Pokok Kucing = Cat Tree (Yeah! our cat tree is done!)

Photobucket

First Aid Kit Kucing

Tikus Mainan DIY untuk si Comel

Photobucket

Fish Ball Treat

Gaya Tidur Si Comel

Photobucket

Masakan untuk kucing - resipi sup ayam

Share

Yumm yummm! Malam tadi saya mencuba resipi sup ayam untuk si comel. Lazimnya sup ini mudah membangkitkan selera mereka sebaik sahaja menghidunya. Tahukah anda sup ayam ni amat bagus diberikan pada kucing yang sakit? Jika si comel yang sakit enggan makan dengan sendiri, anda boleh suapkan mereka dengan sup ini (tanpa ayam) dengan menggunakan picagari. Walau bagaimanapun jika anda ragu2 dengan khasiatnya, anda diminta merujuk kepada vet anda. Pada yang ingin mencuba boleh la mengikuti resipi ini. Bahan-bahan : * 2 ketul ayam (peha atau dada) * setengah batang karot (dicincang) * 2 sudu jagung * 2 sudu kacang hijau pea * 1 kiub stok ayam (jika suka) Cara-caranya :

  1. Rebus ayam bersama 1 kiub stok ayam selama 25-30 minit atau sehingga ayam benar2 masak.
  2. 10 minit terakhir masukkan karot, jagung dan kacang hijau pea.
  3. Angkat dan biarkan sederhana sejuk. Siap!
Di sini saya masak untuk anak kucing dan kucing dewasa. Untuk anak kucing blender isi ayam yang telah direbus tadi bersama karot, jagung dan kacang hijau pea. Inilah hasilnya. Setengah2 kucing dewasa tidak gemar dengan isi ayam. Untuk itu saya rebus leher ayam dan dada ayam yang terdapat sedikit isi. Tulang-tulang ini sangat bagus untuk kesihatan gigi mereka kerana mempunyai kalsium. Jika kucing anda gemar dengan isi ayam anda boleh campurkannya bersama sayur2an tadi. Oleh kerana kucing lazimnya sukar makan sayur, anda boleh hancurkan dalam mixer dan gaulkan dengan isi ayam yang telah dicarikkan. Nanti saya akan postkan lagi resipi yang lain khas untuk kucing kesayangan anda! :)

2 comments:

+jAnNaH kHai+ said...

kalau anak kucing usia dalam 1bln lebih dah boleh bg makan..makanan mcm ni ke??

DariJiwa said...

klu gune sayur forzen tu leh ke? kan dh siap de yg jagung, carrot n pea's tu kn? leh ker?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...