Pokok Kucing = Cat Tree (Yeah! our cat tree is done!)

Photobucket

First Aid Kit Kucing

Tikus Mainan DIY untuk si Comel

Photobucket

Fish Ball Treat

Gaya Tidur Si Comel

Photobucket

Kucing Berjari Lebih (Polydactyl)

Share


Kucing mempunyai berapa jari?  Saya percaya ada yang tidak dapat menjawab soalan mudah ini :)  Mungkin selepas ini ada di antara kita yang mula mengira jari kucing sendiri!



Kucing yang normal mempunyai 18 jari iaitu 5 jari di setiap tangan dan 4 jari di setiap kaki.

Polydactyl

Namun begitu terdapat kucing yang mempunyai lebih dari 18 jari di dunia ini. Kucing yang mempunyai jari lebih dari biasa (multi-toed) ini digelar kucing polydactyl. Gambar di atas merupakan kucing domestik bernama Chom kepunyaan Awin Haryati. Terima kasih ya Awin kerana sudi bagi keizinan ambil gambar Chom!  Cuba lihat jarinya dan kira. (jangan lihat jantinanya hehe)

Photobucket
Kaki kucing polydactyl bernama Myra - gambar dari Wikipedia

Kucing polydactyl terjadi akibat dari mutasi genetik. Antara gelaran kepada kucing polydactyl ialah boxing cats, mitten cats, mitten foot cats, thumb cats, six-finger cats, Boston Thumb Cats, Cardi-cats (nama sempena kucing polydactyl yang banyak terdapat di kawasan Cardigan daerah Wales), kucing Hemingway, dan double-pawed cats.

Kenapa salah satu gelaran kucing polydactyl dilabelkan sebagai kucing Hemingway?

Seorang novelis Amerika, Ernest Miller Hemingway yang pernah menerima Hadiah Pulitzer dan Hadiah Nobel dihadiahkan seekor kucing polydactyl berjari-6 oleh seorang kapten kapal laut. Sejak itu beliau menjadi seorang peminat kucing polydactyl yang terkenal. Selepas pemergiannya pada tahun 1961, rumah yang pernah didiami oleh Hemingway tersebut yang terletak di Old Town Key West telah dijadikan muzium pada tahun 1964. Kini rumah tersebut yang dikenali sebagai The Earnest Hemingway Museum & Home masih memelihara lebih kurang 60 ekor pelbagai baka, saiz dan jenis (warisan keturunan kucing yang dihadiahkan oleh kapten kapal laut) dimana separuh dari jumlah itu merupakan kucing polydactyl. Kerana itu kucing polydactyl ini dilabelkan sebagai kucing Hemingway.



Kucing polydactyl amat dikenali dikalangan pelaut kerana ia dikatakan cekap dan pantas memanjat, memburu dan membunuh tikus di dalam kapal.

Jumlah jari kucing terbanyak pernah dilaporkan ialah 32 jari (8 di setiap tangan dan kaki) dimilikki oleh seekor kucing jantan bernama Mickey Mouse pada Oktober 1974. Kucing ini kepunyaan Mrs Renee Delgade dari Westlake Village, California, USA.

Kucing betina bernama Triple yang dimilikki oleh Mr dan Mrs Bertram Bobnock dari Iron River, Michigan, USA pada 1976 mempunyai 30 jari.

Dalam laman web Sarah Hartwell, Jennifer Beierle memberitahu kucingnya yang normal telah melahirkan 9 ekor anak kucing dengan 7 ekor daripadanya merupakan polydactyl. Peter dan Paula mempunyai 26 jari, Pollyanna dan Penelope mempunyai 23 jari, Phoebe dan Peace mempunyai 22 jari dan Paprika mempunyai 21 jari manakala 2 ekor lagi, Ace dan Jean adalah normal. Gambar di bawah menunjukkan antara kucing kepunyaan Jennifer Beierle.



Bobbi, kucing baka Manx mempunyai 28 jari, merupakan saingan dalam merebut gelaran di Guiness World Records pada tahun 2002. Dia terselamat dari ditidurkan (kerana dikatakan mempunyai masalah hati yang kemudiannya diklasifikasi sebagai kes minor) oleh pusat perlindungan haiwan - SPCA Prince George setelah diambil oleh Kathy Williams dari Stone Creek.



Bobbi bukanlah kucing yang pertama dilaporkan mempunyai 28 jari. Saffy (kepunyaan Joan Snoswell), Patsy (jenis maine coon yang diadopt dari liga perlindungan haiwan Boston) dan Bigfoot (kepunyaan Tanya Welsch) dan Clyde (gambar di bawah) dari Albuquerque, New Mexico juga mempunyai 28 jari.

Photobucket
Clyde mempunyai 28 jari


Pemegang rekod dunia kucing polydactyl ialah Tiger, kucing yang mempunyai 27 jari dimilikki oleh Gareth Ukrainetz dari Canada. Tiger mempunyai 7 jari di kedua belah tangan dan 7 jari di kaki dan 6 jari di sebelah kanan kakinya.  Namun pada tahun 2002 pemegang rekod tersebut secara rasminya telah disandang oleh seekor kucing polydactyl bernama Jake dengan 28 jari.

Kucing Syndactyly

Kucing yang mempunyai tangan (amat jarang berlaku di kaki kucing) terpisah/terbelah (split) dinamakan kucing syndactyly. Kucing bernama Faith, kepunyaan Stephanie Rubeck dari Newark, Ohio mempunyai syndactyly tangan kiri. Pada usia 4 minggu Faith didapati mengalami kesukaran untuk berpusing ke kiri. (gambar di bawah)

Photobucket
Lihat jari Faith

Photobucket
Kucing berjari Syndactyly

Kucing Ectrodactyly

Kucing yang mengalami kecacatan dimana tangan terpisah secara membujur (split longitudinally) biasanya di antara jari pertama dan kedua di sebelah tangan sahaja. Ia membentuk seperti ketam atau sepit udang. Kucing Jazmin Powell bernama Forest (gambar bawah) mempunyai ectrodactyl sejak lahir.

Photobucket
Forest berjari Ectrodactyly

Syndactyly dan Ectrodactyly mempunyai sedikit persamaan tetapi amat jarang berlaku berbanding kucing berjari polydactyly.

Kucing-kucing berjari lebih ini pada awalnya mengalami kesukaran berjalan seperti kucing normal. Namun perkara ini tidak membahayakan nyawa mereka. Jika terdapat ketumbuhan seperti kuku yang berganda di tapak tangan atau kaki, ianya boleh dipulihkan menerusi pembedahan.  Kebanyakan kucing-kucing ini secara umum menjadi kucing dalam rumah (indoor cats) kerana keistimewaan yang mereka milikki.

7 comments:

bunny ;) said...

wahhh :O thank you for these info sis!

sha tau ade polydactyl je tak penah pulak tau ada yg lain2 tu. comelnye la hai, sha dari dulu suke tengok paw kucing :P suke urut2 tangan diorang lagi2 time diorang tgh tidur tak sedar tu, die biar je kite picit2 heheheh sedap <3

DearCats said...

sha suka tengok paw kucing ke suka geget biji kacang tu hehe.. sis nye peberet lak .. suka sondol leher kucing ahakss!..

bunny ;) said...

hahaha biji kacang ye :P lebih tepat lagi is picit2 XD huarghh geram XD sampai kekadang tak igt dunia kene penampa sebijik dari mereke XD

oooh sha pulak suke time dorg tido kat lantai tu sha pun sibuk2 letak tgn bgn dorg peluk then letak kepala dorg dkt leher. :)) then dgn sha berguling tido sampai dorg bangun kekeke~

DearCats said...

bunny aka Sha - penampa tu kalau meninggalkan kesan sis panggil 'signature' hehe..

Akak dah set neuter Manggish esok pagi.. insyaAllah akak akan update di blog psl neuter tu nanti..

bunny ;) said...

hehehe signature eh. tanda kasih sayang :P ohhh, cepatt dan pantas! sha igtkan sabtu minggu depan. sha pulak yg cuak sensorang. td sha browse2 randomly pasal neutering, ada gambar process spaying. waaa sha tak boleh tengok benda mcm tu, harini sha jalan kekok je, rase mcm sha pulak kena operate. ni yg takut nak hantar kyon nih XD;;

oki doki, kirim salam dekat si comel2 ramai2 dekat rumah akak ye. will definitely pray for manggish & manish safety :D

meowwmania said...

lepas bc entri ni trus pegi kira jari bebudak tu, oh semuanya normal hehe..

nice info, tengs :)

SPS Brunei said...

Kucing aku Rizqi 6 jari sbelah dua2 tangan dan 5 jari sebelah dua2 kaki. dan punya 30 paws. Lucu kan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...