Pokok Kucing = Cat Tree (Yeah! our cat tree is done!)

Photobucket

First Aid Kit Kucing

Tikus Mainan DIY untuk si Comel

Photobucket

Fish Ball Treat

Gaya Tidur Si Comel

Photobucket

Aktiviti 3B ke Sg Lui

Share

Pada hari Deepavali baru2 ni, DC dan sebahagian rakan2 Kumpulan ALAT yang prihatin meluangkan masa membuat kunjungan ke rumah  seorang pembaca blog DC bernama Aqilah di Sg Lui, Hulu Langat.  Lawatan ini merupakan salah satu inisiatif ke arah tanggungjawab sosial projek 3B (Berkumpul, Beriadah/Berkelah, Berkhidmat) yang lazimnya dianjurkan oleh Kumpulan ALAT dimana tujuan utamanya ialah memberi sokongan moral dalam pemeliharaan haiwan kesayangan.

Aqilah, kiri sekali bergambar bersama ahli keluarganya dihadapan rumah mereka ..



dalam rumah Aqilah..

Ketika dijamu dengan pelbagai juadah, kami berkongsi cerita  dan bertukar pandangan dengan keluarga Aqilah mengenai hal2 penjagaan kucing dan perbezaan keadaan kehidupan kucing2 di bandar dan dikampung.

Adat org bertandang rumah, kami dijamu dgn mee soto..

Keluarga Aqilah menceritakan  kisah2 pahit manis kucing2 peliharaan mereka dari kisah pemandulan, pembedahan akibat dilanggar kereta, kos2 yang terlibat dan akhir sekali kisah 10 ekor kucing2 mereka yg mati dalam masa 2 minggu akibat serangan virus.

Aqilah bercerita..


antara kucing Aqilah yang diberi minum air kelapa
Marie Elias sedang membelek seekor kucing putih..

Mya sempat bermanja dengan kucing siam ni..
.. antara kucing yg dpt digomol Marie hehe

Mami Ana Lewis sedang mencuci mata salah seekor kucing di rumah Aqilah..

Antara anak kucing yang ada, dipangku oleh ahli kumpulan kami yg terkecil :)


Antara kucing yg nak ikut kami balik. Didukung oleh Cik Akazukin
Bapa Aqilah yg kaya dengan senyuman dan budi bahasa..

Oleh kerana cuaca yang tidak mengizinkan kami lama di rumah Aqilah, kami terpaksa mengundurkan diri walaupun rasa banyak lagi pengetahuan dan cerita yg boleh dikongsi lagi.. Setelah menghulurkan sedikit 'bantuan kekucingan' kami beredar.  Sempat juga bapa Aqilah menyaji dan membekalkan kami buah pisang :) *sedappp!*

bermesra sebelum berpisah..

Kami bercadang singgah di Sg Gabai untuk berkelah tapi dimaklumkan lokasi tersebut telah penuh kerana kehadiran pengunjung yg mengambil kesempatan berkelah sempena cuti umum.  Namun kak Adia Umi-e atau lebih dikenali sebagai Kak E, telah pun ke sana terlebih dahulu kerana membawa sanak saudaranya yg datang dari Port Dickson.


Bapa Aqilah memberi arah jalan ke Sungai Tekala..
(DC tgh dukung baby)

Oleh kerana Sg Congkak juga dimaklumkan sesak, kami mengambil keputusan untuk singgah di Sungai Tekala kerana ia berdekatan dgn rumah Aqilah.

Posing dgn baby depan signboard Sg Tekala.
(Gambar dari album mami Ana Lewis)
Pemandangan di sekitar Sg Tekala.
Airnya sejuk betoll!..

Cik Akazukin yg sedang 'warming up' untuk terjun mandi..

Cikgu berbaju biru tersenyum.. agaknya tgh fikir nak mandi ke tak time ni ..
(sila abaikan gambar pemandangan belakang yg tgh makan tu)

Gadis-gadis pingitan sedang bermandi manda.. :))

Gambar ni bagi DC yg paling menarik sekali..
Tak tau kenapa, tp rasa mendalam di sanubari DC melihat
senyuman di wajah Mami yg begitu bermakna.. 
Jejaka dan Jejaki yg turut serta turun mandi..
.. dan tidak ketinggalan nasi lemak yg DC masak pagi tu..
Uikkkk! Myaaa sedap sgt ke sambal  ikan bilis masin DC tu?
Sampai terkejut kita snap gambar dia..akakakakak!
(ampunnn!)
Begitulah kesudahannya lawatan aktiviti 3B kali ini. *mcm ada lagi je trip lain kali kan?* Sesungguhnya cebisan cerita dan usaha 'group support' ini  takkan berjaya tanpa bantuan kalian. Anda kenal siapa anda. Terima kasih daun keladi DC ucapkan. Semoga segala yg kita lakukan ini diberkati Allah dan dipermudahkan perjalanan kehidupan kucing2 dan seisi keluarga Aqilah hendaknya.. Amin..



3 comments:

Anonymous said...

heh! gamba yg last tu tak blh blah! kene mintak royalti ni =)) ekekekekekeke

Mya

m4rilyn said...

lupa nak tahan napas lak masa posing*gambar #8*

anyway mmg best sbb dapat kenalan baru n dapat berkongsi cerita

Mijoe said...

aktiviti yang sungguh best!! teruskan DC!! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...