Pokok Kucing = Cat Tree (Yeah! our cat tree is done!)

Photobucket

First Aid Kit Kucing

Tikus Mainan DIY untuk si Comel

Photobucket

Fish Ball Treat

Gaya Tidur Si Comel

Photobucket

Hukum Kembiri/Kasi/Mandul Kucing dalam Islam

Share

Semasa menghantar Jerry & Totty berjumpa Vet di wangsa maju baru-baru ni, saya terpandang potongan kertas yang dipaparkan pada papan kenyataan di klinik tersebut mengenai hukum mengembiri/kasi/mandulkan kucing dalam Islam oleh JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia). Begitu lama saya cuba menghindarkan diri dari mengembirikan kucing saya, namun apabila dibiarkan sehingga menjadi 10 ekor hanya dalam masa 6 bulan, anda semua tentu faham macam mana keadaannya dalam masa setahun, 2 tahun yang akan datang. Apatah lagi saya yang sering tidak mempunyai cukup waktu untuk menguruskan mereka. Masalah kesihatan kucing dan keluarga juga mula timbul. Saya ajukan persoalan ini kepada ibu kesayangan. Dia juga sukar menerima kenyataan yang saya berniat untuk kembirikan kucing2 saya. Melalui sebuah forum yang saya sering kunjungi, saya terjumpa 'thread' mengenai persoalan ini. Beliau yang bukan berbangsa islam banyak melibatkan diri dalam aktiviti sukarela menyelamatkan anjing dan kucing, telah mengajukan soalan yang serupa kepada laman web JAKIM kerana baginya ramai orang2 islam sukar kembirikan kucing kesayangan mereka baik dari sudut agama juga dengan pelbagai alasan. Begini lah jawapan yang diberikan oleh JAKIM kepada beliau : Memandulkan binatang yang harus dimakan dagingnya seperti lembu, kerbau, kambing dan sebagainya adalah harus hukumnya tetapi hendaklah dimandulkan binatang itu semasa kecil untuk menjadikan ia lebih gemuk. Walau bagaimanapun, menurut Keputusan Panel Kajian Syariah pada 3&4 April 2000, mengembiri binatang kesayangan yang tidak boleh dimakan seperti kucing atau anjing adalah diharuskan dengan sebab-sebab tertentu iaitu bagi menjaga maslahah ammah. Maslahah ammah bermaksud jika binatang itu membawa penyakit atau menjaga keselamatan manusia serta kesejahteraan persekitaran dan sebagainya. Seterusnya saya terjumpa pula link dari persatuan kucing - http://www.felinemalaysia.com/FAQ_BM.htm#HUKUM_NEUTER/MENGKASI_KUCING Berikut ialah petikan dari laman web tersebut menjelaskan persoalan saya: Below is the "fatwa" issued by JAKIM (July 2002): "All pets like cats and dogs are allowed to be neutered or spayed in order to maintain the health and welfare of both the animals and the community." "Bahawa mengembiri binatang kesayangan seperti kucing atau anjing hukumnya adalah diharuskan dengan sebab-sebab tertentu iaitu bagi menjaga muslahat ummah." After studying the messages of the aforementioned "mazhab"s and the medical viewpoint, 'JAKIM' has decided that neutering of cats for reasons of 'maslahat' is acceptable. It is in agreement with 'qaedah' (way) Fiqhiyyah which states "To choose the lesser of two evils". HUKUM JUAL/BELI KUCING HARUS menjual binatang yang tidak boleh dimakan atas sebab minat atau kebolehan tertentu seperti kucing dan monyet untuk perhiasan dan memanjat buah kelapa dan ular untuk kajian. Tetapi HARAM menjual binatang liar yang tidak dijinakkan dan bukan bertujuan untuk kebaikan seperti kajian contohnya kucing liar, harimau yang bukan untuk kajian atau pelajaran.

Setelah berbincang dengan panjang lebar dengan pihak JAKIM, adalah disimpulkan bahawa :- Secara am, HARUS mengkasi apabila proses tersebut membawa kebaikan yang lebih kepada haiwan tersebut. Antaranya :- 1. Mengkasi dapat menghindarkan haiwan peliharaan daripada penyakit, garang, kencing merata-rata. spray, buang air merata-rata dan stress apabila tiada haiwan betina. 2. Mengkasi di HARUSkan apabila kita dapat mengelakkan masalah apabila haiwan tersebut tidak di kasi. seperti, beranak-pinak sehingga kita tidak mampu menjaganya dan terpaksa membuang haiwan tersebut, apabila kita tidak tahu menjaga haiwan tersebut apabila ia melahirkan anak. 3. Menjual haiwan yang dikasi diHARUSkan apabila kita tidak dapat mempastikan bahawa pembeli haiwan tersebut tahu akan masalah-masalah yang akan wujud apabila haiwan tersebut tidak dikasi dan bagi mengelakkan masalah-masalah yang mungkin wujud sekiranya haiwan tersebut tidak dikasi. 4. Mengkasi dibolehkan apabila kita tidak mengetahui asal-usul dan tahap kesihatan haiwan tersebut yang mana ia boleh memberi masalah apabila haiwan tersebut dibiakkan. 5.Didalam peraturan pertandingan iaitu kucing tertentu mestilah di NEUTER atau SPAY. Ia adalah bertujuan untuk mengelakkan kucing tersebut digunakan untuk tujuan yang kurang baik seperti membiakkan secara terlampau tanpa mengira kesihatan kucing tersebut dan keraguan keatas genetik kucing.Apabila timbul keraguan, dan jika pilihan terbaik ialah meletakkan syarat tersebut maka ianya dibolehkan.
Dengan penjelasan ini, saya berharap rakan-rakan yang mempersoalkan tindakan saya tidak lagi ragu-ragu dengan tindakan saya untuk kembirikan kucing2 kesayangan saya yang kini telah pun menjadi 13 ekor kesemuanya.

10 comments:

Anonymous said...

i have no qualms about spaying/neutering my cats tp kan dat day time i kat klinik kembiri, there was this girl bawak stray pussy cat.. vet tu ckp kene potongtelinga die sbb nak identify just in case nnt terbuat dua kali plak =( then die ckp tak sakit.. siannye =( other than that i think bagus la kembiri ni.. just syg kot2 later i nak babies tapi takpela.. dr derang gatal i rela je =)

Gee said...

really??.. that is so cruel!.. tak de options ke how to mark this stray cat supaya vet tak buat redundant work?

Follow your heart dear.. as myself i have already neuter my Musyang on June 1st. Tp tak de entry lagi sbb tak de masa. I buat keputusan kembirikan dia sbb dia sudah ada 3 generations. Tak larat dah nak jaga as i already have 14 cats now :).. Dari 14 ekor ni, 8 ekor tu anak Musyang hehe.. so close shopp!!

mOLLie said...

saye pon baru je kembirikan kucing...memang mula2 terasa macam siksa binatang, tapi utk kebaikan kucing tu gak...

Gee said...

Hai Mollie, tahniah kerana anda telah melepasi fasa kembiri!

Anonymous said...

betulkah kita perlu membayar fitrah sekiranya mengkasi kucing

yaya

Anonymous said...

Saya baru-baru datang di blog Anda dan telah membaca bersama. Saya pikir saya akan meninggalkan komentar pertama saya. Aku nggak tahu apa yang harus kukatakan kecuali bahwa saya telah menikmati membaca. Nice blog..

DearCats said...

Anonymous - mengenai zakat, anda boleh google dalam pusat pungutan zakat. Jawapan yang tepat ialah - Kewajipan menunaikan zakat hanya ke atas orang Islam sahaja yang cukup syarat wajib berzakat

Anonymous said...

Wow! Terima kasih! Saya selalu ingin menulis dalam sesuatu situs saya seperti itu. Dapatkah saya mengambil bagian dari posting Anda ke blog saya?

Gee said...

Nmpknya ada yg tak berpuas hati dgn luahan hati DC di sini. tp yg pelik letak "Anonymous".. minta DC berterus terang.. tp sendiri?

Hello sista/bro ckp baik2 pun boleh kan? Adakah dgn kemarahan dan exclamation mark byk2 tu boleh mengubah dunia? fikir2 kan lah..

Esan Ihsan said...

Thanx for sharing :) Sya tgh fikir sama ada nak neuter atau cari pasangan utk my dearly mojo cos skrg ni kucing sya tu slalu bad mood and suka cakar or gigit org :')

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...