Pokok Kucing = Cat Tree (Yeah! our cat tree is done!)

Photobucket

First Aid Kit Kucing

Tikus Mainan DIY untuk si Comel

Photobucket

Fish Ball Treat

Gaya Tidur Si Comel

Photobucket

Petua Mencegah Kurap atau Fungus Kucing

Share

Ringkasnya, kurap (ringworm) yang terdapat pada kucing atau anjing merupakan sejenis penyakit kulit berjangkit yang dibawa oleh kulat (fungus) dikenali sebagai dermatophytes.  Tempat2 yg sering dijangkiti ialah di muka - terutama di kelopak mata dan bawah dagu, telinga, ekor dan kaki atau tangan kucing.





Rawatan Kurap Kucing

1. Rawatan topikal/luaran - menggunakan gel, minyak atau krim anti-fungal  yang ada di jual di petshop atau klinik veterinar.  Pastikan kita memakai sarung tangan sebelum menbuat sapuan ke atas kurap.

Antara ubat topikal yang dikatakan mujarab merawat kurap
Shampu berubat - secara mandian

2. Rawatan Oral - kaedah rawatan ini digunakan apabila jangkitan kurap agak teruk dan tidak lagi dapat dirawat mengunakan rawatan topikal/sapuan. Ubat-ubatan adalah berbentuk tablet, kapsul dan suntikan.

Contoh ubat-ubatan rawatan oral yang sering dibekalkan oleh Vet

3.  Rawatan 'home remedies' - Ada di antara kita yg tinggal di tempat yg jauh dr kemudahan mendapatkan perkhidmatan veterinar.  Oleh sebab itu, rawatan seperti ini dilihat sebagai satu percubaan terbaik merawat si Comel. Untuk rawatan di rumah, kita disarankan  memasang e-collar pada kucing untuk mengelakkan dari mereka menjilat sapuan.

Tak ada e-collar? Pinggan kertas pun berguna juga! :)
Gambar dari Tarte & Fru Fru

Cuka Apple Cider dan Air  - Cairkan 1 sudu besar cuka dengan 1 cawan air biasa. Sapukan pada kurap sebanyak 2x sehari. Pastikan kita memakai sarung tangan untuk mengelakkan dari dijangkiti kerana kurap boleh dijangkiti melalui udara.

Cuka Apple Cider dari syarikat jualan langsung, Cosway
Secara homeopati - dengan campuran herba Bacillinium, Berberis, Chrysarobinum and Sepia.

Menumbuk herba
Ada juga yg menyarankan kita menyapu betik atau bawang putih yang telah dikupas :)  Bagaimanapun, kita tidak digalakkan menggunakan Tea Tree Oil dan cecair peluntur kerana ia sangat merbahaya pada kucing.

Ada lagi 1 petua yang diamalkan oleh orang2 Melayu iaitu dengan menyapu minyak yang telah digunakan untuk menggoreng ikan (bukan minyak panas).  Sejauh mana keberkesanannya tidak lah diketahui tetapi tidak salah kalau nak mencuba kan?.



4. Pemakanan/Diet  - ia memainkan peranan penting dalam menjaga kesihatan keseluruhan seekor kucing. Pemakanan kucing perlu seimbang dan mengandungi protin, karbohidrat dan lemak sihat.  Ikan sgt penting pada kucing, sbb ia mempunyai asid omega-3 fatty untuk memelihara kulit dan bulu kucing.  Tablet atau gel tambahan (supplements) boleh didapati di petshop seperti Brewers Yeast.

Supplement Brewers Yeast


Petua Mencegah Kurap Kucing

Sebenarnya inilah petua yang DC ingin kongsikan bersama sejak dahulu lagi tapi agak keberatan kerana dibimbangi mendapat bantahan oleh mereka yg begitu mengambil berat dengan  alam sekitar dan kesihatan kucing itu sendiri.

semburan ubat nyamuk berasaskan air (water-based)

Ini berdasarkan pengalaman DC lebih kurang 2-3 tahun dahulu, yg kerap kali berjumpa vet kerana kucing2 asyik dijangkiti kurap silih berganti.  Hingga di depan klinik pun ada yg menegur dgn soalan2 yg kdg kala menyakitkan hati seperti - "Rumah kotor ke?", "Rumah awak ni banyak tikus ke?" "Kenapa jumpa Vet, guna minyak lebihan gorengan ikan kan senang? tak payah jumpa vet, buang duit je."

Vet pun agaknya dah perasan sebab selang 2 minggu DC berjumpa dengannya, hinggakan dia sangka DC tak kuarantin kucing2 yg dah dijangkiti kurap dan menyarankan DC berhenti dari adopt kucing jalanan kalau tak pandai jaga.

"Saya dah buat macam2 dah Doc, guna antiseptik, klorox, anti kuman untuk bersihkan rumah dan kandang kucing tapi masih ada yg kena kurap. Saya dah tak tau nak buat macam mana." adu DC pada vet.


"Its very easy!. dont use all that, just use water-based mosquito spray. After u have cleaned everything, just spray it all over your cages, outside the house or even in your house. But pls make sure there's no cat around."  DC renung lama jugak vet tu, dia ni nak mengusik ke atau ckp betul2 haha!

Percaya atau tidak sejak DC amalkan spray setiap minggu selepas bersihkan kandang, sejak hampir 2 tahun tidak ada lagi kurap hinggap kucing2 DC :)



SUMBER RUJUKAN:

http://darlene-cheek.suite101.com/home-remedies-for-ringworm-in-cats-a16737
http://www.ehow.com/info_7973128_skin-fungus-remedies-cats.html

29 comments:

Mijoe said...

TQ DC! :)

umi_e said...

Saya perasan juga... saya sembur sheltox/bygon dalam toilet yang menempatkan litter tray kucing...mula2 nampak cam 'hama' di tepi2 lantai... geram, terus sembur dn buat beberapa kali. Alhamdulillah dah tak ada tapi kucing saya masih dijangkit 'hama kucing' di bulunya...sekarang sedang dalam rawatan... Insyaallah akan cuba spray lebih kerap (nak keluarkan dorang yang jadi masalah)

Hafirdaus said...

antara banyak2 ubat memang minyak ikan berkesan jugak sebab pernah cuba. Kadang2 letak minyak gamat pun mujarab jugak....kat kampung dulu2 mana nak jumpa klinik haiwan. Kalau ada pun klinik haiwan pun untuk kambing atau lembu.

Suara Kalbu said...

Thanks for the good info DC.

Info sharing yang amat membantu.

~mrs azmi~ said...

thumbs up!!

thanx for the tips DC

¤(`×[¤MyA¤]×´)¤ said...

Mau cube la...hihik...tpkan tak bahaya ke kite masukkan budak2 tu dalam cage balik pas disembur? kadang2 kan dorang suke jilat2 paws dorang..kadang2 golek2 dalam cage tu kan :) sorry kak Gee..sekadar bertanya pada yang arif :D ngeee

mashitah ismail said...

terima kasih DC..
info yg berguna!

Gee said...

itu la, DC tak pandai bab2 kimia dan sains ni. ikut je kata vet.. kalau spray yg berasaskan air, residue atau peninggalan sisa spray tu kurang meninggalkan kesan berbanding dgn penggunaan spray aerosol. Penggunaan spray berasaskan air seperti fogging ubat nyamuk. Tak ada kesan minyak pun. Kdg2 kucing stress sbb bunyi spray tu, bukannya ubat dr spray tu. So far DC tiada masalah dgn penggunaan spray berasaskan air ni....

haylind said...

yg pki cuka 2,blh pki cuka makan x?

Gee said...

haylind - tak pasti.. dan DC tak berani nak cuba. Cuka apple cider tu ada di jual di pasaraya dan juga syarikat jualan langsung cosway :)

haylind said...

dah sapu pki cmpuran cuka 2,bg kitty pki collar la ek?tkut dia jilat2 pla,kn cik dc?

Gee said...

haylind - jgn risau.. mrk boleh jilat sbb ACV (apple cider vinegar) mmg utk dimakan. DC dah google dan ramai pemilik kucing di negara barat beri kucing mrk minum ACV dgn dicampur air 50/50 untuk sakit yg berkaitan dgn pundi kencing spt batu karang..

haylind said...

oh..cm 2..btl2 bksn ke?xmpu nk bli medctd sympoo,bgs g pki homemade py..bpa tmpoh blh hilang fungus2 2 cik dc?kutu pn dpt hlg jg ke?nk pki myk ikan,ok ke kalu sapu kt kitty long hair?

Gee said...

haylind - DC dah buat entry baru mengenai cuka epal, boleh baca - Khasiat Cuka Epal Pada Kucing

Anonymous said...

thanks for da info..kucing sy baru2 ni dijangkiti fungus.pegi jpe vet kerajaan then dier kater ubt tu hnya dijual di private clinic.biler g sn,stock tgh xder...seluruh malaysia katen vet..br 2mggu tp fungus tu da merebak satu bdn kucing sy...smpai berlubang2 bdnnyer..ksian tgk dier..dua2 vet kater jgn mandikan n xder bg ubat sapu pun..ada cdgan??

Makgat moto said...

ada tk cara tradisional utk mengubati kurap kucing yang berjangkit pada manusia

Firnena said...

Salam,

berkenaan topik mencegah kurap mahupun fungus, ada sebuah teknik + penawar berkesan utk selesaikan masalah tersebut dgn mudah. sila lewati:

mencegah penyakit kurap dgn pantas - klik

sudah ramai yg beri review & puas hati. diharap luangkan masa demi kesihatan haiwan peliharaan yg disayangi. terima kasih.

enhas note said...

salam, saya blogger dari Indonesia. Datang kesini karena gambar kucing kakak yg lagi pakai Collar homemade.
Ide yg brillian, membuat Collar sendiri dari bahan piring kertas? Brilliant.
Terimakasih sudah sharing.
Have a nice day.
:)

Unknown said...

Bagus info ni..nak share yerr..
Jom singgah kat blog kucing2 kita jugak. Kami Sayang Meow.

Kimi Kurodo said...

minyak goreng ikan tu sgt berkesan. kene rajin sapu dan mandikan die setiap ari. nanti kulit2 yg terkena kurap tu akan tanggal skit2 lame2 bersih.

Unknown said...

Salam... Adakah jgkitan fungus yg dikatakan ini sama dgan kucing sy alami?? Di celah jari2 kakinya ada seperti kotoran yg berketul dan berbau busuk.. Kaki kirinya sudah luka dh berlubang.. Skrg sy cuci dgan air suam Dan sapu myak gamat...tolong...

Unknown said...

Sebab ape berlakunya kurap nihh? Sebab mandikan dia ke sebab tak mandikan dia?

Unknown said...

Aduhh..kurap.tulah msalh anak kucing sya..sy guna krim fungus manusia untuk kucing sy..bolehke?

Unknown said...

Assalamualaikum sis noor. Kucing Saye ade fungus da bnyk kli bw p vet but still. Berhenti kjp lps to dtg lg. Guna minyak yg bekas goreng ikan brkesan ke sis?

Unknown said...

ada tak cara nak rawat kucing yang ada kutu tanpa perlu ke vet???

Unknown said...

Jusz spray dan cream ni mana lagi elok

Unknown said...

Mana lagi berkesan jusz spray ke cream ni

Hisham said...

assalam

maksud Tuan, spray waterbased mosquito spray dalam litter box kucing tu ye? tiap hari ke?

untuk elakkan jangkitan fungus ya?

apple said...

sy bru amik ank kucing semggu yg lalu.tp sy x bwa meow tu g grooming.trus je bwk balik umh.3hari kemudian bru g groomingkn die n vaksin.tp after a few days grooming meow tu..ank sy kne kurap or ringworm..soalnnye skrg..ptt ke sy pkai kn yg spray bygon tu..spray setiap tmpt dlm umh sy dan dan termsk cage kucing.pastu..blh ke spray gak kt dlm litter box tu dgn pasir2 tu skali.dan last soalan sy..sy kne kuarantin kn ke meow tu dr ank2 sy yg dh dijangkiti ringworm tu.mood tgh sedih sbb bru je hepi dpt bela meow.tp last2 meow tu ad fungus n jangkit kt ank2 sy plak.tq sbb sudi respon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...