Pokok Kucing = Cat Tree (Yeah! our cat tree is done!)

Photobucket

First Aid Kit Kucing

Tikus Mainan DIY untuk si Comel

Photobucket

Fish Ball Treat

Gaya Tidur Si Comel

Photobucket

Tips Elak Kucing Menganggu Tanaman/Halaman Sendiri/Jiran

Share






DC kerap dihujani pertanyaan bagaimana nak atasi masalah kucing mengganggu tanaman rumah dan lebih malang lagi di taman atau halaman rumah jiran. Sebagai pemilik kucing, dan tinggal di bandar, mendiami rumah bertanah, DC juga tak dapat lari dari masalah ini. Biarpun setinggi mana pagar rumah kita pasang, kucing dewasa tetap boleh memanjat, melompat keluar dan bertandang ke rumah jiran, Masalah akan berterusan, jika kucing tersebut meninggalkan ‘jejak berbau’. Kucing seperti ini lebih merujuk kepada kucing baka domestic atau kucing tanpa sijil (non-pedigree).




Di sini DC senaraikan beberapa tips yang mungkin boleh membantu. Mungkin tips ini tidak berkesan 100% tetapi sekurang-kurangnya diharap dapat membantu mengurangkan masalah anda.J

kucing betina selepas dikembirikan (spayed)

Kembiri atau kasikan kucing

Umum mengetahui, kucing yang tidak dikembiri kerap menimbulkan masalah seperti kencing (spray) untuk menanda kawasan, mempunyai keinginan mengawan dan mencari pasangan di luar rumah. Pergerakan dan pergaulan kucing yang telah dikembirikan lebih terkawal dan dapat mengurangkan risiko di atas.





Latih kucing anda menjadi ‘indoor cat’

Lazimnya, selepas kucing dikembiri, mereka mudah menjadi kucing jenis indoor, iaitu kucing yang tidak lagi suka berlegar di luar rumah. Namun tidak semua kucing boleh dilatih kerana habitat mereka yang semulajadi.



Sangkar kucing

Kurung kucing anda di dalam sangkar atau kandang kucing dan lepaskan pada waktu2 tertentu di bawah pengawasan anda. Anda juga boleh membina rumah kucing (cat house) sekiranya mempunyai jumlah kucing yang banyak.



DC gunakan kaedah begini di rumah untuk kucing2 yang dilepaskan..

Sediakan litter box

Satu litter box khas atau ruangan berpasir perlu disediakan di halaman rumah anda. Pastikan kebersihan litter box atau bahan ‘buangan’ kucing di pasir dibuang selalu. Jika tidak, kucing anda akan beralih arah ke tempat baru yang lebih menarik dan bersih – seperti di halaman rumah jiran anda!


Ubat gegat (moth balls)

Anda nampak ubat gegat di sekeliling rumah jiran anda. Kenapa dia buat macam tu?  Bagi pemilik kucing yang paham, tentu tahu punca dia berbuat demikian. Pastinya dia tak mahu kucing anda masuk ke halaman rumah mereka! Ubat gegat dikatakan mujarab untuk menghindar kucing datang ke kawasan tersebut. Ia dihancurkan kasar dan diletakkan di atas tanah atau ditanam cetek. Kucing yang tegar akan datang juga ke kawasan yang diletakkan ubat gegat 2-3 kali sebelum dia melangkah buat kali terakhir.

Tetapi cara ini tidak digalakkan kerana ubat gegat adalah toksik kepada kucing!



Campuran serbuk lada (cayenne pepper)

Terdapat beberapa cara yang lebih selamat dari menggunakan ubat gegat. Sesetengah kucing tidak suka dengan sesetengah bau. Kita boleh cuba membuat campuran berikut - 2 bahagian serbuk lada, 3 bahagian mustard kering dan 5 bahagian tepung. Taburkan campuran ini di kawasan yang anda tidak mahu kucing dekati. Ulangi jika berlakunya hujan kerana hujan yang turun akan menghilangkan campuran tersebut.

kayu manis - antara bauan yang tidak digemari kucing



Anda boleh juga boleh basahkan span (sponge) atau kapas dengan perahan buah lemon (bukan limau nipis ye) atau minyak lavender, minyak rosemary, minyak serai atau serbuk kayu manis (cinnamon) dan letak di bawah pasu bunga atau batu hiasan di halaman rumah.

Menanam pokok serai juga boleh menjauhkan kucing dari  kebun tanaman

Menanam pokok herba

Cara ini lebih selamat, mudah dan dikatakan berkesan menjauhkan kucing dari mengganggu tanaman atau halaman anda mahupun di rumah jiran. Terdapat pokok herba yang tidak digemari kucing seperti lavender, pokok ru, geranium, serai (citronella) atau lemon.

Antara jenis pokok berduri



Pokok berduri

Tanam pokok berduri di sekeliling tanaman anda atau letak ranting berduri di dalam pasu tanaman anda.
Ranting kayu berduri - letak di dalam tanaman berpasu
serbuk teh yang telah digunakan

Serbuk Teh

Kucing dikatakan tidak gemar pada serbuk teh. Jadi, mulalah kumpul serbuk teh yang telah anda gunakan dan taburkan di atas tanah halaman rumah anda mahupun di dalam pasu pokok bunga anda! Sebaik-baiknya gunakan teh rosemary kerana bau rosemary tidak disukai kucing.





Batu sungai (pebbles)

Susun batu sungai atau batu granit yang besar di atas tanah halaman anda atau di dalam pasu pokok bunga anda. Cara ini pasti menyukarkan tindakan kucing menggali tanah tersebut untuk melepaskan hajat.


Pagar berdawai halus

Jika tiada pilihan pasang pagar 'reban ayam’ di keliling pasu bunga atau kawasan tanaman anda.



Water sprinkler

Bagi mereka yang berkemampuan boleh lah memasang alat perenjis di taman yang dikawal secara auto menggunakan motion sensor. Cara ini bukan sahaja menjauhkan kucing tetapi juga pencuri atau penceroboh J

Berkomunikasi dengan jiran

Hubungi atau semuka jiran anda secara sopan dan mesra. Sebagai pemilik kucing yang bertanggungjawab, tawarkan bantuan kepadanya walaupun kucing anda belum lagi membuat hal di halaman rumah mereka sebagai langkah berjaga-jaga. Dapatkan kerjasama dan beri solusi yang terbaik demi menjaga kejiranan anda.


Begitulah beberapa tips yang dapat DC senaraikan. Terdapat banyak juga kaedah lain yang  kebanyakkannya merujuk kepada bau yang tidak digemari kucing seperti spray lemon atau beli sahaja di kedai haiwan.  Namun ada juga cara yang dibuat, membuatkan DC tersenyum sendiri seperti gambar di bawah :)







15 comments:

Hafirdaus said...

saya takdak masalah kot sebab saya tak benarkan budak2 keluar rumah....terima kasih atas info

meowwmania said...

woooo hebat cara yg last tuh, tp kalo kucin sy lagi dia nak main kot heheh...

Mijoe said...

TQVM DC!

great info! :)

Gee said...

Noor Hafirdaus - baguslah, kita fikir pulak the other way round di mana kalau lah kucing jiran yg kacau rumah kita, kencing kat kasut kita, pasu bunga kita. mcm mana tu? :)

Gee said...

meowwmania - kalau kita tak berkebun ok la kan?.. cuma risau kucing kita pi pee dan poo tanaman org.. silap gaya mau kena racun kucing kita :(

Gee said...

Mijoe - yr welcome. it's not easy to do this task. Kena byk google. DC hanya tau few je mcm spray dgn duri tu. rupanya byk lg kaedah kita boleh buat :)

Cat-from-Sydney said...

Aunty DC,
Bab tanam serai tu tak berkesan kat rumah kami. Serai amat sedap dikunyah! Kalau Tom sampai pi selongkar compartment sayur dalam fridge nak cari serai. har har har *evil laughs*

Gee said...

Cat-in-Sydney - mmg ada banyak kucing mcm perangai Tom tu hehe.. mcm perangai manusia gak.. byk yg pelik! *evil grins*

lupie said...

Love the last photo!!

Super!!

House Of Zack said...

mcmne nk elakkn kucing ni spray lg2 kt perabot yg letak kt outdoor @ beranda rumah? kalau letak ubat gegat bdekatan dengan perabot2, bahaya tak bg kucing2? or dieorg takkan main ybat gegat tu?

Anonymous said...

Saya ni punya prob mmg sadis sy x mbenci kucing cuma sy x membela kucing tp jiran sya kiri kanan mbela kucing tp kucing2 mrk duk pee duk poo kat laman dpn dn blkg rumah aduh mmg naik hangin stp kali nk angkat buangan diaps angjt buangan dia sy simbah myk tnh kat tmpt dia mlps 2.3 dia x dtg pas bau myk hlg di dtg mlps blk jiran kiri kanan wat x th je ..skit hati.

Unknown said...

Mcm mslh saya jg..dh bertahun tahun hadapi..suka sgt membuang di backyard saya..dhla ada tanaman..kekdg geli nk mkn pndan..daun kari lengkuas sgla yg ada tu...terpaksa beli...kucing jiran jiranla ni mrk xajar dan jaga kucing mrk elok elok

Ezza Taufik said...

Macam mana kalau kucing x btuan ye..n jiran yg x campur org..xjge kucing sndiri..mmg suke popo kat depan n blakang umah..bukan tanah..tile pun kena..ayoo..

Unknown said...

ok la tu atas halaman dan tile je. .aku skali dgn cermin keta dy pancut..meleleh smpi msuk saliran angin..seminggu baru hilang baunye..kucing xslah..tuannye yg bangang abadi bela kucing hanya skadar bg makan..

Pondok Ajip said...

Saya pun ada masalah yang sama. Saya try guna ubat gegat. Memang berkesan.

https://pondokajip.blogspot.com/2020/09/cara-aku-elak-kucing-dari-melepasberak.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...