Ujian Pemeriksaan FeLV dan FIV
Share
FeLV bermaksud "Feline Leukemia Virus" yang menyebabkan penyakit kanser pada kucing. FeLV merupakan penyebab utama penyakit dan kematian kucing domestik. Virus FeLV yang digelar "Retrovirus" merupakan di bawah keluarga yang sama dalam Feline Immunodeficiency Virus (FIV) dan Human Immunodeficiency Virus (HIV) atau Virus Kurang Daya Tahan Sakit Manusia yang membawa kepada penyakit AIDS. FeLV hanya terdapat pada kucing sahaja.
Apabila saya membuat keputusan untuk mendapatkan vaksin pertama Musyang pada (to be filled), saya dinasihatkan untuk buat ujian AIDS oleh kerana Musyang jenis 'outdoor cat' dan sering keluar rumah tanpa izin tuannya. Atas nasihat veterinar, Musyang perlu melalui pemeriksaan FeLV untuk mengetahui sama ada dia dijangkiti FIV.
Sebelum tiba pada tarikhnya Musyang terlepas lagi! Dia memang pandai membuka sliding door di rumah.. Bila sampai waktunya, Musyang balik ke rumah. Gambar ni ditangkap ketika dalam perjalanan ke klinik..
Tengoklah hidungnya yg kotor! Peraturan vaksinasi memang meminta empunya kucing untuk tidak mandikan kucing seminggu sebelum dan seminggu selepas vaksin.
Bulu di bawah leher dicukur terlebih dahulu sebelum darah Musyang diambil untuk ujian. Sedih jugak tengok dia diperlakukan begini.. Namun fikir kerana sayang, saya lakukan.
Selepas tu, saya harus menunggu sekurang-kurangnya 10 minit untuk mendapatkan keputusan tersebut. Berdebar-debar jugak hati saya.. Maklumlah jika positif, Musyang akan cenderung menghidap AIDS..
Sementara menunggu keputusan, vet berbincang mengenai pentingnya vaksinasi pada kucing *terpaksa dengar walaupun dah tau*..
Alhamdulillah.. rasa nak melompat sewaktu menerima keputusan ini. NEGATIF!
Namun begitu, saya difahamkan keputusan ini bukanlah 100% tepat! Musyang mungkin tergolong dalam kategori "infeksi FeLV tahap rendah" kerana terlalu halus kadar pecahan, seperti 0.001%. Pemeriksaan ini hanyalah sebagai langkah waspada terhadap wabak ini yang semakin merebak dan tidak begitu diketahui umum.
Sebelum vaksin pertama diberikan, Musyang dilumuri dengan Frontline Spray - sejenis ubat kutu.
Vaksin TRICAT (Feline Panleucopenia, Rhinotracheitis, Celici) atau Tetracat (Tricat+Chlamydia) merupakan vaksin pertama yang sepatutnya diberikan kepada kucing yang berusia 8-9 minggu atau lebih 2 bulan. Dalam kes Musyang, saya selaku tuan punya kucing lambat sedar kepentingan vaksin ini hehe..
Namun tak lah terlambat dari tak mendapatkannya langsung hehe.. *cover line*
3 comments:
hurm my vet cakap dh ade vaccine utk FIV and leukimia, rm 60 skali ngan deworm.. i didnt know abt the mandi part... cause they only told me that i couldn't bathe them before putting frontline not vaccination purposes, thank for the info!
hi chibimoruku.. emm that sounds very cheap! dekat mana tu? Yes they do have FIV & Leukemia vaccines. I chose FeLV as i've read abt pros n cons abt both viruses. I have been to few vets, the cost for FIV itself the minimum is rm175 for one shot.. FYI, a total to three shots, or "boosters" of FIV, are needed in order to complete the series. The owner MUST return at set three-week intervals so that the cat receives separate doses of the vaccine at scheduled times. But, keep in mind that the FIV vaccine is between 40% and 60% effective. That's why i choose FeLV test as it is less suffering. The choice is yours.. You may have to google further info before you make a choice..
Psl tidak mandikan sebelum dan selepas vaksin tu most vets will advice this before given the jab..
sorry i didn't realise that u replied to me comment =) hurm dekat seksyen 13 shah alam, owh since u cakap mahal better u call em first and check kot2 i silap bace, here's the no. 0355116182
Post a Comment