan BARF. Beliau kemudiannya telah pergi ke merata dunia membawa mesej ini kepada mereka yang ingin mendengar mengenai pentingnya makanan mentah kepada haiwan peliharaan.

Buku yang dihasilkan oleh Dr Ian pada 1993 telah membawa evolusi diet makanan anjing yang betul yang memanfaatkan beribu pemilik haiwan berkenaan di merata dunia.

Perlu kita ketahui bahawa kucing dan anjing merupakan haiwan obligate dan non-obligate carnivores.  Oleh sebab itu mereka perlukan makanan dan tulang mentah untuk menjadi sihat. Apabila kita memperkatakan tentang makanan mentah, perkara pertama yang terlintas dalam hati ialah jangkitan bakteria seperti  salmonella, e coli dan listeria. Perkara ini boleh dielakkan dengan mengambil langkah2 pencegahan yang terbaik, antaranya seperti :
  • membeli atau dapatkan hanya daging segar
  • membuang sisa makanan mentah yang terbiar lebih dari 30 minit
  • bekukan daging segar dalam peti ais yang boleh defrost
  • asingkan daging segar ini dari makanan2 lain yang ada dalam peti ais
  • gunakan peralatan jenis besi tahan karat (stainless steel)
BARF mampu menjadikan haiwan peliharaan terhindar dari penyakit biasa yang dihadapi oleh mereka seperti kulit kering, gatal dan kerap menggaru, bulu yang kusam dan sering gugur juga jangkitan telinga.

Hanya pemilik kucing dan anjing yang benar2 sayang dan pentingkan kesihatan haiwan peliharaan mereka akan mengamalkan cara pemakanan ini.  Di negara barat mereka telah lama menyediakan perkhidmatan pre-packed makanan mentah ini kepada pemilik kucing dan anjing. Bagaimana dengan negara kita? DC ada juga dengar orang perseorangan menyediakan perkhidmatan ini :) Yang penting, sediakan duit!

Pre-packed raw food - ready to eat


Nota : DC bukan tak sayang pada mereka tetapi keadaan tidak benar2 mengizinkan untuk memberi 100% BARF. Apa yg pasti, DC  memberi makanan mentah dan kadang2 separuh masak kepada kucing2 DC SETIAP minggu. Perhatian yang lebih DC berikan kepada kittens. Tak boleh silap, kadang2 ada juga kucing DC yang muntah2 selepas provide BARF. Kena berhati-hati.

Bertuahlah pemilik haiwan yang hanya memiliki seekor atau dua kucing atau anjing je kan? Tentu mereka ambil berat dan sanggup berbelanja tinggi demi kesihatan haiwan peliharaan mereka..


3 comments:

meowwmania said...

tak mampu nak buat macam tu kan...tp akan sentiasa buat sehabis baik utk mereka

bg pencinta haiwan tentu tak boleh cuma nak bela seekor haiwan sahaja, kalau boleh nak selamatkan je semua haiwan terbiar yg kita jumpa kan...

phatgurl said...

thanks for visiting my blog earlier. your blog is so informative for a cat owner like myself. will definitely pay more visits next time. keep it up... cheerios!

umi_e said...

Saya takut nak kasi makanan mentah sebab takut Chiku makan juga - VChiku ada leukemia so kena elakkan makanan yang mentah dan mudah dijangkiti bakteria :/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...