Pokok Kucing = Cat Tree (Yeah! our cat tree is done!)

Photobucket

First Aid Kit Kucing

Tikus Mainan DIY untuk si Comel

Photobucket

Fish Ball Treat

Gaya Tidur Si Comel

Photobucket

DIY : Cara buat pasir kucing yang mesra alam

Share


Pertama sekali, saya ucapkan terima kasih kepada mereka yang mengikuti berita perkembangan kucing-kucing peliharaan saya. Ingin saya ingatkan bahawa mereka ini kesemuanya merupakan kucing domestik :) Saya akui memelihara 10 ekor kucing bukan la tugas mudah. Kita sendiri kena jadi orang yang rajin dan pembersih. Kalau malas pun terpaksa merajin-rajinkan diri hehe. Kalau tidak rumah jadi huru hara! (Psst - apa tah lagi saya bakal menimang 'cucu' sekurang-kurangnya 5 ekor tidak lama lagi! Tengok la posing dia dengan 'cucu' saya dalam perutnya di bawah ni hehe)

 
Boleh tak u all bayangkan perbelanjaan membeli pasir kucing untuk 10 ekor kucing? Saya mencari alternatif di Google dan juga mendapatkan nasihat dan pendapat dari rakan-rakan yang mempunyai banyak kucing. Terima kasih kepada saudara Bareen dari Kuching! Akhirnya saya menemui penyelesaian dengan membuat pasir kucing sendiri yang mesra alam menggunakan suratkhabar lama.

Kepada mereka yang ingin tahu begini cara-caranya. 

1. Hancurkan suratkhabar lama.
Gunakan
samada paper shredder, gunting atau koyakkan kecil-kecil. Rendam dengan air suam. Letak sedikit sabun mesra alam (biodegradable detergent). Saya guna serbuk sabun Ecomax dari Cosway. Ramas dengan menggunakan sarung tangan bergetah. Ketika ini air akan jadi hitam tapi suratkhabar takkan bersih sepenuhnya.

2. Rendam selama 2 jam.  Buang air dan ganti dengan air biasa tanpa menambah sabun. Rendam semalaman. (Kalau u all buat waktu cuti (weekend) tak perlu tunggu semalaman). Saya buat waktu hari khamis atau jumaat supaya proses seterusnya boleh dilakukan ketika weekend.

3. Ramas untuk membuang dakwat (ink) dan ganti air sekali lagi. Jangan lupa gunakan sarung tangan sebab dakwat suratkhabar kadangkala sukar dibersihkan dari tangan dan juga peralatan.
Letak soda bikarbonat sedikit dan ramas lagi. (Melalui Google, saya dapat tahu soda bikarbonat banyak digunakan oleh penjual buku. Ejen ni boleh membuang bau hapak pada buku-buku lama dan terpakai). Hancurkan kertas dengan pengisar (blender). (Jangan gunakan pengisar yang anda gunakan untuk kegunaan di dapur! Ini untuk mengelakkan *toot* kucing 'kepanasan' hehe)

4. Masukkan kertas ke dalam sarung bantal lama. Perah.
U all boleh perah menggunakan tangan atau mesin basuh. Saya guna mesin basuh supaya cepat kering.








5. Keluarkan kertas dari sarung bantal. Uli kertas supaya
menjadi kepingan kecil.
6. Jemur. Proses terakhir ni mengambil masa 2-3 hari bergantung pada keadaan cuaca. Ini lah hasilnya.

Menggunakan barangan terpakai, disamping dapat menjimatkan duit, pasir ni tidak berbau dan mudah dibakar selepas digunakan!






19 comments:

Anonymous said...

kak geee buatkan he he he he he... (pemalas!)

Gee said...

uik.. masalahnya cuaca tempat sis tu manjang sejuk hehe.. take a week sometimes for just 2 days punya stock :(

Anonymous said...

wow. thank you for the great idea.

Siti said...

Thanks for the info...
Saya ada 12 ekor..nak trained da tak larat sebab ada yg buat ada yg tidak.
One more thing, kenapa lately ni depa selalu gaduh la.Pening sebab bising

habidaiya cahaya petunjuk said...

bestnyer idea nih...bape lame leh tahan? hhmm.. mcm mner nk bakar..boleh bakar mcmtu je ker..?

Namie Amir said...

balik nanti nak try.thanx so much for the info.:-)

Gee said...

siti - kucing bila dah ramai mmg mcm tu. mrk ni terutama yg jantan bersifat dominan. Dah neuter/spay mereke tu? kalau dah buat kurang la bergaduh.. lg 1 cuba plug in feliway difusser.. bagi kucing tenang..

habidaiya - nak bakar tu kena fikir doploh kali hehe.. sbb pencemaran alam.. nanti jiran bising, dan ada bau jugak.. bau pahit hangit hehe..

Namie - DC tak buat lagi pasir kucing ni sbb mesin basuh rosak bahagian pengeringnya. Nak masukkan dlm mesin kering (yg boleh terus lipat baju lps guna)tak berani takut terbakar lak.. sbb mesin tu sensitif..

Afiqah Nabilah said...

Akak,berapa kos akak buat tu?Kalau kita tak blend tak pe ke kak?

liyana said...

thanks akak... Boleh buat pas ni..xdek la makan banyak duit asyik nak kene beli pasir die..hihihi

Gee said...

kos afiqah? err.. sabun tu dlm rm10.. boleh buat byk kali.. soda bikarbonat tu.. bwh rm5 je.. yg lain tenaga sendirian berhad - kos free hehe

Gee said...

kena rajin liyana hehe.. kalu tak haruss 'cap kedai'

liyana said...

bape lama tahan kalo guna pasir ni?

dalila said...

nk share bleh x?please3

Gee said...

dalila - tak de masalah.. silakan :) malah digalakkan berkongsi ilmu yg berguna..

www.arzone_71.blogspot.com said...

Nak tanya...saya baru bela anak kucing. Dia 'buang' guna litter box.. jenis pasir. Tapi pasir tu selalu lekat dicelah2 jari kaki dan mengeras..suash nak buang w/pun mandi. Cam ne nak buat ye...mintak nasihat sifu...he3.

Zuhairy W Ahmad said...

Terbaik Kak idea ni...terima kasih banyak2 sebab sudi kongsi dgn kami. Mohon share laju laju! hehehe

Unknown said...

If guna kertas a4 yg biasa tu bleh x? Ke nak kena guna surat khabar lama juga, nk try la sebab bela kucing indoor 12 ekor, biasa beli 70 80 liter pasir pun pakai sekejap jer, 10 liter tu 2 ke 3 hari jer,

Unknown said...

Tq

Unknown said...

Btl ke ni....nak tahu info dan detiles spenuh nya....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...