Pokok Kucing = Cat Tree (Yeah! our cat tree is done!)

Photobucket

First Aid Kit Kucing

Tikus Mainan DIY untuk si Comel

Photobucket

Fish Ball Treat

Gaya Tidur Si Comel

Photobucket

Cara Kenali Usia Anak Kucing

Share

DC kerap menerima pertanyaan bagaimana kita nak tentukan usia anak kucing. Sebenarnya cara yang terbaik ialah bertanyakan pada Vet. Namun kita boleh juga menentukannya sendiri melalui pengalaman. Untuk lebih tepat, DC buat beberapa pencarian (searchings) dalam laman web mengenai perkara ini. Berikut ialah secara ringkas panduan dan rujukan yang DC ingin kongsi bersama pembaca :)





1 - 3 hari
  • Berat setiap ekor di sekitar 90 -100 grams sebaik-baik sahaja dilahirkan. Berat anak kucing bertambah purata 10 gram sehari. 
  • Tali pusat (umbilical cord) masih belum tanggal.

Berusia 1 hari (Gambar: Omey)


7-10 hari
  • Mula membuka mata dan selalunya di hari ke-10 mata boleh dibuka sepenuhnya.
  • Mata berwarna biru atau kelabu. Anak mata (iris) besar dan pandangan mereka kabur.
  • Kelopak telinga bersifat 'layu' atau agak menutup lubang telinga.
  • Kita sudah boleh jangka jantina bergantung pada tumbesaran mereka.

Perhatikan warna mata anak kucing yang kebiruan ini 
(Gambar: Jerry dan Demok)


2-3 minggu
  • Berkeupayaan berdiri tapi tidak stabil pergerakannya
  • Lubang telinga mula 'terbuka' dan kelopak telinga mula membuka.
  • Terbitnya gigi susu berwarna putih. Akan kelihatan 4 batang gigi kacip hadapan (incisors) - mula tumbuh (di antara taring). Ianya bersifat jarang atau tidak rapat.
  • Deria bau agak jelas. Anak kucing boleh hissing bila kita dekatinya.

anak kucing hissing


3-4 minggu
  • Kelihatan gigi taring (gigi susu) mula tumbuh
Gigi taring
4 - 5 minggu
  • Gigi geraham bawah (lower molar) akan tumbuh
  • Sudah mula makan makanan lembut (wet food)
  • Belajar minum dengan sendiri
  • Berdiri dengan stabil
  • Mula bermain dan explore keadaan sekeliling.
  • Mula mengenali pasir kucing. Berhati-hati menyediakan pasir kucing sebab,  ketika usia ini anak kucing cenderung untuk makan apa saja. Gunakan pasir jenis kayu atau kertas (wood/paper litter). Jauhkan penggunan jenis tanah liat menggumpal (clumping clay).
  • Sudah boleh mula membersihkan diri sendiri
Belajar minum dengan sendiri
(Gambar: Omey)

4 minggu - mula berjinak dengan pasir kucing
(Gambar: Oyen)

6-7 minggu

  • Warna mata bertukar ke warna kuning atau hijau atau biru sepenuhnya mengikut baka.
  • Aktif dan sudah boleh berlari dan melompat dengan stabil.
  • Sudah boleh buang najis dengan sendiri.
  • Di peringkat ini, anak kucing telah dapat  membiasakan diri dengan manusia selain ibunya.

Usia 7 minggu - Aktif! Tengok hidung yang basah kerana  kerap bermain.
Lihat juga anak mata yang hampir bertukar sepenuhnya ke warna kehijauan (Gambar: Omei)


8 minggu (2 bulan)
  • Gigi geraham atas akan tumbuh

Gigi susu anak kucing berusia 2 bulan. Perhatikan gigi tersebut yang bersifat jarang

3.5 - 4 bulan (14-16 minggu)

  • Gigi kacip hadapan akan bertukar ke gigi kekal yang bersifat rapat (tidak jarang) dan berwarna offwhite (bukan putih bersih)
Carta gigi kucing
Perhatikan gigi kekal kucing dewasa di bawah. Gigi kacip yang rapat dan warna gigi tidak lagi berwarna putih bersih tetapi berwarna kuning air (offwhite)


Secara kesimpulannya, faktor gigi memainkan peranan penting untuk kita menentukan usia anak kucing. 







Rujukan :

http://www.cat-world.com.au/how-to-determine-the-age-of-a-kitten
http://www.rescueguide.com/orphkits.html

9 comments:

meowwmania said...

arghhh geramnya tgk gmbr bebudak comey tuuuu....kalau boleh tanak bg dorang tu besar kan biar kecikkk je camtuh eeeee geram!!

DearCats said...

meowwmania - meowww cat powerr! ke girl power? haha!

Cat-from-Sydney said...

Aunty DC,
Mama kita gerammmm je tengok gambar kittens tu semua. Kat rumah ni yang paling muda si Brad pun umur dah 4 tahun....dah lama takde kitten ni. purrr....meow!

GtHans said...

baby kucen punya gigi tajam giler..kalau gigit bleh tembus jari..ekeke

Rosmawati Yusof said...

Info yg sgt berguna. Selalu ukur ikut besar badannya jer...

Mijoe said...

TQ DC! :)

mychild said...

Macam mane nak tau kalau lepas 4 bulan tu umurnye???

Anonymous said...

Thought I would comment and say neat theme, did you make it for yourself? It's really awesome!

Zahari AbRahman said...

Bru jd mama 5 hari dh..huhuhu..makny tggl mcm 2 aja..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...