Pokok Kucing = Cat Tree (Yeah! our cat tree is done!)

Photobucket

First Aid Kit Kucing

Tikus Mainan DIY untuk si Comel

Photobucket

Fish Ball Treat

Gaya Tidur Si Comel

Photobucket

Alat Pengesan Kencing Kucing

Share


Pernah cuba mengesan kencing kucing kesayangan kita di atas karpet, di lantai ataupun pada perabot rumah anda?  Kadangkala kita gagal mengesan kencing kucing tersebut walaupun baunya amat menusuk hidung.  Lebih malang walaupun kita dah pun membersihkan kawasan kencing kucing itu tetapi bau masih ada!.





Kencing kucing sebenarnya tidak dapat dibersihkan dengan air dan sabun pencuci biasa. Kita boleh mencucinya menggunakan larutan cuka, pencuci enzim atau pencuci 'odor remover' yang boleh terdapat di mana-mana petshop.

Antara jenis alat pengesan kencing haiwan (pet urine detector)
yang terdapat di pasaran

Pelik tapi benar. Alat Pengesan Kencing Haiwan ini merupakan lampu Ultra Violet (UV) yang lazimnya digunakan untuk mengesan wang palsu (money detector) dikatakan berguna untuk menjejaki bau kencing haiwan. Dengan alat ini kita tak perlu lagi membuat senaman hidung, iaitu dengan mengembang dan menguncup untuk mencari dan menghidu kencing mereka lagi :)

DC terbaca mengenai kelebihan lampu ini di internet dan mendapati ianya mempunyai pelbagai saiz dan bentuk.  DC segera mencarinya di pasaran dan berjaya menemui lampu UV berikut (gambar paling atas). Terdapat saiz besar dan kecil.

Gambar hadapan lampu
Gambar di belakang lampu yang merupakan sebuah kompas


Saiz kecil (yang DC beli) berukuran lebih kurang 5 setengah inci panjang. Sebelum membeli, DC diminta menguji keberkesanannya menggunakan kad pengenalan MyKad dan sekeping not kertas RM50. Mungkin pembaca dah tau mengenai perkara ini. Semasa DC test pada MyKad, kita akan dapat lihat gambar yang sama seperti gambar yang kelihatan pada mata kasar (disebelah kanan) dalam keadaan lutsinar atau bercahaya di sebelah kiri . (Seperti di bawah)


Ketika menguji pada wang kertas RM50, angka BNM 50 dan logo Bank Negara Malaysia akan dapat dilihat di tengah2 wang kertas tu.

Tak berapa kelihatan untuk dilihat kerana DC masih amatur untuk
mengambil gambar dalam keadaan gelap :)


Berikut ialah hasil yang dapat dilihat dirumah ketika melakukan pencarian 'menjejak kasih'.  Tak sampai 5 minit pun.

Ye... di mop itu..


Cahaya UV menunjukkan warna lutsinar/flourescent atau lutsinar pada air kencing kucing. Mengapa? Kerana sebahagian air kencing kucing terdiri dari asid urik yang mengandungi pekatan kristal tak larut. Ianya lebih dikenali sebagai 'garam kristal'. Ia sukar dibersihkan dengan air dan sabun pencuci biasa. Pekatan ini lah yang menghasilkan bau kuat pada kencing kucing, lebih-lebih lagi jika kucing tersebut kurang minum air.

Sisa pekatan ini apabila terdedah kepada kelembapan, akan menerbitkan bau hancing kucing kencing kembali. Ini menunjukkan kita tidak membersih atau menghapuskan kencing kucing di kawasan itu dengan sepenuhnya.

Kristal garam inilah yang akan bercahaya apabila disuluh dengan lampu UV.


Rupanya lampu UV ini juga boleh digunakan sebagai lampu suluh.

.. dan boleh juga dijadikan lampu laser (laser pointer)

Dari pemerhatian DC, keberkesanan lampu UV ini agak tidak mempamerkan keberkesanan 100%.  DC melakukan sedikit research di internet dan mendapati ada juga di antara pengguna tidak berpuas hati kerana tidak berjaya melihat cahaya lutsinar walaupun baru menyaksikan kucingnya kencing di hadapannya.

Secara kesimpulannya, DC berpendapat cahaya lutsinar akan dapat dilihat jika kencing kucing itu kering dan dikesan dalam keadaan gelap yang nyata (tanpa ada sebarang cahaya) terutama di waktu malam.  Walaupun 'dikatakan' tidak berkesan sepenuhnya, secara peribadi DC tidak merasa rugi atau hampa memilikki lampu UV ini kerana ia mempunyai 4 kegunaan selain berfungsi sebagai lampu UV iaitu kompas, lampu suluh dan laser pointer untuk bermain dengan kucing :)

7 comments:

meowwmania said...

wahh canggih lah...

skrg ni guna bebdk jebon je kalo dorang dok tercium-cium kat sesuatu spot tu mesti ada punyalah huhuu

Mrs Diba said...

sye ad mslh ngn kitten sye, dia suka buang air kecik or besar bukan dekat sand box yang dah ada. dia lebih suka buang dekat sudut rumah. then ble sye da mop, dia still nak buang kat tempat yang sama. mcm mne nak bagi dia xsuke buang kt dalam rumah tnpa perlu letak rempah ap2 dekat sudut rumah (sebb nak elak rumah besepah).. sye tinggal dekat apartment.

Cat-from-Sydney said...

Aunty DC,
Ada tak alat pengesan muntah? Sejak ada pokok ni ramainya orang muntah pulak kat rumah ni. Geram tau! Cian Mama kena cuci lantai selalu. har har har *evil laughs*

Shaz Alina said...

wah.. menarik la torchlight ni DC... mcm torchlight doraemon lak ade mcm² function... hihi~

nak cari gak la nanti... =)

Cikgu DrDJ said...

wahh..DC beli kat mana? bape hengget??

eedaRAWR said...

hello :)
sy ade mslh dgn kucing jantan sy ni. die tetibe kencing merate2. nk ckp die musim mngawan, die taknak keluar rumah pulak. what should i do?

jiwaluva said...

Torchlight uv ni le sy cari, mana nak dptkannya ya?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...