Cara Mandikan kucing
ShareBetul, memandikan kucing amat memenatkan dan perlu kesabaran. Rasanya setiap orang yang memelihara kucing tentu dah tau cara mandikan si comel kesayangan mereka. Kita menanganinya dengan dengan cara tersendiri. Ada juga yang mengambil jalan mudah dengan menghantarnya ke salun. Namun jika anda cuba mandikan sendiri, anda perlu bersabar dengan kerenah kucing yang kadang kala mengiau di sepanjang proses mandian! *saya la tu uhuk!*
Persediaan mandian ialah seperti berikut :-
1. TUALA MANDI yang bersih - sekurang-kurangnya 2 helai, tuala lama pun boleh. Jika kucing anda berbulu tebal dan panjang, anda tentu perlukan lebih banyak helai.
2. SYAMPU - Khas untuk kucing SAHAJA. Jangan sekali2 gunakan dog syampoo. Saya gunakan syampu kutu kerana kucing saya ni, Musyang baru je balik merempit setelah 3 hari terlepas.
Jadi, saya tak mau mengambil risiko dengan jangkitan kutu. Saya gunakan jenama Machiko sebab sehingga kini ianya bagus untuk kesihatan semua kucing saya. Ia mengandungi kombinasi ekstrak tumbuhan 'neem, citronella, tea tree & cedarwood' dan juga 'conditioner'. Kira macam 2 dalam 1 la. (Psst.. saya beli di pet shop dengan harga RM17.90 untuk 225ml. Selepas itu saya terjumpa syampu Machiko 225ml ni di Carefour dengan harga RM12.90! Huh!! - So buat la pilihan yang bijak ya?)
3. PELEMBAP atau Conditioner - khas untuk kucing SAHAJA. (Oleh kerana syampu Machiko dah ada conditioner, saya tak perlukan conditioner yang lain *Chewahh macam iklan pulak hehe*)
4. KAPAS - untuk membersihkan telinga
5. PENGERING RAMBUT (jika perlu) - Setakat ni hanya Musyang yang 'boleh tahan' dengan pengering rambut. Kucing2 yang lain hmmm... bertempiaran lari bila dengar bunyi sehingga sanggup mencederakan tuannya! Tau tak sebenarnya ada pengering khas untuk haiwan spt kucing dan anjing? Sekejap je bulu mrk dah kering. Tp harganya emmm 'fikir la sendiri' hehe Ratus ratos tuu..
6. KUCING laaa..
Cara-caranya :
1. PERIKSA KUCING - Tanggalkan kolar. (Jika ada) Perhatikan sama ada terdapat ruam, kutu atau luka. Kucing tentu bersikap agresif jika ketika mandi anda menggosok di bahagian yang sakit. Gunakan kapas untuk membersihkan telinganya. Perhatikan jika ada kutu telinga. (Nanti saya akan terangkan bagaimana bentuk kutu telinga atau parasit ni dalam tajuk yang akan datang)
2. SIKAT BULU KUCING - Perhatikan bulunya samada kusut atau bergumpal (jika bulu panjang). Sikat dengan baik, jika bulunya tidak dapat dileraikan anda boleh gunakan air dan syampu untuk cuba meluruskannya. Jika gagal, anda harus la memotong bahagian tersebut. Menyikat bulu kucing membantu air mandian menyerap ke badan kucing dengan mudah.
Bulu Musyang yang tanggal selepas disikat!
3. BERSIHKAN TEMPAT MANDI KUCING. Ini bertujuan untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku apabila kucing bertindak agresif. Jauhkan sebarang botol atau alat mandian terutama yang diperbuat dari bahan kaca.
4. SETKAN ALAT PEMANAS - Uji kepanasan air sehingga anda dapat menghasilkan air yang suam. Anda mungkin menghadapi masalah jika kucing anda takut pada bunyian - semburan. Jika ini berlaku guna air biasa yang telah dipanaskan untuk mendapatkan air suam. Air yang panas akan membuatkan kucing berasa tidak selesa dan mengeringkan kulitnya.
5. HASILKAN BUIH SABUN. Hasilkan sehingga 4 inci tinggi. Saya menggunakan basin sinki bilik air untuk Musyang. Jangan sekali-kali anda mandikan anak kucing di basin kerana ketinggian dan ruang yang tidak luas menimbulkan kesukaran. (Anak kucing mungkin jatuh dengan tidak sengaja kerana air sabun yang licin!)
6. MANDI. Masukkan kucing ke dalam bilik air dan kunci pintu juga tingkap bilik air. Ketika ini kucing akan menunjukkan reaksi cemas. Tenangkan kucing anda. Bercakap dengannya dan belai supaya ketakutannya berkurangan.
Gambar Musyang yang berada dalam keadaan agak panik hehe..
Jika kucing anda selesa, letakkan kapas (cotton ball) ke dalam telinga kucing untuk mengelakkan air dari masuk ke dalam telinga. Letak kucing ke dalam air buih perlahan-lahan. Sembur air dari nozel shower ke badan kucing membasahi bulu. Elakkan dari menyembur muka kucing! Memadai anda menggunakan tapak tangan dan menggosok mukanya beberapa kali. Curahkan syampu di tapak tangan dan mulai menggosok seluruh badan kucing hingga menghasilkan buih di badannya. Elakkan dari menggosok di tempat luka. Saya mengambil masa 15 minit menggosok badan Musyang kerana kotornya yang agak luar biasa. Bersihkan sabun di badan kucing dengan semburan air suam. Ulang sekali lagi. Lumurkan dengan air sabun sehingga anda pasti semua kotoran telah hilang. Bersihkan dengan semburan air suam sehingga anda pasti tiada sisa2 sabun ketinggalan. Lurutkan badan kucing dengan tangan anda sehingga tiada lagi sisa air atau lebihan sabun. Ini penting kerana sisa syampu (residue) yang masih melekat di badan kucing akan menyebabkan kucing anda dijangkiti ruam dan kurap. Proses memandikan Musyang mengambil masa selama lebih kurang 45 minit kerana menggunakan syampu kutu dan saiz badan dewasanya. Jika anda menggunakan syampu biasa, anda hanya perlukan sekurang2nya 20 minit sahaja.
7. KERINGKAN. Guna tuala untuk mengeringkan bulu kucing di tempat mandian sehingga tiada lagi air yang menitik dari badan kucing. Keluarkan kucing dari tempat mandian dan mulakan proses pengeringan menggunakan pengering rambut, hanya jika kucing anda ok dgn pengering rambut. Jika tidak, anda keringkan dia menggunakan tuala sahaja.
Ini lah hasilnya. Musyang tidur dengan nyenyak selepas bulunya kering :)
14 comments:
It looks like you have it just fine. It looks nice, Allison of Just My Day Blog
Tq Allison! I did it! It took me for about an hour after i emailed u. I managed to do it with another link that provide blogger step by step instruction. I am sooooooo happy! :))
Hahaa ... I like Musyang face on the sink! He must be thinking "Oh god, not again!"
Yezza lupie.. he will have to be bathed again and again coz he's considered as outdoor cat.. even i try to lock him inside the house, he managed to open the sliding door by himself!
Hai Gee,
Nampak mcm senang je nak mandikan depa ni tp Tuhan je yg tahu mcm mana kuyupnye kucing2 tu, mcm tu jugakla kuyupnye tuan kucing. Hehehehe
Tapi akak ada sekor kucing yang teramat garang dan susah nak mandikan atau gunting kuku dia. Last2, biar je dia mcm tu. Sib baik kucing akak jenis tak kuar umah so kira ok lagi la
btulah kucing mmg panic bile msk bilik air...:)
Saya tak boleh mandikan kucing sendirian, kena ada assistant :P
*CHiku terlalu garang dan perlu dihantar ke vet untuk mandikan malah vet perlu bius baru boleh mandikan dia... cost pun jadi berganda :/
hye.... saya ada seekor kucing.. saya ada masalah bila mandikan dia.. dia seperti takut pada air.. dia akan menjadi agresif.. apa yang patut saya lakukan??
terima kasih infonya.
kucing saya sangat garang..macam mana hendak mandikan dia.. takut dia akan mencederakan tuannya ni hehe..
kalau cat tu baru beranak , agak-2 elok tak kita mandikan dia ?
assalamualaikum.. tumpang tanya, syampu tu mmg elok utk hapuskan kutu kucing ye? selain carefour kat mana lagi sng nak dpt? kat mana2 ket shop rasanya ada kan? nk cuba carilah mlm ni..sbb risau la kucing2 sy dah kena jangkit kutu.. hukhuk..mohon beri jawapan di blog sy ye..
norumara.blogspot.com.
terima kasih.. ;)
assalam...nk tnya skit bleh..? seberapa kerap kita perlu/boleh mandikan kucing kita?seminggu sekali? sebulan sekali? 3-4 bulan sekali?.kalau kerap mandikan kucing ada apa2 kesan x mcm bulu kucing patah ke, apa ke...tq ^_^
assalam...nk tnya skit bleh..? seberapa kerap kita perlu/boleh mandikan kucing kita?seminggu sekali? sebulan sekali? 3-4 bulan sekali?.kalau kerap mandikan kucing ada apa2 kesan x mcm bulu kucing patah ke, apa ke...tq ^_^
Post a Comment