Pengalaman pertama hantar kucing "for adoption"
ShareTerus terang saya katakan, kini kucing2 saya meningkat hingga 35 ekor di rumah. Sebenarnya bukan semua kucing2 yg ada tu kucing saya tapi ditambah dengan kucing2 liar yang datang tapi tak mau pergi! huhu!.. Yg pasti mereka datang perlukan perlindungan dan makanan. Oleh kerana keadaan kewangan kami mula menggugat kebajikan mereka, makanan kucing jenis premium bukan lagi menjadi pilihan utama. Tak dinafikan mmg teramat risau bila memilih makanan kucing biasa kerana faktor kesihatan mereka pasti agak merosot. Dgn keadaan begini, saya perlukan pendekatan drastik.
Saya mula berjinak kembali di petfinder.my dan mendapat nasihat rakan2 di sana. Dari situ bermula la episod “Cat for adoption”.. Saya di ajar bagaimana mencari tuan baru kepada kucing2 yg bakal dihantar untuk adoption. Ini amat perlu bagi mengelak perkara2 yg tak diingini seperti mereka yang menyamar untuk adopt kucing tapi sebaliknya mereka menjualnya kembali dengan harga yg murah di pasaran bergantung kepada keunikan kucing tersebut. Ada juga yg adopt untuk membiak baka kucing tersebut dengan tujuan meraih keuntungan.
Ini lah dia kucing yg pertama yang saya panggil 'panda' dihantar utk adoption di petfinder pada 26 Jun 2010, selepas seminggu dia bersama saya. Berusia 3 bulan, DSLH (Domestic semi long hair), betina.. See how adorable she is!
Alhamdulillah, selepas menerima sms dari lima (5) hamba Allah yang berminat memilikinya dengan percuma dan menemuduga mereka, saya berjaya bertemu dengan adopter, tuan baru Panda pada 1 Julai 2010. Jauh di suduht hati saya rasa beliau menepati pilihan saya, yg saya rasa dapat curahkan kasih sayangnya pada Panda. Beliau ialah Wan Nasuha dari Shah Alam. Wan Nasuha memberi nama "Adik" kepada Panda.
Pulang ke rumah saya menitiskan air mata kerana sebak kehilangan Panda. Ketika itu saya masih lagi menerima sms yang berminat dgn Panda. Esoknya saya update dlm web tersebut bahawa Panda telahpun di adopt supaya tiada lagi sms diterima.
Sebenarnya amat payah saya melepaskan Panda kerana mmg naluri saya amat menyayangi makhluk Allah jenis ini. Malah saya mendapat tentangan dari anak dan suami. Saya pujuk hati dan bagi penjelasan kepada mereka. Kalau sekadar sayang, namun dikurung setiap masa, apa lah ertinya. Hanya manis dipandang tetapi kurang membela
i kerana kucing2 yg ada terlalu ramai jumlahnya... Oleh kerana itu mereka akur..
Saya tidak lepaskan Panda begitu saja, saya masih berurusan dengan Wan Nasuha dari segi memberi nasihat dan bimbingan dalam memelihara haiwan ini..
Kini saya sedang dalam proses menghantar kucing yg kedua untuk di adopt. Ini lah Boboi.. berusia 7 bulan, jantan, DSH (Domestic Short Hair), sihat.. Kali ini saya mengenakan caj sebanyak RM50 bagi kos kembiri, harga yang ditetapkan oleh Kelinik Kembiri DBKL, Setapak. Published today, 6 June 2010..
UPDATE ON 21/09/10
Kerana kesibukan lupa nak update.. Boboi aka Aning telahpun mendapat ma dan pa baru pada 7 Ogos 2010!.. Terima kasih Lisa!.. Terima kasih petfinder!
3 comments:
sedihnya terpaksa berpisah dgn si comel kan..
mmg sedih klu nak lepas kan kucing yg kita bela..
tp klu org yg jaga kucing 2 jaga dgn baik kite pon rase happy.. :)
meowwmania, juz call me sharz, mmg betol. Ada baca 1 thread dlm forum, sekiranya kita nak jadi rescuer, kita tak boleh too attached dgn kucing yg kita rescue.. tu sbb sy let go Panda tu cpt2 bila tgk suami dan anak2 dah mula membangkang idea sy utk beri adopt pd org.. mrk dah jatuh hati dgn manja & nakal dia..
Post a Comment