Pokok Kucing = Cat Tree (Yeah! our cat tree is done!)

Photobucket

First Aid Kit Kucing

Tikus Mainan DIY untuk si Comel

Photobucket

Fish Ball Treat

Gaya Tidur Si Comel

Photobucket

Kisah si Tomot a.k.a. Amot

Share

Kucing betina bernama Tomot atau nama manjanya Amot hadir dalam hidup DC pada 6 Januari 2009.  Dipanggil sedemikian rupa kerana wajah dan corak bulunya yang agak comot. Dianggarkan berusia 3 bulan ketika Amot datang 'mengetuk pintu' rumah DC.   

Gambar terkini, di ambil pada 26 Feb 2011

Ini lah gambar pertama yang dapat dirakam pada hari dia datang ke rumah
6 Januari 2009, jam 4.05 petang

Gambar di atas, jelas kelihatan Amot agak 'takut-takut' dengan kami. DC terpaksa mengurungnya buat beberapa hari selepas dia didapati poo-poo ikut sesedap rasa dan seleranya.  Selepas 9 hari Amot dah pandai guna litter tray.  YayYYY!

Gambar di ambil selepas 10 hari dipelihara - 17 Januari 2009 - Baru je sidai karpet, dia dah bertenggek di situ

Selepas dikurung, Amot mula dapat menyesuaikan diri dengan kami, apa tah lagi selepas ketua keluarga kucing rumah DC, si Musyang dengan rasminya 'memberi izin' mengenai kedudukannya di rumah DC.

Beri izin..

Lebih tepat lagi, Betty a.k.a. Etty yang ketika itu mempunyai anak2nya sendiri juga sanggup dan bersedia menjadi ibu tumpang Amot.

Menumpang kasih pada yg sudi..

Hari berganti bulan. Amot mula membesar bagai johan. Kemiangan dan naluri 'atas panas' (on heat) mula menapak pada dirinya.. Atas sebab2 keselamatan dari diperkosa, DC terpaksa mengurungnya.

Masa ni pantang dibelai.. menyondol saja.. 

Tapi malangnya, oleh kerana keinginan Amot yang mendesak, dia berjaya melarikan diri dari kawalan keselamatan DC dan membawa pulang benih-benih cinta yang berjaya disemai.  

Agak tragik apabila, kisah dia membesarkan benih-benih cinta tidak dapat DC rakamkan dengan kamera.  Puas DC cari gambar2 mengenai ragam Amot mengandung  tapi hampa.  Amot telah melahirkan 2 ekor anak kucing jantan dan betina yang DC namakan Ginger dan Sly.  DC pernah cuba iklankan Ginger dan Sly untuk 'pengangkatan' (adoption) di petfinder.my.  Mendapat tarikan dan perhatian ramai hingga keluar iklan mereka dalam laman sosial facebook, namun tiada yang berminat.  Akhirnya DC membatalkan iklan tersebut baru-baru ini.  DC bimbang kerana anak2nya yang dah berusia lebih kurang 7-8 bulan sekarang ini pasti tidak dapat dipelihara oleh adopter dengan baik atas alasan tidak dapat menyesuaikan diri.  

Anak-anak Amot..

Ginger telahpun DC kembirikan pada 30 Disember 2010 kerana bimbang dia menanam benih-benih cinta pada adiknya, Sly dan ibunya pulak.

Gambar Ginger, sebaik saja dibawa pulang ke rumah selepas dikembirikan.

Selepas dikembirikan, Ginger dilepaskan untuk proses 'menjinak'.  Ia berjaya dilakukan selepas beberapa hari di belai dan dimanjakan tapi dia masih berkelakuan ke anak-anakan seperti memanggil ibunya tak henti2.. membuatkan DC mengurungnya kembali dalam Rumah Kucing.  (Lega rasa bila dia tak bising lagi)

Bagaimana dengan Sly?.. Oleh kerana sebab2 yang tidak dapat dielakkan, Sly dan ibunya, Amot, DC masih tidak dapat mengembirikan mereka.

Sly ..

  Lihatlah mereka berdua kini, kelihatan sebaya kan? Dah la rupa pun hampir sama..

Gambar diambil pada 3 Mac 2011
Sebelah kiri si anak - Sly sementara sebelah kanan ibunya, Amot..







12 comments:

Vivian said...

sebijik la sly n amot!! memang anak beranak! hahah ginger tu cantik bulunyer...

Gee said...

Just Call Me V - ha'ah.. DC sendiri mcm keliru bila belek gambar2 mrk.. cuma in reality senang nak cam. Difference dia, si ibu ada kuning banyak, si anak sikit je warna kuning..

Ginger mmg cantik warna dia! Satu2nya warna yg ada pd kucing berbulu pendek DC.

Cat-from-Sydney said...

Amot,
Nak tanya sikit? Siapa bapak si ginger dengan sly tu? Mesti ginger tu ikut kaler bapaknya kan? Tapi lawalah... purrr....meow!

Ms J said...

cantik la si Sly tu... Naseb baik Julian dah kena potong. Kalau tak leh buat gefren.. :)

Sharz said...

alor tomeynye dorang bermanja-manja.. =D

meowwmania said...

a'ah lah sama hehe..

comel si Amot masa tecit :D

PUCCAnis said...

ishhhh....sukenyeee gambo las tu...suwiiit...hihihi

NaddY said...

comey gambar akhir tu...sepesen ibu dan anak...hehehe

¤(`×[¤MyA¤]×´)¤ said...

salam dc,
ouh...sgt comel dan comel dan comel dan comel!!! ginger cantik..bulu pon cantik..mcm domestic short hair gitu..nape takde org nak ambik die?? :( agak2 kalo nak adpot die skang die mau ke dgn org ye?

hugs and kisses for all ur bulus!

BangDon - Servis Buat Blog Ala Website said...

bulu diorang cantik... pndai jga...

Ikuti kisah Kontot the Cat di sini

habsahharun said...

comel!!!
geram2...

Mijoe said...

Sly tuh memang anak mak la DC! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...