Masakan untuk kucing - resipi sup ayam
ShareYumm yummm! Malam tadi saya mencuba resipi sup ayam untuk si comel. Lazimnya sup ini mudah membangkitkan selera mereka sebaik sahaja menghidunya. Tahukah anda sup ayam ni amat bagus diberikan pada kucing yang sakit? Jika si comel yang sakit enggan makan dengan sendiri, anda boleh suapkan mereka dengan sup ini (tanpa ayam) dengan menggunakan picagari. Walau bagaimanapun jika anda ragu2 dengan khasiatnya, anda diminta merujuk kepada vet anda. Pada yang ingin mencuba boleh la mengikuti resipi ini. Bahan-bahan : * 2 ketul ayam (peha atau dada) * setengah batang karot (dicincang) * 2 sudu jagung * 2 sudu kacang hijau pea * 1 kiub stok ayam (jika suka) Cara-caranya :
- Rebus ayam bersama 1 kiub stok ayam selama 25-30 minit atau sehingga ayam benar2 masak.
- 10 minit terakhir masukkan karot, jagung dan kacang hijau pea.
- Angkat dan biarkan sederhana sejuk. Siap!
2 comments:
kalau anak kucing usia dalam 1bln lebih dah boleh bg makan..makanan mcm ni ke??
klu gune sayur forzen tu leh ke? kan dh siap de yg jagung, carrot n pea's tu kn? leh ker?
Post a Comment