Pokok Kucing = Cat Tree (Yeah! our cat tree is done!)

Photobucket

First Aid Kit Kucing

Tikus Mainan DIY untuk si Comel

Photobucket

Fish Ball Treat

Gaya Tidur Si Comel

Photobucket

Jerawat Kucing (Cat Acne)

Share


APA ITU JERAWAT KUCING (CAT ACNE)?

Sering terjadi pada dagu dan bibir bawah kucing (rujuk gambar). Sebum atau kelenjar sebaceous yang berhubung dengan folikel rambut berfungsi menghasilkan minyak untuk melembapkan kulit, mencegah kekeringan dan iritasi. Apabila sebum terhasil berlebihan, ia menyebabkan saluran folikel rambut tersumbat. Ini menyebabkan terjadinya iritasi, bengkak & infeksi dan akhirnya terbentuklah jerawat.


Kedudukan kelenjar sebaceous yang berhubung dengan folikel rambut..


SEBAB2 TERJADINYA JERAWAT KUCING

Punca sebenar bagaimana jerawat kucing boleh terjadi tidaklah diketahui. Bagaimanapun beberapa kemungkinan boleh dikenal pasti seperti berikut:

  • Stres
  • Berdandan berlebihan (excessive grooming) dimana kita terlalu kerap menyikat dan berulangkali membersihkan/mandi kucing.
  • Kurang berdandan (poor grooming) – tidak menyikat langsung (mengharapkan kucing itu sendiri membersihkan badannya) dan jarang/mandi kucing
  • Bekas makanan yang diperbuat dari plastik – Apabila bekas makanan plastik jarang dibersihkan, sifar plastik yang poros mudah memerangkap bakteria atau mikroorganisma dan seterusnya memindah bakteria ke dagu kucing ketika dia menikmati makanannya. Terdapat juga kemungkinan bahawa kucing anda mengalami reaksi alahan pada bahan plastik. 
Mangkuk makanan kucing yang tidak dibersihkan dengan betul!
  • Alahan makanan
  • Diet pemakanan
  • Kurang daya ketahanan tubuh




SIMPTOM

  • Bulu di bawah dagu menipis
  • Kemerahan dan iritasi berlaku pada kulit di bawah dagu
  • Kelihatan noda hitam (blackheads) di bawah dagu yang kelihatan seperti kotoran
  • Berlakunya infeksi sekunder iaitu bengkak yang boleh menyebabkan pendarahan di bawah dagu



Simptom yang parah - pendarahan

RAWATAN & PENJAGAAN

Jika simptom ringan:
  • Dapatkan rawatan secara luaran/topical seperti berikut :
  • Bersihkan dengan lembut menggunakan sabun antibiotik, hidrogen peroksida, iodine (Betadine) atau garam Epsom.
Garam epsom yang boleh didapati di farmasi

  • Krim sapuan Topical Vitamin A
  • Rawatan antibiotic seperti Topical Retinoid(Retin-A 0.01% gel)
  • glukokortikoid topikal (untuk mengurangi peradangan).
  • Bersihkan kulit dengan sabun atau gel yang mengandungi benzoyl peroxide (berbentul gel, ointment atau shampoo) atau klorheksidin mungkin diperlukan
Shampoo haiwan yang mengandungi benzoyl peroxide


Jika simptom yang parah:

Dapatkan rawatan di klinik haiwan. Selalunya vet akan melakukan rawatan seperti berikut:

  • Bulu di sekitar dagu dipotong supaya rawatan dapat dilakukan dgn lebih efektif
  • Pemberian antibiotik oral (untuk merawat infeksi) seperti amoxilin clavulenant, enrofloxacin atau cephalosporin;
  • Oral glukokortikoid seperti prednison untuk rawatan peradangan parah.


TIPS MENGHINDAR JERAWAT KUCING


  • Ganti bekas makananan berunsur plastik kucing ke bahan yang berasaskan seramik, tanah liat/clay atau logam (stainless steel);
Mangkuk Makanan kucing yang berasaskan tanah liat/clay dan logam tahan 
karat (stainless steel) selamat digunakan bagi menjauhi jangkitan jerawat kucing.

  • Berikan mangkuk makanan yang besar dan luas supaya dagu kucing tidak menyentuh bibir atau tepi mangkuk tersebut dan misainya juga tidak bengkok;
  • Bersihkan mangkuk makanan dan juga bekas air setiap hari;
  • Pastikan kucing anda mendapat makanan yang mengandungi zat vitamin dan nutrisi yg lengkap, yang juga mengandungi fatty acid untuk menjaga kesihatan bulunya seperti makanan premium;
  • Bersihkan dagu kucing jika kucing anda jenis kucing yang jarang membersihkan dirinya atau tergolong dari kucing yang berbulu panjang dengan menggunakan tuala lembap.
Gunakan tuala lembap untuk membersihkan dagu dan mulut kucing
 yang kita ketahui  kurang atau malas membersihkan diri.




RUJUKAN:

http://www.cat-world.com.au/feline-acne
http://cats.about.com/cs/healthissues/a/acne.htm
http://www.acne-stop.com/pets-cause-acne.html
http://www.vetbase.co.uk/information/acne-cats.php
http://en.wikipedia.org/wiki/Feline_acne

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...