Pokok Kucing = Cat Tree (Yeah! our cat tree is done!)

Photobucket

First Aid Kit Kucing

Tikus Mainan DIY untuk si Comel

Photobucket

Fish Ball Treat

Gaya Tidur Si Comel

Photobucket

Akta Pesalah Laku Jenayah Terhadap Haiwan

Share

Percaya atau tidak, Akta Haiwan 1953 Seksyen 44 hanya mengenakan hukuman denda maksima berjumlah RM200 (sahaja?) atau penjara tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya terhadap pesalah laku yang melakukan kekejaman ke atas haiwan?  Kalau tahun 1953 boleh la.. tapi nilai RM200 di tahun 2011?  Ini menggambarkan betapa tidak seriusnya pihak kerajaan dalam menangani penganiayaan terhadap haiwan :(

Berikut ialah sedikit petikan dari Akta tersebut -


Sila klik LINK atau LINK ini untuk membaca atau merujuk keseluruhan Akta Haiwan 1953.


Perasaan ingin mengetahui lebih lanjut mengenai undang-undang dan hukuman yang dikenakan kepada mereka yang mendera haiwan timbul apabila saya melayari laman web SPCA, menyaksikan gambar2 haiwan yang dizalimi :(   Menitik air mata tanpa disedari. Alangkah kejamnya mereka yang bernama manusia yang mempunyai akal dan fikiran dalam membezakan perkara baik dan buruk.

MAAF! Entri kali ni tiada imej sebab saya tak sanggup melihat atau memiliki gambar haiwan yang didera. Saya terlalu soft! dan mudah mengalirkan air mata...

Menurut halaman SPCA, mereka telah memperjuang agar denda berjumlah hanya RM200 itu dinaikkan kepada RM10,000 dan tempoh hukuman penjara dinaikkan dari 6 bulan kepada 2 tahun - sejak 10 tahun yang lalu.   Akta Perlindungan Haiwan di England pun telah mengemaskini Akta 1911 mereka, di mana pesalah laku boleh dikenakan hukuman denda sehingga £20,000 (RM100,000) dan setahun penjara! Bila ya Malaysia boleh peka dan memberi perhatian terhadap undang2 haiwan seperti ini?

Di sini saya mengambil kesempatan merayu kepada pencinta haiwan agar tampil membuat laporan tanpa rasa takut atau segan silu  jika anda melihat, mensyakki atau mengetahui berlakunya penderaan ke atas mereka.

Jika anda syak berlaku sesuatu yang mencurigakan sila isi 
BORANG LAPORAN SPCA secara online
dengan klik --> LINK 
ATAU 
jika situasi kecemasan yang memerlukan tindakan segera sila
dapatkan NASIHAT dengan menghubungi
03-42565312/ 42535179



7 comments:

Cat-in-Sydney said...

Aunty DC,
Patut kita kenakan hukum qisas pada pesalahlaku animal cruelty ni! Measure for measure! Dia pukul kitten dengan baseball bat, kita pukul dia balik dengan baseball bat! grrrrrrrrr....roarrrRRRRRRR!

DearCats said...

Cat-in-Sydney - setujuuuu!! kalau biar haiwan tu berikat dan montot berulat.. kita buat dia mcm tu gakkkk!! *emo dah ni*

meowwmania said...

setuju sgt2..

dah byk kes2 penganiayaan terhadap haiwan ni berlaku kat Malaysia, takan tak boleh nak gubal skit undang2 tuh

di kalangan menteri kite takde langsung ke pencinta haiwan? pelik kan...

DearCats said...

MM - 1953 tu.. dah terlalu lama sebelum negara ni merdeka!.. Kerajaan tak prihatin langsung. Bab buang bayi tu jgn citer la kan :(

VIVIAN said...

rm200 tu pejam mata je..berbanding dgn kesakitan haiwan2..huhuhu

Cat-in-Sydney said...

Ehem...kan PM ada kitten sekarang? Mari kita lobby dia! purrrr....meow!

aby said...

salam DC.
antara tujuan allah mencipta manusia adalah utk menyembah nya dan memakmur bumi. dalam memakmur bumi, antaranya adalah berbuat baik dgn makluk2 allah termasuk la haiwan, malah kite dituntut utk menuntut ilmu haiwan bagi keselesaan haiwan2 hidup dimaka bumi ini ..

antara perkara zalim,
zalim terhadap allah,
menzalimi manusia dah makluk allah dan menzalimi diri sendiri ..

kesimpulan nya ..
klu kat dunia dah kena hukuman psl menzalimi haiwan, apatah lg klu disana ...

utk Cat in Sydney ..
Letto aby sama owner dgn kucing yg PM beli tu ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...