Pokok Kucing = Cat Tree (Yeah! our cat tree is done!)

Photobucket

First Aid Kit Kucing

Tikus Mainan DIY untuk si Comel

Photobucket

Fish Ball Treat

Gaya Tidur Si Comel

Photobucket

Bagaimana nak tau kucing kita pekak?

Share


Ada pembaca yang ingin tau bagaimana kita mengesan kucing yang pekak. Saya sebenarnya telahpun membuat sedikit penyelidikan menerusi pembacaan di internet dan mempraktikkanya sebelum pertanyaan itu diutarakan. Kini, saya tahu kucing siam saya, mempunyai masalah ini. Patutlah dia sering terperanjat bila saya membelai dari arah belakangnya!



Ada pemilik kucing tidak pernah tahu sama ada kucing mereka mengalami masalah pendengaran. Ini adalah kerana masalah pendengaran kucing jarang berlaku melainkan atas sebab-sebab penyakit seperti sakit tua, jangkitan telinga dan albino ataupun pernah cedera ditimpa kemalangan. Masalah pendengaran pada kucing boleh dikategorikan sebagai :

  • pekak sepenuhnya
  • hilang separa pendengaran (separuh pekak)
Kepada anda yang bercita-cita ingin memelihara kucing, sila masukkan aspek ini apabila memilih kucing yang terbaik untuk diri anda kerana ada kemungkinan perkara ini tidak dimaklumkan secara sengaja (kerana nilainya menjadi defisit) atau tidak sengaja (tidak diketahui oleh rescuer atau pun sipenjual).Kucing berbulu putih memang tidak dinafikan, amat disenangi oleh semua peminat kucing namun seperti yang telah dimaklumkan pada entry yang lalu, kucing yang mempunyai 100% bulu putih berpotensi memiliki ciri albino dan mengalami masalah pendengaran pada mata yang berwarna biru.

Warna biru di kedua belah mata boleh bermaksud pekak di kedua belah telinga manakala biru pada sebelah mata sahaja (odd-eyed cat) membawa erti pekak sebelah. Harus diingat sekali lagi, semuanya ini bergantung pada genes yang diwarisi. Vet anda boleh memberi kepastian sama ada kucing anda mengalami masalah pendengaran. Namun anda boleh menguji sendiri kucing-kucing yang ingin anda pelihara atau yang telahpun anda miliki. Kucing yang mengalami masalah pendengaran boleh dikesan melalui kaedah :

PEMERHATIAN TABIAT/KELAKUAN

Tiada tindak balas

  • Tidak memberi tindak balas atau mengabaikan anda apabila anda bercakap dengannya.
  • Tidak datang bila dipanggil atau tidak peduli bila mendengar gemersik beg makanan yang anda buka atau ketika bunyi makanan tin dibuka (walaupun dia boleh berlari mendapatkan anda bila melihat ada makanan dalam mangkuk makanannya).

Sifat Tidur

  • Kerap tidur
  • Tidak mudah jaga dari tidur melainkan anda menyentuhnya. Tidak mengendahkan bunyi bising atau sesiapa yang berada dikelilingnya.

Berkelakuan ganjil

  • Menunjukkan sikap tidak selesa terhadap telinganya – Sering menggaru telinga atau menggoyangkan kepalanya.
  • Hilang arah atau mendapatkan anda dari arah yang salah (bertentangan) apabila dipanggil.

PEMERIKSAAN FIZIKAL


Ujian Tepuk Tangan Yang Pertama

Bila kucing anda tidak melihat tepuk tangan anda sekali, sekuat-kuatnya. Jika ada respon, dia tiada masalah pendengaran. Ujian ini boleh juga dilakukan ketika kucing anda tidur.Bagi kucing yang telah berusia dan tidak memberi tindak balas bila anda membuat tepukan, dia mungkin tidak pekak tetapi bermaksud telah lali/biasa dengan bunyi bising yang didengari disepanjang usianya.

Ujian Tepuk Tangan Yang Kedua

Sekiranya dalam ujian pertama tadi kucing anda tiada respon, lakukan ujian yang kedua - tepuk tangan dengan kuat berulang kali. Kalau kucing anda jenis tidak peduli dengan bunyi bising, tepukan ini tentu akan membuatnya menoleh untuk melihat apa yang anda cuba lakukan.

Ujian Hentakan


Hentakkan kaki anda ke lantai berulangkali jika ujian pertama dan kedua tadi tidak berjaya. Atau jatuhkan sesuatu yang berat seperti buku ke lantai. Sesetengah kucing menunjukkan respon dengan ujian ini kerana mereka dapat mengesan getaran atau vibrasi (vibration) perbuatan tersebut.

Ujian Suara

Jangan menjerit pada kucing anda. Sebaliknya, dengar dia bercakap (meowing). Kucing yang pekak mempunyai suara meow yang tinggi dari kucing biasa ATAU tidak mempunyai suara langsung.

REKOD SEJARAH RAWATAN YANG LENGKAP

Tentunya kucing yang mempunyai rekod sebegini dapat dikesan masalah pendengarannya dengan mudah oleh vet-vet yang berkenaan.


Jika anda dapat mengesan masalah pendengaran pada kucing anda atau pada kucing yang bakal anda miliki sila dapatkan pengesahan dari vet mengenai perkara ini kerana anda perlu bersedia menghadapi kemungkinan-kemungkinan berikut:
  • berpotensi menghidap kanser
  • sensitif pada cahaya matahari
  • tidak dapat menyerang balas terhadap musuh yang menyerang
  • berpotensi melahirkan anak kucing yang mempunyai masalah yang sama

BAGAIMANA NAK JAGA MEREKA?


Jika sudah sayang, segala cabaran sanggup kita tempuhi. Kalau dah tau kucing kita mempunyai masalah ini, tentu kita akan cuba atasi sebaik mungkin. Mungkin beberapa perkara berikut boleh anda praktikkan.

Pasangkan rantai kolar leher yang berloceng.Untuk memudahkan kita mengesan kedudukan mereka, kerana mereka mudah ditimpa bahaya. Jika anda membawanya keluar rumah sentiasa pasangkan leash. Seboleh-bolehnya mereka tidak digalakkan tinggal di luar rumah! Bayangkan jika anjing menyerang atau tidak mendengar hon kereta!

Latih dengan sabar

Mereka tidak dapat bermain dengan anda seperti mana kucing yang normal. Latih mereka dengan sabar supaya anda dan dia dapat memahami antara satu sama lain.

Guna bahasa isyarat

Kucing tidak mendengar arahan anda tetapi dapat melihat. Gunakan isyarat tangan bila berkomunikasi dengan mereka. Contohnya jika anda mahu dia menghampiri anda, hulurkan tangan anda atau dengan cara melambai. Bila dia datang, beri lah ganjaran seperti memberi makan sedikit kibble di tapak tangan. Sesetengah kucing memerlukan masa hanya sehari, ada juga yang nemngambil masa yang agak lama kerana sukar memahami syarat yang anda berikan.

Guna deria bau

Kucing mempunyai deria bau yang kuat. Anda boleh memanggil dia datang dengan menggoyangkan makanan yang berbau ikan atau ayam rebus di hadapannya. Bila dia terbau, tentunya si comel akan berlari mendapatkan anda.

Guna deria sentuh

Anda tentu tidak mahu membuat kucing anda menjadi agresif atau mudah panik kan? Kucing yang mengalami masalah pendengaran pastinya tidak mendengar sesiapa atau sesuatu yang datang ke arahnya. Oleh itu usahlah memberi kejutan dengan datang dari arah belakangnya. Untuk itu, ketika dia sedang tidur atau ketika dia tidak menoleh pada anda, latih diri anda tampil di hadapannya dan sentuh serta belai lembut.

Maklumkan

Jika anda ingin keluar rumah, beritahu kucing anda. Sama ada dengan latihan di atas atau bahasa isyarat. Sentuh atau belai dia dihadapannya, atau hentakan kaki sebagai tanda anda mahu keluar rumah. Sebaliknya jika kucing anda sedar yang anda tiada disisinya atau dapat mengesan yang anda tidak bersamanya, si comel boleh keliru, cuba mencari anda dan seterusnya juga boleh keluar rumah tanpa pengetahuan anda.

Kembiri

Anda boleh mengatasi masalah ini dengan mengembirikan mereka. Bagi saya perkara ini amat penting, kerana anak-anak yang mereka lahirkan berpotensi mengalami masalah yang sama. Sebolehnya tentu anda tidak mahu perkara ini berpanjangan kan?


Akhir kata, nasihat saya, sekiranya anda memiliki kucing yang mengalami masalah pendengaran, usahlah panik dan kecewa. Sayangi lah mereka kerana mereka juga sama seperti kucing yang lain, cuma mereka datang dengan pakej yang berbeza :)

Ada sesetengah laman web yang saya baca menyarankan anda tidak perlu berjumpa vet jika anda sendiri dapat mengesan masalah pendengaran pada kucing anda kerana vet juga akan melakukan pemeriksaan yang sama malah mengenakan bayaran pula.

Pada pandangan saya, apalah salahnya anda berjumpa vet kerana ianya lebih pasti. Silap hari bulan rupanya kucing anda tidaklah pekak tetapi mengalami masalah bebola tahi telinga yang banyak, yang menyumbat gegendang telinga! (mungkin sebab anda jarang membersihkannya atau anda baru adopt atau beli)


Rujukan :
http://www.ehow.com/list_6330194_symptoms-deaf-cat_.html
http://www.ehow.com/how_6221926_tell-white-cat-deaf.html
http://www.ehow.com/how_5638982_determine-cat-deaf.html#ixzz1225eDWPX
http://wiki.answers.com/Q/How_can_you_tell_if_your_cat_is_deaf
http://www.ehow.com/how_5937366_cope-deaf-pet.html#ixzz122WBlhfi

2 comments:

Anonymous said...

"Red"(siam) ade masalh pekak ni.. , dia selalu mengejut mrh kcng yg lain bile ade yg nk kawan ngan dia,sampai kucing2 kat umah ni semua senyap bile duk ngan dia..hehe

fauzilah maidin said...

Kita pun pernah bela kucing pekak, si putih mati pada usia 9 tahun, nyanyuk plak tu, gigi tanggal, tinggal taring jer, pastu pelupa, suka naik kereta, nak aircond!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...