Pokok Kucing = Cat Tree (Yeah! our cat tree is done!)

Photobucket

First Aid Kit Kucing

Tikus Mainan DIY untuk si Comel

Photobucket

Fish Ball Treat

Gaya Tidur Si Comel

Photobucket

Pertandingan Kucing Baka Tempatan

Share


Apa lagi kawan-kawan? Ayuh! Rebutlah peluang ni. Disamping dapat nikmati keseronokan pengalaman bertanding bersama-sama si comel, tentu banyak tips dan petua yang boleh perolehi nanti.



Mungkin poster di atas agak kabur, untuk lebih jelas, sila maklum bahawa pertandingan 2nd Malaysia HHP Cat Show 2010 ini akan diakan pada hari Ahad, 19 Disember 2010, di The Mall, Jalan Putra, Kuala Lumpur.

Pertandingan (Show) ini hanya untuk kucing-kucing baka tempatan yang tiada sijil (non-pedigree) atau baka campuran yang jelas tidak menyerupai kucing berbaka atau ciri-ciri kucing bersijil.

Saya masukkan entry ni sebab pemenang kategori anak kucing jantan berbulu pendek (male kitten short hair) pada Show yang pertama, merupakan kucing yang diadopt oleh mummy Yana. Percaya atau tidak kucing mummy Yana asalnya kucing jalanan (stray cat)! Saya akan masukkan entry ini kemudian.

Untuk pengetahuan semua, pertandingan ini buat pertama kali telah diadakan pada 3 Oktober 2010 di South City Plaza, Seri Kembangan. Saya difahamkan pertandingan Royal Canin 1st Malaysia HHP Cat Show 2010 diusahakan oleh Persatuan Peminat Kucing Kuala Lumpur dan Selangor di mana syarikat pengusaha makanan haiwan Royal Canin merupakan penaja utama pertandingan.

Kepada pemilik kucing yang berminat sila maklum bahawa kucing berikut tidak layak dipertandingkan:

  • Kucing-kucing bersijil FIFE/CFA/TICA
  • Kucing tidak bersijil tetapi menunjukkan ciri-ciri kucing bersijil yang sangat nyata/jelas.
  • Kucing garang dan agresif
  • Monochid - kucing jantan yang mempunyai 1 zakar
  • Kucing yang dibawah pengaruh ubat pelali.
  • Kucing yang didandan berlebihan seperti diwarnakan/dibedak berlebihan.
  • Kucing yang telah hilang anggota.
  • Kucing yang menunjukkan tanda-tanda kurang sihat.
  • Kucing yang mempunyai jari berlebihan/berkurangan
  • Kucing yang nyata bunting/menyusukan anak.
  • Kucing yang mempunyai tanda-tanda burut.
  • Kucing yang telah dicabut kukunya (declaw).
  • Kucing yang mempunyai bisul yang belum sembuh.
Kategori yang dipertandingkan pada kali ini ialah :

Dewasa (9 bulan ke atas)
1. Male Long Hair
2. Male Short Hair
3. Female Long Hair
4. Female Short Hair

Neuter / Spay (telah dikembiri)
5. Long Hair
6. Short Hair

Kitten (3 - 9 bulan)
7. Male Long Hair
8. Male Short Hair
9. Female Long Hair
10. Female Short Hair

Terdapat pelabagai aktiviti akan diadakan seperti Cat Fashion Show. Ianya terbuka kepada semua. Pendaftaran Fashion Show Contest ini ialah pada hari show (19 Dec 2010). Tiada bayaran di kenakan dan boleh menggunakan kucing yang sama yang bertanding di Cat Show pada Cat Fashion Show.

Syarat-syarat pertandingan :

Peraturan Am :
  1. Penyertaan mestilah dibuat melalui email ke klcatshow@yahoo.com dengan menyertakan butiran penyertaan sebelum tarikh tutup penyertaan.
  2. Pihak AJK tidak bertanggungjawab jika berlaku kemalangan atau kehilangan semasa pertandingan dijalankan.
  3. Semua penyertaan mestilah kepunyaan sah pemilik.
  4. Tiada haiwan lain dibenarkan berada di kawasan pertandingan selain dari kucing-kucing penyertaan
  5. Tidak dibenarkan memberi makanan semasa penghakiman
  6. Semua penyertaan perlu dikendali oleh steward bertugas semasa penghakiman dan tuanpunya kucing mestilah merujuk kepada pegawai bertugas sekiranya terdapat sebarang masalah.
  7. Semua penyertaan tidak boleh dibawa pulang sehingga tamat pertandingan.
  8. Kucing hendaklah dibawa dengan carrier/bekas yang selesa dan sesuai.
  9. Kucing mestilah dipotong kukunya.
  10. Semua sangkar untuk pertandingan disediakan oleh pihak penganjur.
  11. Jawatankuasa berhak menolak penyertaan tanpa sebarang alasan.
  12. Jawatankuasa berak menolak penyertaan yang tiba lewat.
KEPUTUSAN PENGADIL ADALAH MUKTAMAD

Peraturan Penyertaan:
  1. Semua penyertaan mestilah berumur 12 minggu ke atas dan dianggap dewasa jika umur melebihi 9 bulan pada tarikh pertandingan.
  2. Semua penyertaan mestilah mempunyai sijil kesihatan veterinary yang sah dan telah disuntik vaksin Feline Entritis dan Rhinotrachereitis sekurang-kurangnya 7 hari sebelum tarikh pertandingan.
  3. Semua penyertaan mestilah menjalani pemeriksaan veterinary bertugas dan sijil kesihatan hendaklah diserahkan kepada beliau untuk pengesahan.
  4. Penyertaan yang mempunyai kutu, pepijat, terlalu kotor dan di dalam keadaan yang kurang menyenangkan atau diseliakan dengan cara-cara yang menyalahi peraturan akan dibatalkan.

Peraturan Khas:
  1. Semua peserta mestilah melipat sangkar kucing dan memulangkan kepada tempat yang disediakan setelah selesai pertandingan.
  2. Semua peserta juga diingatkan supaya membawa alas sangkar bagi setiap ekor kucing yang dibawa.
  3. Semua peserta juga diingkatkan supaya membawa kad vaksin kucing anda. Kegagalan akan menyebabkan penyertaan dibatalkan.
Sejujurnya saya tidak pernah membawa kucing2 saya untuk menyertai sebarang pertandingan. Mungkin di satu hari nanti hati saya akan terbuka.

Psst.. antara tips yang saya tahu, kucing anda mestilah jinak dan peramah untuk menambat hati juri, juga si comel hendak lah berpuasa sebelum hari pertandingan agar dia tidak poo and pee sewaktu diadili :)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...