Pokok Kucing = Cat Tree (Yeah! our cat tree is done!)

Photobucket

First Aid Kit Kucing

Tikus Mainan DIY untuk si Comel

Photobucket

Fish Ball Treat

Gaya Tidur Si Comel

Photobucket

Potongan 'lion cut'

Share

Ramai juga antara kita yg tidak tahu kewujudan mencukur secara 'lion cut' pada si Comel. Lazimnya, 'lion cut' dilakukan ke atas kucing yang berbulu panjang dan separa panjang. Kalau susah nak paham maksudnya, sila lihat gambar2 berikut -




Seolah-olah memakai setokin atau kasut but..


Mengapa 'lion cut?

Antara sebab mengapa pemilik kucing memilih kucingnya dicukur seperti rupa singa ini ialah :

  • Masalah kesihatan - seperti terlalu banyak kutu dan hadirnya fungus
  • Keguguran bulu yang banyak
  • Bulu kucing bersimpul mati / sukar dileraikan
  • Cuaca panas
  • Kucing sukar dibersihkan kerana memiliki bulu yang panjang seperti kucing baka Persian

Ada juga pemilik kucing menganggap potongan ini sebagai langkah pencegahan kepada hairballs, ada juga kerana kucingnya yang telah berusia dan susah membersihkan diri dan tak kurang juga gemar melakukannya kerana stail atau suka-suka.



Adalah disarankan potongan 'lion cut' ini diserahkan kepada professional groomer di salun kecantikan haiwan, cattery atau klinik vet yang menawarkan perkhidmatan ini.  Jika kita lakukan sendiri, kemungkinan si Comel akan mendapat 'luka' adalah tinggi.  Tentu kita tak mau luka tu jadi penyakit kulit pula kan?  Fikirkan juga faktor cuaca jika ingin mendapatkan khidmat 'lion cut'.  Tidak digalakkan kita memilih opsyen ini di musim hujan, kerana dgn ketiadaan 'baju' atau bulu si Comel akan mudah kesejukan, mendapat demam dan flu.


Bagaimana cara groomer melakukan 'lion cut' ini adalah bergantung pada temperament kucing tersebut.  Jika si Comel agak agresif, mereka akan diberi sedatif untuk 'dipengsankan' bagi memudahkan proses cukur dilakukan.  Bulu si Comel biasanya akan tumbuh dgn lebih sihat dalam tempoh 2 bulan.  


Terdapat cerita di sebalik perkataan 'lion cut' ini.  Seorang pemilik kucing memberitahu groomer yang dia ingin membuat potongan 'line cut' - iaitu padanya ialah potongan bulu di bawah perut kucing dengan niat membuang bulu kucingnya yang bersimpul. Setelah selesai, pemilik kucing tersebut begitu terkejut dengan potongan 'lion cut' yang telah dibuat oleh groomer tersebut (gambar pertama dan kedua di atas). Beliau menangis seminggu bila melihat kucing kesayangannya jadi begitu rupa!  


Ada pihak menganggap 'lion cut' ini satu perbuatan yg agak kejam kerana ianya bertentangan dgn lumrah atau kejadian kucing tersebut. Pada pendapat DC, ianya bergantung pada niat, dan menjadi satu keperluan  andaikata kucing kesayangan kita mengalami masalah kesihatan seperti yang telah DC senaraikan di atas. Secara jujur, DC sebenarnya memikirkan kemungkinan mendapatkan khidmat ini untuk kucing DC bernama  Musyang kerana shedding yang melampau dan masalah kaf wau ta wau yg tiada penghujungnya *sigh*..

14 comments:

meowwmania said...

boleh diaplikasikan pada si MOMON nih hehe..

Cat-in-Sydney said...

Kelakarnya rupa! Nasib baik Angelina jenis bulu pendek. purrr....meow!

Just Call Me V said...

haha nak lion cut dgn bobo..dulu after kena fungus.dah tak brapa nak tumbuh2 bulu..

Faizal n Fashitah said...

Haha cool! tapi kesian plak tengok bulu dorang kene cukur camtu ehek.

القط (Kitton) Pet Service said...

nice entry...leh la sy share nanti ya :-) heheheh

DearCats said...

MM - kalau dah diaplikasikan, habaq sini no? hehe

Cat-in-Sydney - funny and cute eh?.. tu sbb ada org suka suki buat kat kucing.. DC tak sampai hati sbb dlm gambar mungkin cute.. realiti, kesian la..

V - ha ada sebab nak buat lion cut tu!.. apa lagi??

DearCats said...

Faizal n Fashitah - ye kesian.. ntah mcm mana la penjagaannya lps kena cukur.. ada sahabat kata, kulit kucing mudah melecet, sbb mrk kan suka menggesel..

Kitton - ye sila2 share.. ilmu dan info yg berguna elok dikongsi bersama.. sharing is caring tau :p

Mijoe said...

thanks DC for the info!

Ed said...

interesting read..terstumble upon your blog when i typed catnip..you tau mana groomer yg groom cat in kl tak..really keen to trim my cat...bulu asyik tangle je...owh btw check out my cat video:

http://www.youtube.com/watch?v=pUHMvAV3KKo

cheers,
ed

DearCats said...

Hi Ed, i am not sure groomer yg available. Cuba tanya di Pets Haven Jln Ipoh. They did for dogs too. I stumbled into another advertisement di mudah.my - Dkash Buluh Petshop & Cattery - yg juga buat shaving service for cats. SElamat Mencuba!

Afiqah Nabilah said...

Saya dah follow blog awak.

Chunky Berry said...

cute.. tpi cam kesian kat kucing tu coz dh botak!!! huhuhu... but amazing LOL =D

KucenMaster said...

Cotton pun dh jdi camni

Yunk Ieha said...

Biasanya berape ringgit kalau buat mcm ni?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...